Sunday, 17 March 2019

Sales Assistant 1

Well, hello and Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal benda ni. Sejak mula kerja lagi nak tulis tapi sebab kekangan masa (alasan), it does take time to write this a.k.a to open the laptop and write. Malas ya ampun.

Lets proceed to the topic of the day.

Sejak aku kerja di bahagian sektor makanan ataupun F&B, yang memerlukan aku untuk jumpa dengan pelanggan setiap masa, setiap hari, memang akan jumpa dengan pelbagai jenis manusia yang aku rasa aku tak pernah sebelum ni. Tak adalah tak pernah tahu pun kewujudan mereka tapi bagi diri aku yang memerlukan untuk berkomunikasi dengan mereka, adalah satu perkara yang aku sendiri belum pernah buat.

Satu benda yang bos aku pesan dan memang buat aku terkesan, 
"Kita buka kedai ni, satu je yang kita kena ingat. Husnu dzon. Bersangka baik terhadap pelanggan."

Makanya, marilah saya bercerita.

Satu.
Ada sesetengah pelanggan, sekilas pandang memang tak akan anggap pun yang dia akan beli apa-apa.
Ada pula sesetengah pelanggan, sekilas pandang mesti kau akan anggap yang dia akan beli sesuatu.
Ada sesetengah pelanggan yang kau fikir macam tak ada duit dan yang lain macam, berduit.

Pernah sekali, ada seorang nenek yang dia masuk. Kau tak anggap dia nak beli apa-apa, mungkin dengan caranya yang agak .... kekampungan? (Maaf. Terjudge). Kau pun jawablah setiap persoalan dia seperti itu dan ini berapa harga. Dan sekali dia bukak dompet, hamek kau, terserlah not-not hijau tua.

Ada pula, pelanggan yang kau rasa ... dia akan beli sesuatu. Dia tengok setiap produk. Dengan gayanya yang seperti ... berduit? Dan dia jugalah yang tak beli apa-apa. Sekadar menghabiskan masa di dalam kedai, melihat produk-produk makanan yang ada. Mungkin bagi mereka, kedai kek seperti ini, belum mencapai standard citarasa mereka (?) Mungkin ya, mungkin tidak.

Dua.
Senyum.
Senyum.
Dan senyum.
Beberapa hari dalam minggu kedua aku kerja, aku sakit pinggang yang amat. Tiap kali aku berdiri untuk melayan, lepas tu memang akan cari kerusi, nak duduk.
Sakit kaki sebab masih belum biasa.
Sakit ditahan, senyuman tetap dipamerkan.
Mujur jugak masa ni masih ada kawan sekerja yang tolong.

Senyuman juga, yang bagi aku, tiap kali aku panggil mereka untuk singgah ke kedai, senyuman dari mereka juga yang buat aku rasa puas dengan apa yang aku buat, walaupun mereka tidak singgah.
Memang agak sedih bila pelanggan tak singgah, tapi senyuman dari mereka, atau bila mereka angkat tangan sebagai tanda 'tak mengapa', memang buat aku senyum lebih lama kerana itu lebih baik dari tiada senyuman, tiada tolehan, malahan pandangan sinis yang diberikan.

Tiga.
Sebagai sebuah kedai yang masih baru, memang kena tahan dari segala kritikan bila ada pelanggan datang dan membandingkan harga produk kau dengan harga produk lain yang lebih popular dan lebih lama bertapak dalam industri makanan.
Ya betul, produk kedai kami lebih mahal dari kedai lain (yang punya pelbagai franchise di sekitar Malaysia) terutama sekali bagi harga satu potong kek.
Kalau nak dibandingkan, memang agak mahal tapi tak perlu untuk diutarakan kepada kami yang menjual. Percayalah, memang sakit.

Seorang pakcik datang ke kedai. Berdiri di hadapan chiller.
"Berapa satu slice ni?"
"Untuk jenis ni RM11. Dan yang ini RM11.50."
"Mahalnya. Saya selalu makan dekat ****, lagi murah dari yang ni."
"........"
"Yang dekat sana pun lagi sedap."
Ya, dia kata tanpa membeli dan merasa pun kek kami.
Aku dekat depan dia, diam dan senyum sahaja. Itu hak dia nak memberi pendapat.
Tapi percayalah dekat dalam ni, "Pakcik, pakcik tak rasa pun lagi kek ni, pakcik nak kata kek dekat kedai sana lagi sedap. Pakcik tak tanya pun kek ni jenis apa, apa bahan-bahan yang kami gunakan untuk buat semua ni. Pakcik tak tanya pun kenapa harganya berbeza. Pakcik tak tanya pun buat dekat mana. Kek kami semuanya homemade cake. Tak ada buat dekat kilang yang kalau dia beli bahan, beli satu lori. Kalau beli bahan satu lori, memanglah dapat harga kos yang murah. Kami ni beli bahan sikit-sikit. Kita bukan buat kek secara mass production. Chef kita manusia, pakcik. Bukan mesin yang buat secara auto."
Dan pakcik itu pun berlalu selepas berkata-kata.
Bos, "Kalau ikutkan hati, memang saya bagi tazkirah terus dekat pakcik tu."
Aku?
Senyum.

