Wednesday, 29 August 2018

Akad

Assalamualaikum dan hai.

baca tajuk nampak macam boleh membawa kepada kontroversi sangatkan. Choi. sebab aku tak tahu nak letak tajuk apa. So, suddenly I just came out with that word and just put it as a title. Malas nak fikir another tajuk.

Anyway,
Tadi aku tengah video dekat youtube. Suddenly, entah macam mana boleh terklik dekat satu video akad nikah orang lain dekat situ.

Aku tak tahu kenapa tapi masa aku tengok video tu, aku rasa macam ada satu perasaan sentap pukul ke hati aku.

Jujurnya, aku memang banyak baca novel melayu dan kebanyakan novel melayu menceritakan kehidupan selepas kahwin. Tapi tak banyak yang highlight bahagian akad nikah (ada juga tapi tak banyak).

So, masa aku video tu, bagaikan menyedarkan diri aku yang tanpa sebuah akad, hubungan lelaki dan perempuan yang sesama suka, memang tak bawa ke mana.

Dan ia juga mengingatkan aku tentang perasaan bakal isteri dan bakal suami di saat mereka bakal disatukan.

Ia juga mengingatkan aku tentang macam-macam.
Tentang sebuah tanggungjawab.
Tentang sebuah kejujuran.
Tentang sebuah kebenaran.
Tentang sesuatu yang kita tak pernah tahu pun sebelum ni, akan di'reveal' selepas akad.
Tentang sebuah didikan.
Tentang semua benda.

Selain rasa sentap tu, of course jugaklah rasa overwhelming sebab melihat senyuman mereka.

Sejak kebelakangan ini, memang aku banyak melihat/mendengar/membaca masalah2 rumah tangga yang kian menimbun dalam media sosial mahupun dalam kehidupan seharian aku.

Dan bila aku tengok video tu, mengingatkan kembali detik kebahagiaan kita pada pasangan pengantin.
Detik di mana kita pasangan pengantin nantikan.
Dan semualah.


Peace yo. Salam ^_^

No comments:

Post a Comment