Wednesday, 4 March 2020

#randomthoughofkahwin

Assalamualaikum dan Hai.

Lately, aku banyak kali fikir pasal kahwin. It's not that I want to get married this instant, but the thought of preparation to get married is suddenly came into my mind. Preparation to get married yang kau sebelum tak ada nak fikir sangat pun pasal benda ni.

Sejak aku bekerja mula tahun lepas, I was not this serious in saving for my future. Tahun lepas, aku bekerja, dapat gaji, sebahagiannya buat 'saving'. At the of the year, where did all 'saving' that I saved every month gone? Ada tu ada tapi tak seperti yang aku bayangkan pada permulaan aku menyimpan.

So, tahun ni, masa dapat gaji, aku terfikir benda yang sama. Aku nak buat saving tapi dekat mana tempat yang paling sesuai untuk aku simpan? Tempat yang kalau boleh aku taknak sentuh langsung. Bukanlah taknak sentuh langsung tapi sebolehnya selagi mana tak terdesak, I dont want to touch that money.

Lepas tu, aku juga terfikir, dengan gaji aku, berapa banyak aku nak simpan untuk kahwin. Sumpah susah nak fikir pasal benda ni.

Contoh lah kau target nak kahwin tahun 2021, kau simpan sebulan dalam RM300 x 12 x 2 = RM7200. Katakan, kau dengan pasangan buat cara yang sama, so total up RM14400. Ni untuk kenduri sahaja. Belanja lepas kahwin? Rumah? Sebelum kahwin bolehlah bahagia duduk rumah mak abah, takkan lepas kahwin nak duduk situ jugak? Kalau duduk rumah sendiri dah kena bayar segala macam bil, segala macam perbelanjaan rumah semua kena tanggung.

Another me said, kalau nak difikirkan tak cukup untuk menyimpan, sampai bila-bila pun takkan cukup. It was not you save your money just for the sake of marriage. You can but still, marriage is not a compulsory thing that need to be done in this instant. (Bunyi macam aku taknak kahwin pulak choi).

Aku dengan member sorang selalu sembang pasal being single in this middle 20's. We still having a good life, a blessing life with family, with work, etc.

Once, she said, "Kita rasa kita memang taknak kahwinlah." I respect her opinion.

And I replied,

Ulang alik kerja. Duduk rumah. Weekend kenduri atau keluar jalan-jalan atau memasak atau what ever it is with your family or friends. Your life may be look so packed with all those things but still I feel the loneliness inside.

Kita mungkin rasa dengan kawan-kawan kita dapat mengisi kesunyian ni, tapi sejauh mana dan selama mana mereka akan sentiasa berada di sisi kita? They have their ouw life jugak pe.
Ya betul kalau kahwin pun belum tentu kita akan sentiasa ada bersama,
Tapi, sekurangnya kita ada seseorang untuk kita luahkan segala tanpa ada rasa mahu berselindung.
Ya betul kita boleh luahkan kepada Allah Yang Maha Mendengar,
Tapi lumrah manusia untuk ada seorang manusia lain untuk hidup bersama.

Being me, aku pendendam. I try to avoid any argument which will lead to the explosion of my anger or my naik suara. Hence, I keep it inside most of the time.

Being in (current) working environment, I can say that it's not really helping in enhancing your ideas, enhancing your thinking skills, improving your communication skills, etc.
People who know me back during study, may know that I love to ask silly question. I like questioning things. I love to pop up random question regarding our human routines.
But this working environment, everything related to the job is private and confidential. Because you deal with the laws and officers and what ever it is.
Hence, I keep most of those silly things inside.

Being in this family, being with those silly brothers, benda serius pun dia orang gelak. Okaylah, aku pun gelak jugak.

Pagi tadi masa dekat ofis aku tanya sorang kakak ni pasal benda ni. Kakak tu dah kahwin 23 tahun. Aku tanya, "Kenapa eh generasi kita ni susah sangat nak kahwin?"
"Awak rasa kenapa?"
"Sebab kita ada media sosial."
Dia angguk.
"Kita tend to expect more because we see more what the world is all about."

Satu benda yang aku tertanya tentang generasi atas-atas ni, kenapa masa dia orang kahwin, tak ada pun nak fikir pasal tak cukup duit lah, tak serasi lah, tak handsome lah, tak ada pangkat lah, etc. Dulu, orang datang meminang, dua-dua belah pihak setuju, terus kahwin. Bertahan sampai berpuluh tahun. Anak-anak sihat walafiat menjadi manusia berguna Alhamdulillah. Tapi kenapa generasi akhir ni (akulah tu) dah tak macam tu? (Nangis dalam diam)

"Masa tu dia tak ada kereta, ada motor je. Tak apa. Akak tak kisah. Susah sama-sama, senang sama-sama."
Aku dengar ayat ni, dalam kepala aku ada tapiiiiii...

