Apabila di saat kau berada di bawah
Kau selesema
Sebab apa?
Manusia tidak akan bertanya jika hidung kau sokseksoksek
Syukur
Apabila kau mula menyedari
Segalanya terjadi atas aturan Ilahi
KAu tak perlu lagi bandingkan diri
Dengan manusia lain sehingga dengki
Syukur
Tiap apa yang telah dikurniakan
Kerana kau tahu
Kau tak mampu menahan diri jika diberi lebih dari apa yang kau perlukan
Syukur
Dikurniakan akal
Dengannya kau mampu berfikir
Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu kau lakukan
Syukur
Dikurniakan manusia di sekeliling
Baru kau tahu
Dunia tidak seindah yang kau bayangkan
Kau hanya perlu mengambil iktibar
Dan tidak ulang perkara yang sama
Di kemudian hari
Syukur
Atas kurniaan perubahan dalam diri
Tiap perubahan dalam hidup
Supaya aku belajar apa itu mencari hikmah
It's not about the problem that we need to see
It's about the good side that problem can bring to us
Pernah suatu ketika, aku rasa down sangat.
The worst week ever in my life.
Aku tak sihat sepanjang minggu
Aku menangis separuh dari minggu itu
Aku tak berada di dunia realiti ketika aku menangis
Aku mengharapkan manusia di sekeliling supaya berada dekat denganku
Tapi tiada yang hadir
Kerana mereka tidak tahu
Dan aku tahu
Tuhan mendidik aku untuk belajar luahkan kepada-Nya terlebih dahulu
Sebelum kau mahu luahkan kepada manusia
Tuhan mendidik aku
Manusia juga punya tempoh masa berada di bawah
Sehingga kau terkapai-kapai mencari nafas (especially bila selesema)
Dalam sesaknya dada bila kau menangis
Kau perlu rasakan itu
Baru kau tahu erti syukur
Syukur
17 Ramadhan 1439H
No comments:
Post a Comment