Bagai nak pecah semuanya.
I want to talk about it but I can't.
I want to tell someone but I can't.
I want someone to listen but no one to be found.
I want someone to comfort me but I don't know who.
I want someone to be with me but they are all far away.
Kepalanya diangkat dari terus ditongkat. Matanya terus menangkap pemandangan di depan mata. Pembangunan yang tak pernah berhenti. Terus-terusan merodok alam semula jadi.
Entah sudah berapa lama dia duduk di atas bean bag ini sambil memandang pemandangan luar dari tingkat dua belas kondominium yang diduduki. Sejak beberapa hari ini, itulah rutin dirinya.
Bagaikan sudah hilang jiwa entah ke mana.
Bagaikan sudah hilang seri dalam hatinya mahu berasa gembira.
Bagaikan sudah hilang rasa untuk tersenyum ikhlas pada manusia.
Semuanya,
Hanya kerana satu perkara.
Bagaikan satu beban telah dicampak keras ke atas bahunya.
Bagaikan satu bala ditampar terus ke pipinya.
Bagaikan satu ujian berat dipaksa untuk dipikulnya.
Belakangan ini juga,
Sudah berapa kali air mata mahal ini jatuh kerana itu.
Sudah berapa kali mahu menjerit mahu melepaskan semua.
Sudah berapa kali mahu berputus asa.
Sudah berapa kali dia menyalahkan diri.
Sudah berapa kali dia menahan diri dari terus meletus.
Hatinya sakit.
Hatinya perit.
Hatinya terseksa.
Hatinya menderita.
Seandainya...
Jika...
Kalaulah...
Tuhan,
Kurniakan aku kebijaksanaan,
Dan ketabahan,
Untuk hadapi semua ini.
No comments:
Post a Comment