Betullah tu.
Generasi kita ni terlalu selesa bersenang.
Dan aku mengakuinya kerana akulah salah seorang generasi akhir ni.
Titik.

Wednesday, 22 May 2019

Kerja Bazaar Ramadhan (Part 1)

Assalamualaikum dan Hi.

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ni, aku kerja di bazaar Ramadhan (lokasi dirahsiakan). Tapi bukan bawah kedai kek sebelum ni yang aku kerja. Tapi kali ni dengan orang lain.


Lepas aku berhenti dari kerja dekat kedai kek tu, I feel like I want to do something masa Ramadhan. Takkan nak duduk rumah semata. Plus, I want to generate income as well, memandangkan sis masih belum dapat kerja tetap lagi. So, I would like to give it a try working at bazaar Ramadhan. Kira macam kerja dekat pasarlah. Buat pertama kalinya.


Aku pilih kerja dekat sini adalah sebab habis kerja jam lapan malam. Sebab bos kedai kek tu ada tawar aku untuk kerja sepanjang bulan Ramadhan, jaga kedai. Aku tanya, habis jam berapa?

Habis jam 9 malam.
Saya nak terawih macam mana?
Dan aku memang tak terima tawaran tu. Lagipun aku cukup bosan duduk kedai tak buat apa.cukuplah dua bulan dekat situ

Makanya, bekerjalah aku di bazaar Ramadhan jual tauhu bergedil.


Kerja dekat bazaar memang satu pengalaman yang menarik.
Aku suka kerja macam tu walaupun panas, basah kalau hujan, dengan hausnya lagi.
Kau perlu cepat untuk goreng, potong dan bungkus bila customer datang.

Selain aku, ada lagi tiga orang kerja sekali (tapi dia orang gilir2, sehari dua orang je yang datang. Tapi ada hari yang dia orang datang semua. Dan aku kerja tiap hari kecuali hari Sabtu).

So, untuk set up khemah, adik atau suami bos yang buat. Sebab agak berat nak angkut banyak barang.
Dalam pukul 2++pm (kadang2 pukul 1pm kalau nak kena buat banyak), aku kena datang rumah bos untuk sumbat tauhu.
Dalam 3.30pm, aku dah kena gerak pergi tapak bazaar untuk mula masak.
Makanya, dari jam 3.30pm sampailah ke lagi dua orang staf datang, aku sorang dekat khemah (bukanlah sorang sebab adik atau suami bos kadang2 ada je tapi most of kerja, aku yang buatlah).
Bila duduk sorang ni, kau kena cepat tau.
Masa tu lah nak panaskan minyak.
Masa tu lah nak susun atur barang atas meja.
Masa tu lah customer datang minta order.
Masa tu lah nak goreng.
Pernah sekali, aku baru nak goreng first batch, customer dah beratur, dah order.
Kelam kelibut tak usah kata.
Siap goreng, nak kena potong, nak kena bungkus, nak kena letak dalam plastik.
Habis first batch sekelip mata.
Terus goreng second batch.
Dan aku sorang masa tu.
Fuhh.

Lagi, kalau hujung minggu, ni lagi penat.

Ahad pertama Ramadhan, kuali non stop goreng.
Aku dengan staf lagi sorang non stop potong dan bungkus.
Nak duduk pun masa tunggu tauhu digoreng.
Customer memang dah beratur dekat depan tunggu order.
Solat Asar memang cilok jap masa tunggu stok baru datang sebab yang kita orang bawak, habis.

Panas matahari tak usah cerita.
Baju memang basah.
Dahi ni dah berapa kali lap.
Ada yang menitis masuk mata pun pernah.
Panas minyak pun tak payah cakap.
Dan berapa kali berkerut dahi bila pegang tauhu panas.
Nak cepat, tak dan nak guna penyepit pegang tauhu.
Semua pegang guna tangan balut plastik je.

Lagi,

Bagi aku dugaan jugak masa kerja bazaar dalam Ramadhan is aiiiirrrr.
Ya Allah!!!
Kerja macam ni memang cepat haus.
Lagi2 bila kena panggil customer untuk singgah gerai (alah yang macam aku buat dulu)
So, mulut memang kering.
Dan disebabkan itu jugaklah, aku memang tak boleh tahan beli air berais (emoji menangis)
Weyh, dulu aku sangat pantang tau dengan air ais ni.
Habis rosak pantang aku masuk bulan Ramadhan.
Taip hari tengok balang air sejuk, kau rasa?

