But, for me, it's not that easy just "Hey dude. I love you." dan kau pun terkinja-kinja sebab kau dah berjaya luahkan perasaan kau. Kau dah rasa macam happy sangat sebab dia dah tahu yang kau suka dia.
but not for me.
bagi aku, perasaan aku ada KPI dia sendiri (gitu uolls KPI).
once aku dah confess, aku kena bertanggungjawab dengan perasaan aku tu. aku kena bertanggungjawab atas apa reaksi yang dia akan berikan pada aku.
dan setiap kali dia orang tanya, setiap itu jugaklah aku jawab, "Meluahkan perasaan itu bukan satu perkara yang mudah sebab perasaan yang dipendam ini, biarlah sehingga ke jinjang pelamin. kalau takde niat nak kahwin, baiklah pendam daripada jadi benda yang bukan2."
dan aku sendiri tahu kalau aku suka satu benda, aku memang all out. aku mampu buat apa sahaja untuk dia. aku mampu gadaikan duit aku untuk benda tu contoh macam aku suka buku. walau aku tengah pokai sekalipun, aku akan keluarkan juga duit untuk beli buku tu. walaupun poket tengah kering.
mungkin bagi kome, tak baiklah disamakan benda yang hidup dengan benda yang mati. dan tak sama cintakan benda dengan cintakan manusia.
iya memang lain.
tapi aku belum bersedia nak rasa bertanggungjawab dengan perasaan aku tu.
cukuplah aku simpan dalam hati dan mendoakan segalanya yang terbaik.
sekarang pun, aku dah dapat doa baru which is "kau hadirkanlah si dia pada saat aku benar2 bersedia, di saat aku benar-benar matang dalam melihat dunia, di saat aku mampu buat keputusan yang paling terbaik dalam hidup aku."
dan aku menganggap selagi mana tiada lagi lelaki yang hadir, aku anggap yang aku ini masih belum bersedia.
dan sekarang, mak beberapa kali juga bertanya "anak kawan mak ni", "anak kawan mak tu" dan aku cakap awal-awal kat mak, biar iman habis belajar dulu.
kalau mak tanya sampai bila, aku akan jawab, "sampai liang lahad sebab tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad."
.
.
.
.
pfft.
hambaaaaaaaaaaaaar.
peace yo. Salam ^_^
No comments:
Post a Comment