Empat.
Ada sesetengah pelanggan, yang bagi aku, sangat mesra, baik hati, walaupun kami berbeza agama, bangsa, warna kulit, semua. Tapi kami berdiri atas tanah yang sama, tinggal dalam negara yang sama, punya perdana menteri yang sama.

Satu pagi.
Satu keluarga bangsa Cina datang. Masa tu dalam pukul 9 pagi dan memang tak ramai orang sebab pejabat UTC buka jam 1 petang.
"Excuse me, miss. You tahu itu pejabat buka pukul berapa?"
Aku beritahu dia jadual untuk setiap hari.
"Aiyoo. Saya datang sini nak buat passport, ini pejabat belum bukak lagi."
Aku senyum.
"Tak apalah. Tapi sebab you dah beritahu jadual, saya beli kek walaupun saya tak makan kek."
Awwhh. Banyak jugak dia beli atas terhutang budi kepada aku yang hanya sekadar beritahu jadual pejabat UTC.

Satu petang.
Seorang pakcik India datang ke kedai setelah aku panggil dia untuk singgah. Dan lepas tu, hahaha, dia cerita pengalaman dia masuk Thailand dengan jalan tikus. Adoilah pakcik. Cerita pasal perempuan sana, kalau nak pakai. Aku dah macam, ya Rabbi pakcik. Hahaha.

Satu malam.
Seorang mak dengan tujuh orang anak dia, 'terhenti' dekat kedai kami sebab ada satu adegan suami isteri (akulah rasa suami isteri. Tak pastilah kalau ibu dengan anak) yang telah menarik perhatian satu tingkat (sumpah nak gelak XD. Okay tak. Suami isteri tu bergaduh sebenarnya sampai isteri marah naik suara).
Mak anak tujuh tu cakap dekat anak-anak dia, "Ha. Kau orang, kalau buat mama marah, mama jadi macam tu."
Aku yang terdengar, sumpah tergelak.
Dan..
Kakak tu lepak jap dalam kedai kita orang sambil ulang kali beli kita orang punya cheese tart. Habis satu bekas, beli lagi satu bekas sebab anak dia suka cheese tart. Sumpah sporting kakak ni. Siap sembang dengan bos lagi sementara dua orang anak dia beli makanan dekat food court.

Lima.
Di kedai kami, bukan sahaja menjual kek, tapi ada juga ada menjual roti. Ini pengalaman kawan akulah sebab masa tu aku belum masuk kerja lagi.
Ada seorang ayah datang dengan anak dia. Bila dia tengok harga barangan dekat chiller tu, nampak muka dia agak keruh (mungkin agak mahal bagi dia).
Kawan aku kata, "Dekat dalam kita ada jual roti."
Barulah nampak raut wajahnya yang sedikit ceria kerana harganya yang lebih murah.

Satu petang nak dekat Maghrib.
Ada dua orang pelajar intern datang. Dia nak beli sandwich untuk kawannya berbuka puasa. Aku ambil.
Seperti biasa, aku akan promosikan makanan-makanan yang lain.
Dia jawab, "Duit tak banyak."
Sumpah aku tersengap, terkedu, terkesima. I was crying inside.


Menjadi diri aku yang Alhamdulillah segalanya cukup, memang buat kepala aku terketuk.
Aku ada duit, tapi aku taburkan ke tempat entah apa.
Mereka?
Nak makan pun, kawan yang belanja.
Allahu.

Enam.
Kami ada juga jual makanan ringan, macam kudapan gitu, which is CrunCheeze (popia cheese tapi sumpah sedap. Aku dah pernah makan Wonder Cheese but this one, much better).
Sumpah, sebenarnya aku serba salah nak promosikan benda-benda macam ni dekat budak-budak atau pada ibubapa yang bawa anak-anak. Aku tahu benda tu kurang sihat kalau makan. Tapi for the sake of bisnes, aku promosikan jugak benda ni. Huhu.
I feel guilty.
Dekat anak buah pun, aku fikir banyak kali nak kasi benda-benda macam ni. Paling tak pun, kasi coklat (yang pasti masa ambil, kena ambil sorok-sorok. Tak boleh kasi dia orang tahu dekat mana coklat tu disorokkan). Itupun dah hyper lain macam. Mokteh kasi buah-buahan je lepas ni.

Tujuh.
Tester.
Abang, kakak, adik, pakcik, makcik, tester ini fungsinya hanyalah untuk merasa, bukan untuk kenyang.
Ini ambil segenggam, ya Allah, aku tahan hati je sebenarnya bila tengok dia ambil macam nak kasi penuh mulut.
Nak makan kasi kenyang, beli sebalang buat melantak sampai muntah.

And, and, and,
"Dik, kek ni tak ada tester ke?"
Aku dah tepuk dahi. "Kak/Abang/Pakcik/Makcik, kalau pergi kedai kek lain, ada kasi tester kek ke?"
Kalau ada kuasa untuk tiup kepala tu jadi rasional sikit dan hilangkan sedikit kebodohan dalam minda tu, dah lama aku buat.




Kalau ada lagi cerita, aku tulis.
Peace yo. Salam ^_^

No comments:

Post a Comment