Kerja dekat bazar a.k.a pasar ni, bagi aku memang puaslah. sebab kerja kau sentiasa ada (melainkan bila takde customer singgah)
Secara jujurnya, kerja pasar adalah antara kerja yang aku teringin gila nak buat (pfft)
Makanya, angan2 aku tercapai walaupun sekadar kerja untuk lebih kurang satu bulan.

Sebenarnya ada lagi nak tulis tapi nanti jadi panjang sangat.
So, sis pecahkan kepada dua bahagian (itupun kalau ada orang nak baca)


Selamat menjalani ibadah Ramadhan!
Peace yo. Salam ^_^

Saturday, 27 April 2019

Sakit

Tangannya menongkat dahi yang sudah berkerut menahan sakit yang datang bertandang sejak belakangan ini. Sudah berapa banyak minyak panas diletak di dahi malahan di belakang leher, sakit itu tetap datang. Ditambah sakit di dalam dada yang datang dan pergi.

Bagai nak pecah semuanya.

I want to talk about it but I can't.
I want to tell someone but I can't.
I want someone to listen but no one to be found.
I want someone to comfort me but I don't know who.
I want someone to be with me but they are all far away.

Kepalanya diangkat dari terus ditongkat. Matanya terus menangkap pemandangan di depan mata. Pembangunan yang tak pernah berhenti. Terus-terusan merodok alam semula jadi.

Entah sudah berapa lama dia duduk di atas bean bag ini sambil memandang pemandangan luar dari tingkat dua belas kondominium yang diduduki. Sejak beberapa hari ini, itulah rutin dirinya.

Bagaikan sudah hilang jiwa entah ke mana.
Bagaikan sudah hilang seri dalam hatinya mahu berasa gembira.
Bagaikan sudah hilang rasa untuk tersenyum ikhlas pada manusia.

Semuanya,
Hanya kerana satu perkara.

Bagaikan satu beban telah dicampak keras ke atas bahunya.
Bagaikan satu bala ditampar terus ke pipinya.
Bagaikan satu ujian berat dipaksa untuk dipikulnya.

Belakangan ini juga,
Sudah berapa kali air mata mahal ini jatuh kerana itu.
Sudah berapa kali mahu menjerit mahu melepaskan semua.
Sudah berapa kali mahu berputus asa.
Sudah berapa kali dia menyalahkan diri.
Sudah berapa kali dia menahan diri dari terus meletus.

Hatinya sakit.
Hatinya perit.
Hatinya terseksa.
Hatinya menderita.

Seandainya...
Jika...
Kalaulah...

Tuhan,
Kurniakan aku kebijaksanaan,
Dan ketabahan,
Untuk hadapi semua ini.

Sunday, 14 April 2019

Sale Assistant (Part 2)

Assalamualaikum dan Hi.
Kembali lagi dalam rancangan bercerita seorang Iman.

Seperti mana tajuk di atas, inilah edisi kedua cerita kerja aku.

Satu.
Obesiti.
Again I do feel guilty of selling something unhealthy to the customer who obviously suffering with obesity.
Kalau tak nak rasa serba salah, tak payah kerja dekat kedai macam tu lah.
Aku rasa kasihan dengan mereka-mereka yang memang ada penyakit berat badan berlebihan tapi masih hidup dalam cara yang kurang sihat. Dah berapa banyak doktor tulis/cakap dekat sosial media pasal pesakit-pesakit yang datang dengan pelbagai jenis penyakit dan satu sebab utamanya adalah tidak menjaga makan.

Malaysia sendiri adalah salah sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti yang tertinggi DI ASIA.



Full article:

Kita sebagai konsumer ada pilihan antara mahu memilih makanan yang bagaimana.

Tapi kalau tak ada pelanggan, macam mana kita nak untung?

Tak salah pun nak makan tapi dalam kuantiti yang bagaimana kita ambil.
Kalau tanya aku sendiri, aku ada je waktu-waktu yang sangat perlukan benda manis tapi aku tak ambil secara berterusan. Sebulan dalam dua, tiga kali (?)

Ya betullah.
Kalau aku rasa serba salah menjual produk-produk makanan yang sebegini, baik aku keluar sahaja dari industri ni.
#dilema
#seriussusahnakbuangmindsetyangkitabekerja

Dua.
Aku selalu duduk depan kedai untuk panggil pelanggan untuk singgah ke kedai.
Dan satu kegemaran aku adalah untuk melihat gelagat mereka-mereka yang datang ke UTC untuk selesaikan urusan mereka di situ.
Namun, benda yang aku rasa terlalu biasa berlaku adalah pelanggan yang buang sampah merata-rata.
Sumpah rasa patah hati, geram bila tengok benda tu berlaku depan mata.

