Thursday, 21 April 2016

Pausi #1 (Sebab awak lain dari yang lain)

Tiap kali saya nampak awak
Saya rasa lain
Sebab awak nampak kontra dari orang lain
Awak sorang je yang pakai baju 'pelik'
Sebab tu
Tiap kali saya nampak awak dengan orang lain
Awak memang akan menyerlah dengan sendirinya
Sebab awak lain dari yang lain

Tiap kali saya nampak awak senyum
Saya rasa lain
Sebab awak jarang senyum
Awak jarang senyum dengan orang asing
Kalau awak senyum pun
Hanya sekadar untuk menegur
Sebab ada orang kata
Benda manis yang susah nak lihat,
That's the sweetest
Itulah yang saya nampak tiap saya nampak awak senyum
Sebab awak lain dari yang lain

Tiap kali saya dengar awak ketawa
Saya rasa lain
Sebab saya tahu
Kalau awak ketawa
Memang takde suara
Lepas tu
Habis merah padam muka awak
Tapi
Kadang-kadang awak terlepas juga suara bila awak ketawa
Memang mendatar
Tapi sebab susah nak dengar,
That's the loveliest
Sebab awak lain dari yang lain

Tiap kali saya nampak awak tidur
Saya rasa lain
Masa perjalanan balik kolej
Awak penat lepas habis program
Saya perasan
Tiap kali naik bas
Mesti awak tidur
Sebelum program, mahupun selepas program
Dan
Kalau awak nak tahu
Saya suka tengok awak masa awak tidur
*maafkan saya*
Tapi jujur
Awak nampak lain
Sebab awak lain dari yang lain

Tiap kali awak berkata-kata
Saya rasa lain
Walaupun dalam mesyuarat awak selalu berkata-kata
Bersuara mengeluarkan pendapat
Mahupun bersuara untuk membentangkan sesuatu
Awak tak guna suara lunak awak
Suara awak serius je
Muka pun serius
Tapi bila ada orang buat lawak
Awak still ketawa
Tanda awak okay dengan mereka
Sebab awak lain dari yang lain

Tiap kali saya tengok awak conduct mana-mana slot
Saya rasa lain
Awak masih mengekalkan imej awak
Sebagai seorang yang bergelar Muslim
Awak tak kekok dengan pandangan orang ramai
Awak masih mampu berjenaka di saat serius
Orang lain pun mampu menumpukan perhatian pada awak
Walaupun ketika waktu yang sepatutnya orang tidur
Sebab awak ada aura
Yang menyebabkan orang nak dengar apa yang awak cakap
Ayat awak pun tersusun
Tak terkeluar pun perkataan-perkataan yang tak enak didengar
Walaupun awak masih beraku-kau dengan kawan
Tapi bila awak buat satu tanggungjawab
Bahasa awak jadi sangat formal
Sebab awak lain dari yang lain

Tiap kali saya nampak berjalan
Saya rasa lain
Sebab cara berjalan awak penuh karisma
Badan awak tegak
Tak bongkok
Kaki awak pacak
Tak diseret
Tangan awak diayun mengikut rentak
Senyuman awak diukir mengikut keadaan
Sebab awak lain dari yang lain

Entahlah bila saya mampu jadi macam awak
Walaupun awak lain dari orang lain
Orang lain masih boleh bermesra dengan awak
Mereka tak kekok pun dengan awak
Kadang-kadang saya yang rasa kekok bila bercakap dengan awak
Saya rasa diri saya ni kerdil
Tak setanding awak yang hebat
Saya rasa diri saya ni jahil
Tak mampu keluarkan ayat-ayat al-Quran mahupun hadis apabila berkata
Ayat saya pun kadang-kadang tunggang terbalik
Entahlah bila saya mampu jadi macam awak


peace yo. Salam ^_^

No comments:

Post a Comment