Sepanjang aku intern dekat Continental, aku ada kenal dengan sorang colleague. Aku memang banyak berurusan dengan dia sebab aku kena 'jaga' bahagian sales, dia kena jaga bahagian production. Makanya, anything related to stocks and production, aku akan tanya dia sebelum aku beritahu dekat sales team.
Nama dia Amir. Amir ni memang baik. Gaya abah-abah sangat.
Dekat Conti, dia antara manusia paling baik yang aku pernah jumpa. sepanjang aku berurusan dengan dia, senyuman tak pernah lekang dari mulut. berurusan dengan orang lain pun sama. Position dia dalam plant boleh kata tinggi sebab dia kena cater production untuk world wide (untuk jenis tayar yang dia kena cater, hanya ada dua plant je yang produce which is kat Malaysia dan lagi satu negara. Tak ingat negara mana. So dia kena cater production jenis tayar tu yang akan diexport worldwide).
Ok sudah.
Bukan nak cerita pasal dia tapi nak cerita pasal kedudukan dia.
Hari ni, aku call dia tanya pasal stocks availability sebab sales tanya, posible tak untuk dapatkan stocks by august sebab orders yang sales letak tu beratus kot. Stocks ada berapa puluh je. Amir kata tak boleh. Lepas aku letak phone, aku terus cakap dekat colleague, "Amir is really one of the person which is very suitable for his position right now." Colleague aku pun agree. Position Amir kena berurusan dengan banyak pihak dan memang selalu kena pressure dari pelbagai angle (salah satunya aku pfft).
Aku cakap dekat colleague lagi, "His position is really suitable based on his characteristics." Dia sangat penyabar. Tak pernah (atau aku yang tak pernah nampak) naik suara kalau ada yang marah dia sebab stocks tak cukup. Masa aku training dengan dia (three days dekat plant), kalau aku tak puas hati, memang aku akan terus tanya dan dia akan jawab dengan sangat berhemah. Siap bukti.
Ok. Melalut lagi.
Actually aku nak tekankan pada position yang Allah dah tetapkan pada dia. Aku dah mentioned dekat atas yang position dia dikira penting dalam production sebab dia yang kena susun production this month nak buat berapa biji tayar, nak allocate balik kalau open orders melebihi stocks dan production scheduled. Dengan sifat yang ada pada diri dia, Allah beri dia position ni. Bila aku tengok aturan macam ni, aku rasa macam melting (bwahahaha).
Aku pun refleksi balik kenapa intern aku dapat dekat Conti. Elaun so-so kalau nak compare dengan member yang dapat elaun lagi banyak beratus dari aku.
Ok aku cerita satu-satu.
Sepanjang aku intern, aku pergi kerja dengan member. Dia intern kat tempat yang satu lorong dengan Conti. Elaun dia dua kali ganda dari elaun aku. Hampir tiap hari aku dengar masalah dekat tempat kerja dia (dan aku hanya gelak je sebab aku rasa lucu) dan rakan-rakan internnya. Aku cakaplah kat depa yang so far aku intern dekat Conti, Alhamdulillah tak banyak masalah (peribadi). Kalau ada masalah, memang masalah kerja (nak kena cek stocks and production semua). Dan ini salah satu sebab kenapa aku bersyukur intern dekat Conti.
Dua.
Continental in one of the international company. Yang memang dah establish lama. Dari zaman 1800+. Conti ada dekat hampir 57 countries around the world. Masa aku tahu aku dapat interview dekat Conti, aku ingatkan Conti ni syarikat insurance (pfft). Aku tertukar dengan Prudential. (lain giler kot). Bila duduk dekat Conti, aku nampak banyak benda tentang dunia kerja, peluang kalau nak kerja oversea, how to deal with different people (especially dalam emel). Banyaklah. Sepanjang dekat Conti, sangat jaranglah aku guna salutation bila panggil colleagues (:')) semua pakat panggil nama je.
Tapi,
Aku mula rasa bangga dengan Conti sebab Conti is one the international company. Aku bangga dapat kerja dengan syarikat besar. Aku bangga sebab kena banyak deal dengan orang lain-lain negara. Aku bangga sebab aku banyak kena communicate in english (sampai terbawa bila sembang dengan member walaupun bagi aku speaking english is not a crime at all). Aku bangga juga bila masa aku kata aku nak sambung master dekat oversea.
Sampailah satu hari abah cerita pasal 'glamour' yang buatkan aku terkemap, terkedu dalam diam.
Dan aku sedar yang selama ni aku kejar glamour.
Aku nak orang kenal aku tapi aku taknak orang kenal aku.
Faham tak?
Macam kau nak orang kenal kau punya nickname tapi kau taknak orang tahu diri kau yang sebenar tu siapa.
Gitulah.
Sepanjang aku duduk Conti, aku banyak muhasabah jugaklah everything that happened, everything yang lalu sesaat, everything aku kena buat, semuanya aku macam terreflek balik kenapa Allah letak aku dalam kedudukan ni.
Aku tahu aku ada masalah dengan 'glamour', maka Allah letak aku dalam kedudukan di mana hati teruji dengan 'glamour'.
Aku tahu aku ada masalah dengan the way I communicate with people. Makanya Allah letakkan aku dalam kedudukan yang aku kena communicate banyak dengan manusia lain-lain cara dan budaya.
Aku tahu aku ada masalah dalam mencari sabar bila hati aku teruji. Makanya, Allah hadirkan seorang Amir untuk aku realise kau kena banyak bersabar dalam uruskan banyak pihak.
Aku tahu aku ada masalah in english. Makanya, Allah letak aku dalam suasana yang paksa aku untuk cakap English most of the time.
Aku tahu aku ada masalah transport untuk datang ke tempat kerja. Makanya, Allah hadirkan aku seorang insan yang sudi bawa aku ke tempat kerja saban hari.
Aku tahu aku ada masalah bila aku tak cakap sehari. Makanya, Allah letak seorang rumet yang kerjanya kena dengar aku cerita itu ini saban hari (
Dan banyak lagi.
.
.
.
Mencari hikmah setiap yang berlaku, bukanlah sesukar mana. Yang payahnya bila mata hati dah tertutup tak mahu dibuka.
.
.
.
Peace yo. Salam ^_^
No comments:
Post a Comment