Sekali tu,
Anak dia pegang kertas yang diberi oleh pentadbiran UTC (aku tak tahu untuk apa. Mungkin guideline untuk urusan dekat kaunter kot).
Lepas tu anak dia terlepaskan kertas-kertas tu.
And gues what, the whole family members dia (bapak, mak, kakak, makcik. ada dalam enam, tujuh orang jugak dekat situ, tengok je kertas tu. Terus pergi.

Weyh!
Ya kalau ikutkan hati memang nak jerit suruh kutip semula kertas tu.
Aku: Oh bodohnya dan sombongnya manusia ini.




Ini je kot buat setakat ni.
Kalau ada lagi, aku ceritalah.
Peace yo. Salam ^_^

Sunday, 7 April 2019

Review Movie: Upin & Ipin; Keris Siamang Tunggal

Assalamualaikum dan hai.

Sebelum apa-apa, aku tak tahu nak ucapkan tahniah atau takziah kepada diri sendiri yang akhirnya menonton filem di panggung wayang. Bwahahahaha. Ya, umur dah lanjut tapi baru pertama kali masuk situ. Dan pilih filem pun, filem kanak-kanak. Kahkahkah.

Makanya, sebagai 'first timer' masuk cinema, aku agak kagum dengan panggung tu sendiri. Sebab sebelum ni aku dimomokkan dengan panggung wayang yang kotor dan merbahaya. Itu yang seriau nak masuk. Aku pergi GSC dekat Aeon Bukit Raja. Not badlah. Kebersihan okay. Sound system okay (walaupun pekak jugak telinga ni dengar). Aku tak tahu panggung lain macam mana, tapi yang dekat Aeon Bukit Raja ni, so far so good.

Kembali ke topik asal.

Secara keseluruhan, aku memang tabik dengan cinematography producer ni. Memang terbaik! Aku tak boleh banding dengan producer dari luar negara sebab mereka memang dah lama bertapak dalam industri ni. Untuk Les' Copaque, aku memang tabik. Soundtrack memang terbaik. Masa ada babak yang memerlukan lagu latar, aku dapat bayangkanlah orkestra yang nak memainkan lagu tu. (hiperbola).

Lagi, aku suka macam mana dia kaitkan jalan cerita ni dengan watak-watak yang ada dalam hikayat dongeng melayu lama. Kalau kau tak boleh recall all those hikayat, memang boleh dikatakan rugilah. Atau mungkin kau masih belum dilahirkan pada zaman itu (mungkin?). Aku suka bila producer bangkitkan semula hikayat-hikayat tu. Macam mengimbau balik masa zaman sekolah dulu baca buku Mat Jenin, Si Tanggang, Raja Bersiong, dll. Dalam filem ni, bagaikan menghimpunkan beberapa hikayat dalam satu tempat.

Kemudian, aku suka lagu Keris Sakti yang dinyanyikan oleh Nakhoda Ragam (Fakhrul Razi). Sebelum dia nyanyi, dia macam baca syair (kot). Suara macam tu, kalau masuk tilawah al-Quran, puuurrfect! Mula-mula aku ingatkan Mawi yang nyanyi (aku dengar lagu kat Youtube sebelum aku tengok filem) tapi aku tahu suara Mawi lain. Part dia main gambus, i was like, "OMMMOO!! Best gila dengar!" Memang terasa yang Keris Sakti ni lagu tradisional melayu. Dengan lirik-lirik yang digunakan, macam guna personifikasi yang kau kena hadam betul-betul baru faham maksud (orang dulu kan suka guna ayat lapik-lapik)

Tapi...

Hahaha bagi aku bila dah masuk bila part kanak-kanak tu nyanyi sekali, aku dah rasa spoil dengar. Bwahahaha. Mula-mula elok je dengar Nakhoda Ragam nyanyi, tapi bila masuk kanak-kanak tu, i was like, "Oh God!" Mungkin bagi orang lain, okay je dengar. Ni pendapat aku.

Keris Sakti Official MV - Fakhrul Razi (OST Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal)

Jenaka yang dia orang bawak pun, memang lawak. Satu panggung gelak. Memang kena pada tempatnya.

Jalan cerita pun tak berat sangat. Just nice untuk semua lapisan masyarakat. Senang faham.




Okay. Seterusnya.

Aku tak tahu masalah pendengaran aku (yang first time masuk cinema) atau macam mana. Aku ada masalah dengan the volume of soundtrack dengan suara watak. Macam sama-sama tinggi, so, tak tahu nak dengar mana satu.

