Kembali lagi dalam rancangan bercerita seorang Iman.
Seperti mana tajuk di atas, inilah edisi kedua cerita kerja aku.
Satu.
Obesiti.
Again I do feel guilty of selling something unhealthy to the customer who obviously suffering with obesity.
Aku rasa kasihan dengan mereka-mereka yang memang ada penyakit berat badan berlebihan tapi masih hidup dalam cara yang kurang sihat. Dah berapa banyak doktor tulis/cakap dekat sosial media pasal pesakit-pesakit yang datang dengan pelbagai jenis penyakit dan satu sebab utamanya adalah tidak menjaga makan.
Malaysia sendiri adalah salah sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti yang tertinggi DI ASIA.
Full article:
Kita sebagai konsumer ada pilihan antara mahu memilih makanan yang bagaimana.
Tapi kalau tak ada pelanggan, macam mana kita nak untung?
Tak salah pun nak makan tapi dalam kuantiti yang bagaimana kita ambil.
Kalau tanya aku sendiri, aku ada je waktu-waktu yang sangat perlukan benda manis tapi aku tak ambil secara berterusan. Sebulan dalam dua, tiga kali (?)
Ya betullah.
Kalau aku rasa serba salah menjual produk-produk makanan yang sebegini, baik aku keluar sahaja dari industri ni.
#dilema
#seriussusahnakbuangmindsetyangkitabekerja
Dua.
Aku selalu duduk depan kedai untuk panggil pelanggan untuk singgah ke kedai.
Dan satu kegemaran aku adalah untuk melihat gelagat mereka-mereka yang datang ke UTC untuk selesaikan urusan mereka di situ.
Namun, benda yang aku rasa terlalu biasa berlaku adalah pelanggan yang buang sampah merata-rata.
Sumpah rasa patah hati, geram bila tengok benda tu berlaku depan mata.
Sekali tu,
Anak dia pegang kertas yang diberi oleh pentadbiran UTC (aku tak tahu untuk apa. Mungkin guideline untuk urusan dekat kaunter kot).
Lepas tu anak dia terlepaskan kertas-kertas tu.
And gues what, the whole family members dia (bapak, mak, kakak, makcik. ada dalam enam, tujuh orang jugak dekat situ, tengok je kertas tu. Terus pergi.
Weyh!
Ya kalau ikutkan hati memang nak jerit suruh kutip semula kertas tu.
Aku: Oh bodohnya dan sombongnya manusia ini.
Ini je kot buat setakat ni.
Kalau ada lagi, aku ceritalah.
Peace yo. Salam ^_^

No comments:
Post a Comment