Dulu, aku pernah tulis pasal suri rumah. (Boleh klik dekat link bawah)
http://zahilszahid.blogspot.com/2015/01/suri-rumah.html
Aku pernah backup suri rumah dalam post dulu. Aku kata aku tak suka bila orang kata suri rumah itu ini, lepasan spm je, tak reti belajar, lepas tu bila suami tuduh isteri tak buat kerja walaupun duduk rumah sepanjang hari, dan sebagainya.
Tapi lately, aku dapat lagi satu perspektif tentang suri rumah ni. Iaitu sangat kontra dengan apa yang aku cakap dulu.
Aku ada kenalan yang memang duduk rumah sepanjang hari sebab dia tak bekerja. Bila aku tengok dia, aku dah macam, 'this is not like what I thought of before.' Dulu aku backup suri rumah yang dituduh tak buat apa dekat rumah tapi sekarang, aku dah macam, 'Does it true, that accusation?'
Aku juga ada kenalan yang bercerita tentang beberapa kenalan dia yang merupakan suri rumah. Bangun pagi jangan ceritalah pukul berapa, Kain tak berlipat selonggok atas kerusi. Sampah tidak dibuang. Pinggan tidak dibasuh. Kain tidak dibasuh mahupun disidai.
Sumpah aku sedih bila dengar benda ni.
Bagi diri aku, suri rumah itu yang menyebabkan tuduhan suami itu menjadi satu realiti. Kau taknak dituduh itu ini, tapi itulah realitinya.
Aku faham perasaan seorang isteri yang sangat memerlukan me-time apatah lagi bila dah ada anak tapi kalau masa ada tak ada anak rumah tak terkemas, inikan pula bila ada anak.
Ya betul. Kau boleh kata aku tak berada di situasi itu sekarang sebab aku belum berkahwin apatah lagi nak ada anak sendiri. Tapi, kemas rumah itu common sense kot. Nampak benda kotor, buang atau cuci. Nampak benda sepah, kemas dan susun balik di tempatnya.
Kenalan aku pernah kata yang kebanyakan rumah yang kemas dan bersih adalah kerana ibu bapanya bekerja, dan kebanyakan rumah yang kurang kemas kebanyakannya salah seorang dari mereka merupkana suri rumah. Aku tak berapa nak setuju bab itu sebab ada je ibu bapa bekerja tapi rumah kecah jugak (dengan alasan tak sempat nak kemas) dan ada juga bila ada suri rumah, rumah dia kemas bersih dan berkilat.
Bagi aku, kemas rumah ni satu kemahiran, satu common sense yang tak semua orang ada. Cara kita dibesarkan, cara kita diajar, itu semua mampu untuk menyebabkan kita ni menjadi apa.
Dan aku bukan nak kata yang kerja mengemas rumah bukan terletak di atas bahu isteri semata tapi di atas bahu sesiapa yang mendiami di dalam rumah/bilik itu. Suri rumah can be either the father or the mother. It's not only mothers/ladies only.
Peace yo. Salam ^_^
No comments:
Post a Comment