Ada satu babak masa Upin, Ipin, dan kawan-kawan 'masuk' ke Inderaloka dan dia orang semua tengah gelabah sebab tiba-tiba aje ada dalam hutan, dekat pendengaran aku, agak serabut bunyi-bunyi tu. Sekejap Upin cakap, sekejap orang lain cakap, lepas tu orang lain. Dalam waktu yang sama pun ada several people yang cakap. Aku dah pening kepala waktu ni. Tambah lagi, dalam kekalutan tu ada lagu latar.

Lagi, aku tengok satu review dekat Youtube, oleh zhafvlog, dia kata ada watak-watak yang tak diperlukan pun dalam filem ni dan aku mengiyakan. Mungkin untuk meramaikan (angkat bahu). Tapi ada sesetengah watak yang aku masih rasa keperluan mereka dalam filem.

Kemudian.

Ada satu watak yang aku tak sangka langsung yang dia tu adalah watak utama sebenarnya bwahaha. Mula-mula aku dengan member dah pelik kenapa sorang lagi tu boleh angkat keris (sebab hanya beberapa orang sahaja yang mampu mengangkatnya). Kita orang assume lah yang dia ada kaitan dengan keris tu jugak dan rupanya memang ada kaitan.

Pada pendapat aku, mereka yang boleh mengangkat keris tu adalah watak utama termasuklah Upin & Ipin tapi sepanjang penceritaan, aku tak nampak sangat kontribusi Upin & Ipin dalam melawan musuh. Aku tak tahulah sebab ini filem 'Upin & Ipin' so literally they need to mengangkat watak Upin & Ipin tu (angkat bahu)

Kalau kau tanya apa input aku dapat:

Kemaafan itu satu kekuatan.
Pernah tak kau rasa hati kau ni berat semacam. Macam ada yang tak kena. Lepas tu, benda lain pun kau tak boleh nak buat sebab dalam hati ada benda tersekat. Tapi lepas kau luahkan, lepaskan, maafkan semua tu, kau rasa lega yakmat.

It was a really good moment when you can recall a few hikayat yang kau pernah baca/dengar waktu kecik-kecik dulu. I was like, "Hei. Aku pernah baca pasal hikayat ni." It was so excited when you can think of the hikayat when you watch certain scene. Tak adalah rasa bodoh sangat kan. Pfft.

Secara keseluruhan, memang terbaik!!! Pergilah tengok review dekat Youtube dan kebanyakannya semua kasi 10/10.

Dan aku pun akan kasi 10/10. Aku maafkan jelah soundtrack serabut tu mungkin masalah aku sendiri yang tak biasa dengan sound system panggung wayang. Pfft.

Sunday, 17 March 2019

Sales Assistant 1

Well, hello and Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal benda ni. Sejak mula kerja lagi nak tulis tapi sebab kekangan masa (alasan), it does take time to write this a.k.a to open the laptop and write. Malas ya ampun.

Lets proceed to the topic of the day.

Sejak aku kerja di bahagian sektor makanan ataupun F&B, yang memerlukan aku untuk jumpa dengan pelanggan setiap masa, setiap hari, memang akan jumpa dengan pelbagai jenis manusia yang aku rasa aku tak pernah sebelum ni. Tak adalah tak pernah tahu pun kewujudan mereka tapi bagi diri aku yang memerlukan untuk berkomunikasi dengan mereka, adalah satu perkara yang aku sendiri belum pernah buat.

Satu benda yang bos aku pesan dan memang buat aku terkesan, 
"Kita buka kedai ni, satu je yang kita kena ingat. Husnu dzon. Bersangka baik terhadap pelanggan."

Makanya, marilah saya bercerita.

Satu.
Ada sesetengah pelanggan, sekilas pandang memang tak akan anggap pun yang dia akan beli apa-apa.
Ada pula sesetengah pelanggan, sekilas pandang mesti kau akan anggap yang dia akan beli sesuatu.
Ada sesetengah pelanggan yang kau fikir macam tak ada duit dan yang lain macam, berduit.

Pernah sekali, ada seorang nenek yang dia masuk. Kau tak anggap dia nak beli apa-apa, mungkin dengan caranya yang agak .... kekampungan? (Maaf. Terjudge). Kau pun jawablah setiap persoalan dia seperti itu dan ini berapa harga. Dan sekali dia bukak dompet, hamek kau, terserlah not-not hijau tua.

