Segalanya bermula apabila pada hari Sabtu itu dia mula jatuh sakit. Tekaknya
rasa tak selesa. Dan dia tahu, kalau batuk dah mula menyerang, selesema akan
datang. Demam pula, tunggu masa untuk dijemput.
Dan dia sungguh tak sangka dengan
keadaan kesihatan dia begitu, mampu membawa ke kondisi yang lebih teruk.
Minggu itu, entah setelah berapa
lama, air matanya jatuh. Tumpah deras.
Ego yang selama ini ditahan, hancur
berkecai dalam sekelip mata.
Dengan hanya dua test yang perlu
dia hadap minggu itu, telah membuatkan minggu itu merupakan minggu paling teruk
yang dia pernah rasa sepanjang dia hidup. Dia tidak pernah menyalahkan dua test
yang datang berderet itu sebab dia pernah hadapi yang lebih teruk. Namun,
entahlah. Minggu itu, dia bagaikan bukan lagi berada dalam realiti. Semuanya bagaikan jadi fantasi. Bangun pagi.
Pergi kelas. Pulang dari kelas. Duduk di meja belajar, tapi buat entah
apa. Mood belajarnya memang benar-benar terbang hilang melayang.
Dia tak tahu nak cerita pada siapa.
Dia pendam sorang-sorang, sampailah lepas habis test pertama, dia menangis
dalam diam di surau fakulti. Dia cuba tahan tapi dia tewas. Terkelip-kelip
matanya menahan air mata dari terus mengalir kerana surau itu penuh dengan
manusia lain. Untuk mengelakkan dari diketahui orang lain, dia ambil inisiatif
untuk tidur. Cuba menghilangkan segala rasa dalam jiwa.
Esoknya. Bersedia untuk test yang
kedua. Dan dia tewas lagi. Minggu itu memang benar-benar menguji segala rasa
dalam jiwanya. Dia sudah belajar untuk test itu tapi kepalanya kosong sebaik
sahaja masuk ke dalam kelas. Salah formula. Salah guna formula. Dia hanya
gelakkan diri sendiri yang bodoh. Padahal dia tak pernah buat kesalahan
sedemikian rupa.
Pulang dari test yang kedua, dia
tak kuat. Kali ini, memang dia mahu melepaskan semuanya. Dia menangis.
Sendirian.
Mujur juga rakan biliknya tiada. Biarlah
dia seorang dalam meluahkan perasaan, dia taknak orang lain tahu keadaannya.
Dia menangis dan terus menangis. Sampailah hati rasa puas. Segala yang
terpendam sepanjang hidupnya, terasa lepas. Orang lain kenal dia sebagai
seorang yang tiada perasaan. Orang lain kenal dia sebagainya seorang tidak
ambil kisah akan hal orang lain. Tapi satu yang orang lain tak tahu tentang
diri dia adalah dia seorang pendendam. Dia tidak mahu menimbulkan rasa kurang
senang orang lain terhadap dirinya. Maka, dia pendam segala rasa.
Namun, satu benda dia lupa. Manusia itu lemah. Akan ada masa yang
akan jatuh dan terus jatuh.
Dan itulah fasa kehidupannya kini.
Dia menangis dan terus menangis.
Dia bersyukur dia selesema dan batuk pada minggu itu sebab tak ada orang
akan persoalkan kenapa suara dia sengau dan hidung sokseksoksek. Sebab orang
tahu yang dia tidak sihat.
Yup. Dia tidak sihat fizikal dan
mental.
Dan akhirnya, dia paksa diri untuk berhenti menangis.
Malam itu, dia ingin meluahkan tapi tak tahu mahu meluahkan pada siapa. Dan
dia mula menulis nota hati pada helaian kertas.
Dan, dia menangis semula.
Dalam diam.
Sebab rakan sebiliknya ada dalam
bilik. Dia sangat bersyukur lagi dengan selesemanya yang masih belum sembuh. Moga
rakan sebiliknya percaya yang selesema itu semakin teruk hari demi hari.
Esoknya, sepanjang pagi dia
memikirkan kehidupannya sepanjang minggu ini. Mujur sahaja cuti. Sempat untuk solat Dhuha.
Dan dia menangis lagi.
Entah berapa kali air matanya mengalir dalam minggu ini. Murah betul air
ini. Padahal selama ini, dia akan tahan selagi mampu.
Dalam keadaan sekarang, dia baru
sedar yang dia keseorangan. Melayan perasaan
seorang diri. Tak ada siapa di sisi. Sahabatnya semua jauh-jauh belaka. Di
luar negeri mahupun di luar negara. Yang terdekat, pasti ada urusan
masing-masing yang dia tidak mahu ganggu.
Dia bukanlah mengharap sangat ada
orang yang akan bertanya dia okay ataupun tidak. Dia hanya mengharapkan
keberadaan seseorang untuk memeluk bahunya di saat bahunya benar-benar jatuh
tiada semangat, tanpa mengatakan apa-apa.
No comments:
Post a Comment