Assalamualaikum dan hai.
Sebelum apa-apa, aku tak tahu nak ucapkan tahniah atau takziah kepada diri sendiri yang akhirnya menonton filem di panggung wayang. Bwahahahaha. Ya, umur dah lanjut tapi baru pertama kali masuk situ. Dan pilih filem pun, filem kanak-kanak. Kahkahkah.
Makanya, sebagai 'first timer' masuk cinema, aku agak kagum dengan panggung tu sendiri. Sebab sebelum ni aku dimomokkan dengan panggung wayang yang kotor dan merbahaya. Itu yang seriau nak masuk. Aku pergi GSC dekat Aeon Bukit Raja. Not badlah. Kebersihan okay. Sound system okay (walaupun pekak jugak telinga ni dengar). Aku tak tahu panggung lain macam mana, tapi yang dekat Aeon Bukit Raja ni, so far so good.
Kembali ke topik asal.
Secara keseluruhan, aku memang tabik dengan cinematography producer ni. Memang terbaik! Aku tak boleh banding dengan producer dari luar negara sebab mereka memang dah lama bertapak dalam industri ni. Untuk Les' Copaque, aku memang tabik. Soundtrack memang terbaik. Masa ada babak yang memerlukan lagu latar, aku dapat bayangkanlah orkestra yang nak memainkan lagu tu. (hiperbola).
Lagi, aku suka macam mana dia kaitkan jalan cerita ni dengan watak-watak yang ada dalam hikayat dongeng melayu lama. Kalau kau tak boleh recall all those hikayat, memang boleh dikatakan rugilah. Atau mungkin kau masih belum dilahirkan pada zaman itu (mungkin?). Aku suka bila producer bangkitkan semula hikayat-hikayat tu. Macam mengimbau balik masa zaman sekolah dulu baca buku Mat Jenin, Si Tanggang, Raja Bersiong, dll. Dalam filem ni, bagaikan menghimpunkan beberapa hikayat dalam satu tempat.
Kemudian, aku suka lagu Keris Sakti yang dinyanyikan oleh Nakhoda Ragam (Fakhrul Razi). Sebelum dia nyanyi, dia macam baca syair (kot). Suara macam tu, kalau masuk tilawah al-Quran, puuurrfect! Mula-mula aku ingatkan Mawi yang nyanyi (aku dengar lagu kat Youtube sebelum aku tengok filem) tapi aku tahu suara Mawi lain. Part dia main gambus, i was like, "OMMMOO!! Best gila dengar!" Memang terasa yang Keris Sakti ni lagu tradisional melayu. Dengan lirik-lirik yang digunakan, macam guna personifikasi yang kau kena hadam betul-betul baru faham maksud (orang dulu kan suka guna ayat lapik-lapik)
Tapi...
Hahaha bagi aku bila dah masuk bila part kanak-kanak tu nyanyi sekali, aku dah rasa spoil dengar. Bwahahaha. Mula-mula elok je dengar Nakhoda Ragam nyanyi, tapi bila masuk kanak-kanak tu, i was like, "Oh God!" Mungkin bagi orang lain, okay je dengar. Ni pendapat aku.
Keris Sakti Official MV - Fakhrul Razi (OST Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal)
Jenaka yang dia orang bawak pun, memang lawak. Satu panggung gelak. Memang kena pada tempatnya.
Jalan cerita pun tak berat sangat. Just nice untuk semua lapisan masyarakat. Senang faham.
Okay. Seterusnya.
Aku tak tahu masalah pendengaran aku (yang first time masuk cinema) atau macam mana. Aku ada masalah dengan the volume of soundtrack dengan suara watak. Macam sama-sama tinggi, so, tak tahu nak dengar mana satu.
Ada satu babak masa Upin, Ipin, dan kawan-kawan 'masuk' ke Inderaloka dan dia orang semua tengah gelabah sebab tiba-tiba aje ada dalam hutan, dekat pendengaran aku, agak serabut bunyi-bunyi tu. Sekejap Upin cakap, sekejap orang lain cakap, lepas tu orang lain. Dalam waktu yang sama pun ada several people yang cakap. Aku dah pening kepala waktu ni. Tambah lagi, dalam kekalutan tu ada lagu latar.
Lagi, aku tengok satu review dekat Youtube, oleh zhafvlog, dia kata ada watak-watak yang tak diperlukan pun dalam filem ni dan aku mengiyakan. Mungkin untuk meramaikan (angkat bahu). Tapi ada sesetengah watak yang aku masih rasa keperluan mereka dalam filem.
Kemudian.
Ada satu watak yang aku tak sangka langsung yang dia tu adalah watak utama sebenarnya bwahaha. Mula-mula aku dengan member dah pelik kenapa sorang lagi tu boleh angkat keris (sebab hanya beberapa orang sahaja yang mampu mengangkatnya). Kita orang assume lah yang dia ada kaitan dengan keris tu jugak dan rupanya memang ada kaitan.
Pada pendapat aku, mereka yang boleh mengangkat keris tu adalah watak utama termasuklah Upin & Ipin tapi sepanjang penceritaan, aku tak nampak sangat kontribusi Upin & Ipin dalam melawan musuh. Aku tak tahulah sebab ini filem 'Upin & Ipin' so literally they need to mengangkat watak Upin & Ipin tu (angkat bahu)
Kalau kau tanya apa input aku dapat:
Kemaafan itu satu kekuatan.
Pernah tak kau rasa hati kau ni berat semacam. Macam ada yang tak kena. Lepas tu, benda lain pun kau tak boleh nak buat sebab dalam hati ada benda tersekat. Tapi lepas kau luahkan, lepaskan, maafkan semua tu, kau rasa lega yakmat.
It was a really good moment when you can recall a few hikayat yang kau pernah baca/dengar waktu kecik-kecik dulu. I was like, "Hei. Aku pernah baca pasal hikayat ni." It was so excited when you can think of the hikayat when you watch certain scene. Tak adalah rasa bodoh sangat kan. Pfft.
Secara keseluruhan, memang terbaik!!! Pergilah tengok review dekat Youtube dan kebanyakannya semua kasi 10/10.
Dan aku pun akan kasi 10/10. Aku maafkan jelah soundtrack serabut tu mungkin masalah aku sendiri yang tak biasa dengan sound system panggung wayang. Pfft.
No comments:
Post a Comment