Ada pula, pelanggan yang kau rasa ... dia akan beli sesuatu. Dia tengok setiap produk. Dengan gayanya yang seperti ... berduit? Dan dia jugalah yang tak beli apa-apa. Sekadar menghabiskan masa di dalam kedai, melihat produk-produk makanan yang ada. Mungkin bagi mereka, kedai kek seperti ini, belum mencapai standard citarasa mereka (?) Mungkin ya, mungkin tidak.

Dua.
Senyum.
Senyum.
Dan senyum.
Beberapa hari dalam minggu kedua aku kerja, aku sakit pinggang yang amat. Tiap kali aku berdiri untuk melayan, lepas tu memang akan cari kerusi, nak duduk.
Sakit kaki sebab masih belum biasa.
Sakit ditahan, senyuman tetap dipamerkan.
Mujur jugak masa ni masih ada kawan sekerja yang tolong.

Senyuman juga, yang bagi aku, tiap kali aku panggil mereka untuk singgah ke kedai, senyuman dari mereka juga yang buat aku rasa puas dengan apa yang aku buat, walaupun mereka tidak singgah.
Memang agak sedih bila pelanggan tak singgah, tapi senyuman dari mereka, atau bila mereka angkat tangan sebagai tanda 'tak mengapa', memang buat aku senyum lebih lama kerana itu lebih baik dari tiada senyuman, tiada tolehan, malahan pandangan sinis yang diberikan.

Tiga.
Sebagai sebuah kedai yang masih baru, memang kena tahan dari segala kritikan bila ada pelanggan datang dan membandingkan harga produk kau dengan harga produk lain yang lebih popular dan lebih lama bertapak dalam industri makanan.
Ya betul, produk kedai kami lebih mahal dari kedai lain (yang punya pelbagai franchise di sekitar Malaysia) terutama sekali bagi harga satu potong kek.
Kalau nak dibandingkan, memang agak mahal tapi tak perlu untuk diutarakan kepada kami yang menjual. Percayalah, memang sakit.

Seorang pakcik datang ke kedai. Berdiri di hadapan chiller.
"Berapa satu slice ni?"
"Untuk jenis ni RM11. Dan yang ini RM11.50."
"Mahalnya. Saya selalu makan dekat ****, lagi murah dari yang ni."
"........"
"Yang dekat sana pun lagi sedap."
Ya, dia kata tanpa membeli dan merasa pun kek kami.
Aku dekat depan dia, diam dan senyum sahaja. Itu hak dia nak memberi pendapat.
Tapi percayalah dekat dalam ni, "Pakcik, pakcik tak rasa pun lagi kek ni, pakcik nak kata kek dekat kedai sana lagi sedap. Pakcik tak tanya pun kek ni jenis apa, apa bahan-bahan yang kami gunakan untuk buat semua ni. Pakcik tak tanya pun kenapa harganya berbeza. Pakcik tak tanya pun buat dekat mana. Kek kami semuanya homemade cake. Tak ada buat dekat kilang yang kalau dia beli bahan, beli satu lori. Kalau beli bahan satu lori, memanglah dapat harga kos yang murah. Kami ni beli bahan sikit-sikit. Kita bukan buat kek secara mass production. Chef kita manusia, pakcik. Bukan mesin yang buat secara auto."
Dan pakcik itu pun berlalu selepas berkata-kata.
Bos, "Kalau ikutkan hati, memang saya bagi tazkirah terus dekat pakcik tu."
Aku?
Senyum.

Empat.
Ada sesetengah pelanggan, yang bagi aku, sangat mesra, baik hati, walaupun kami berbeza agama, bangsa, warna kulit, semua. Tapi kami berdiri atas tanah yang sama, tinggal dalam negara yang sama, punya perdana menteri yang sama.

Satu pagi.
Satu keluarga bangsa Cina datang. Masa tu dalam pukul 9 pagi dan memang tak ramai orang sebab pejabat UTC buka jam 1 petang.
"Excuse me, miss. You tahu itu pejabat buka pukul berapa?"
Aku beritahu dia jadual untuk setiap hari.
"Aiyoo. Saya datang sini nak buat passport, ini pejabat belum bukak lagi."
Aku senyum.
"Tak apalah. Tapi sebab you dah beritahu jadual, saya beli kek walaupun saya tak makan kek."
Awwhh. Banyak jugak dia beli atas terhutang budi kepada aku yang hanya sekadar beritahu jadual pejabat UTC.

Satu petang.
Seorang pakcik India datang ke kedai setelah aku panggil dia untuk singgah. Dan lepas tu, hahaha, dia cerita pengalaman dia masuk Thailand dengan jalan tikus. Adoilah pakcik. Cerita pasal perempuan sana, kalau nak pakai. Aku dah macam, ya Rabbi pakcik. Hahaha.

