Hari tu kdayah ada cerita pasal teme. "Kitorang, Iman Pub, sendiri pun tak jangka yang buku teme boleh jadi best seller. Dua kali buku dia keluar, dua2 jadi best seller. Nampaklah yang Teme memang betul2 ikhlas dalam penulisan dia."
Ayat last k.dayah memang buat aku sentap.
'Ikhlas dalam penulisan' is something that me, myself, had been long forgoten. Baru tulis cerita pendek sikit, dah riak tahap habisan.
Lepas tu, aku selalu persoalkan kenapa hidup aku macam ni. Dan akan ada suara lain yang kata, 'kalau berada di tempat yang kau mahukan, adakah akan sama diri kau dulu dan sekarang?'
Persoalan yang kau sendiri tak mampu nak jawab, bukan?
Masa baca Hiatus - Mato, aku pernah terbayang jika aku berada di tempat Mato. Duduk oversea. Belajar medic. Ada mental illness. Depression. Tulis buku. Popular. Orang panggil untuk bagi talk. Orang awam sentiasa mendoakan kesihatan Mato. Etc.
And you start to compare yourselves with him.
Aku ada apa je? Kenapa aku bukan macam Mato? Kenapa aku tak duduk oversea? Kenapa aku bukan insan yang orang panggil untuk bagi talk? Kenapa dan kenapa?
Dan akan ada suara yang menjawab, "Kau yakin ke bila kau berada di tempat Mato, kau mampu hadapi apa yang Mato hadapi? Kau yakin ke kau mampu hadapi tiap ujian dan nikmat yang Tuhan berikan, seperti mana Mato lalui? Kau yakin ke diri kau masih sama dengan diri kau yang sekarang?"
Ketuk kepala tanya hati, tanya akal.
Kau sering persoalkan tiap benda yang jadi dalam hidup kau. Tapi kau selalu lupa, yang Allah itu Maha Mengetahui. He knows beyond what you knew.
Bila dibaca, rasa seperti mahu menjadi seperti mereka
Tanpa ku tahu
Realiti yang kau anggap fantasi itu
Satu episod hidup yang tak mungkin kau mampu hadapi
Kerna kau bukan dia
Yang Tuhan berikan ujian khusus untuk dia
No comments:
Post a Comment