Satu malam.
Seorang mak dengan tujuh orang anak dia, 'terhenti' dekat kedai kami sebab ada satu adegan suami isteri (akulah rasa suami isteri. Tak pastilah kalau ibu dengan anak) yang telah menarik perhatian satu tingkat (sumpah nak gelak XD. Okay tak. Suami isteri tu bergaduh sebenarnya sampai isteri marah naik suara).
Mak anak tujuh tu cakap dekat anak-anak dia, "Ha. Kau orang, kalau buat mama marah, mama jadi macam tu."
Aku yang terdengar, sumpah tergelak.
Dan..
Kakak tu lepak jap dalam kedai kita orang sambil ulang kali beli kita orang punya cheese tart. Habis satu bekas, beli lagi satu bekas sebab anak dia suka cheese tart. Sumpah sporting kakak ni. Siap sembang dengan bos lagi sementara dua orang anak dia beli makanan dekat food court.

Lima.
Di kedai kami, bukan sahaja menjual kek, tapi ada juga ada menjual roti. Ini pengalaman kawan akulah sebab masa tu aku belum masuk kerja lagi.
Ada seorang ayah datang dengan anak dia. Bila dia tengok harga barangan dekat chiller tu, nampak muka dia agak keruh (mungkin agak mahal bagi dia).
Kawan aku kata, "Dekat dalam kita ada jual roti."
Barulah nampak raut wajahnya yang sedikit ceria kerana harganya yang lebih murah.

Satu petang nak dekat Maghrib.
Ada dua orang pelajar intern datang. Dia nak beli sandwich untuk kawannya berbuka puasa. Aku ambil.
Seperti biasa, aku akan promosikan makanan-makanan yang lain.
Dia jawab, "Duit tak banyak."
Sumpah aku tersengap, terkedu, terkesima. I was crying inside.


Menjadi diri aku yang Alhamdulillah segalanya cukup, memang buat kepala aku terketuk.
Aku ada duit, tapi aku taburkan ke tempat entah apa.
Mereka?
Nak makan pun, kawan yang belanja.
Allahu.

Enam.
Kami ada juga jual makanan ringan, macam kudapan gitu, which is CrunCheeze (popia cheese tapi sumpah sedap. Aku dah pernah makan Wonder Cheese but this one, much better).
Sumpah, sebenarnya aku serba salah nak promosikan benda-benda macam ni dekat budak-budak atau pada ibubapa yang bawa anak-anak. Aku tahu benda tu kurang sihat kalau makan. Tapi for the sake of bisnes, aku promosikan jugak benda ni. Huhu.
I feel guilty.
Dekat anak buah pun, aku fikir banyak kali nak kasi benda-benda macam ni. Paling tak pun, kasi coklat (yang pasti masa ambil, kena ambil sorok-sorok. Tak boleh kasi dia orang tahu dekat mana coklat tu disorokkan). Itupun dah hyper lain macam. Mokteh kasi buah-buahan je lepas ni.

Tujuh.
Tester.
Abang, kakak, adik, pakcik, makcik, tester ini fungsinya hanyalah untuk merasa, bukan untuk kenyang.
Ini ambil segenggam, ya Allah, aku tahan hati je sebenarnya bila tengok dia ambil macam nak kasi penuh mulut.
Nak makan kasi kenyang, beli sebalang buat melantak sampai muntah.

And, and, and,
"Dik, kek ni tak ada tester ke?"
Aku dah tepuk dahi. "Kak/Abang/Pakcik/Makcik, kalau pergi kedai kek lain, ada kasi tester kek ke?"
Kalau ada kuasa untuk tiup kepala tu jadi rasional sikit dan hilangkan sedikit kebodohan dalam minda tu, dah lama aku buat.




Kalau ada lagi cerita, aku tulis.
Peace yo. Salam ^_^

Tuesday, 22 January 2019

2018

It's already 22th January 2019 the day I typed this post. I had promised to myself which I'm gonna write up what already happened back in 2018 and I said I'm gonna write it up after I finish my exam on 15th January 2019. So, here I am.

...................................................

Honestly, looking at others' people 2018-wrap-up, really happy for their beautifulness-happiness-life. I was like, "why this year most of the person that I know got something that really really wonderful (in my point of view)?" It wasn't because I feel jealous or what so ever, but I was just wondering why?

But nah never mind.
Everyone has their own life, right?
So, same goes to me.

How can I conclude my 2018?
I found that it was really hard to conclude my life by year, as I only can recap my life by semester. I'm not sure is it because I was a student back then, or because I already partitioning my mind by semester, instead of by year.

1. (Feb) I had donated blood for the first time!!!
It was really an amazing experience because I had been longing to have that red book since I was 18. I want to do something that can help people.
If some people may ask why I don't donate before, it was because I didn't reach the minimum weight and haemoglobin level. So, on the moment when I reached the minimum weight, I was like, "I need to do this. Otherwise, when?"
So, I made a choice to do it before my weight getting lower again (until now).

2. (Feb) Got dean list for the first time for my 5th semester. (Kasi chancelah)

3. Had a fever after one, two years (but only last for a night).
I really appreciate when I got fever as I feel like I'm normal like others ^_^'

4. (May) I had the worst week ever. I cried almost every single day. I don't think it was depression (because I never been diagnosed with it). I'm sick physically (cold and cough) and mentally. Then, I drew. I doodled. I cried. I doodled again until my heart felt better. So, yea, I think it's one of the therapy that suitable for me every time my soul is nowhere to be found.

(http://zahilszahid.blogspot.com/2018/05/aku-perlukan-kau-2.html)
(http://zahilszahid.blogspot.com/2018/05/aku-perlukan-kau.html)

5. (May) Voted for PRU.

6. (Aug) Fail one subject for the first time in my degree life.

7. (July-Aug) Having a training at Continental. It was a really good experience for me. I never have a 'job' before, so this internship really made me realised that this is the real life.

(http://zahilszahid.blogspot.com/2018/08/position-kedudukan.html)
(http://zahilszahid.blogspot.com/2018/07/comfort-zone.html)

8. (Aug) Having a mini heart break for the first time.
I had never feel any heart broken before. Maybe because I didn't have any intention to marry him/them. But this time, I did feel that hurt when I got to know that he has someone.
And I really thankful for kak Dayah for inviting me to a program that night. Unintentionally.
I'm the one who called her, at the first place, as I want to give her something (a diversion from melayan perasaan dekat bilik). And suddenly she said, "Eh jomlah ikut akak pergi sini."
I was like, "Okay jom."

9. (Sept) I started my 7th semester smoothly, but end it crazily.
That was the hectic semester ever in my degree life. For the first half of the semester, every thing happened smoothly, like I already expected, scheduled, etc. But when it came to 2nd half, this and that lecturers suddenly gave this and that assignments and need to be done and need to submit those on this and that week. And me was like, why this and that happened when I didn't expect this and that to happen?

I slept late at night (it was very unusual for me and it was a starting point where I sleep late until now and I started to think of that I'm not in a healthy condition anymore. sigh)

But at the bright side, I do admit that my final semester (insha Allah), had taught me a lot to do something under pressure.
In addition, I need to stay at home (I didn't manage to get college for this semester). Every time I sleep at home, I need to wake up at this kind of hour and need to go to uni at this kind of hour and need to go back home at this kind of hour. Every thing I done just because to avoid traffic jammed.

Honestly, I felt annoyed when people said, "Awalnya datang UM". So, I just ignore every time I got that kind of feedback as I already tired enough to make people know that Federal Highway is not a good thing to deal with when it's in traffic jammed plus you're driving a manual car without air-conditioner and you're in the mood of RM30 per week for fuel, not gonna exceed this .
(done complaint)

10. (Nov) Redecorated and repaint my room.
Exhausted.
Paint by myself.
Moving furniture here and there.
Sorting out all unwanted things.
Satisfied!

11. (Dec) Accident for the first time.
It was not a total damage or whatsoever. It was just I accidentally hit the car in front as I didn't realise that the car in front hasn't move yet, in a roundabout.
Jimny is totally fine (just a small dent at the front but not really obvious). That car got a huge dent on the bumper, lampu pecah sikit. But no human injuries whatsoever.
When I told my brother and abah, saying that I was having an accident, they laughed. Pfft. I laughed too. I don't know why my family and I can think this situation is funny? Maybe it's not the total damage (Nauzubillah), so insha Allah, everything is gonna be fine.

12. (Dec) 'Bathing' with kuah mee bandung yang masih menggelegak. Do not ask why. I did screamed when that liquid splashing on my skin. Yes, I did. Thanks to my adiks for cleaning everything while I changed clothes and put some ointment. Thank God that there were only me and my adiks at home. Otherwise, everything will be chaotic (situation that I'm not gonna face at all cost).

13. (Dec) Submitted my graduation form.
It didn't happened to be sad or happy moment or whatsoever but I did feel like, this is the end of my degree life.
So, whats next?
Am I going to pursue my study? Like I had dreaming before.
Or getting a job?

I think these are enough.
I got a lot more (of course it is) but maybe I just keep those to myself only.


Have a wonderful year!



peace yo. Salam ^_^