“Mak, lambat lagi ke nak sampai?”
“Belum, Angah.” Puan Aini yang
sedang memandu kereta tersenyum melihat anak keduanya yang baru sahaja bangun
dari tidur.
Hari ini mereka, kumpulan usrah
Puan Aini, sama-sama membuat rombongan di sebuah rumah pemulihan akhlaq. Ada
daurah di sana. Sambil-sambil tu boleh berkenalan dengan anak-anak di sana.
Lagipun, mereka tahu anak-anak di sana sangat memerlukan dorongan dan kekuatan
dari masyarakat di sekeliling.
Huda melihat suasana di luar
keretanya. Kampung. Hijau. Nyaman. Damai. Tenang. Along Husna dekat sebelah
tengah membaca buku pelajaran sebab dia ada lagi beberapa bulan sebelum
menduduki peperiksaan PMR. Achik Hannah tengah tidur. Dia saja yang kebosanan
tak tahu nak buat apa.
Matanya menangkap seorang kanak-kanak,
mungkin, yang sedang duduk di penjuru ruang tamu. Mereka kini sedang mendengar
penerangan Ustazah Maznah tentang hebatnya Cinta Tuhan. Dia sahaja yang cepat
betul hilang fokusnya. Buku nota yang diberi Puan Aini tadi pun dah penuh
dengan lukisan-lukisan yang kebanyakannya bertemakan Anime yang menjadi
kegemarannya.
“Along.” Bisiknya dari sebelah.
Husna berpaling ke arahnya adiknya.
“Apa?” Juga berbisik.
“Boringlah.” Mujur sahaja mereka mengambil
tempat di bahagian belakang sekali.
“Lukislah lagi. Angah kan suka
lukis?”
“Dah takde idea nak lukis apa.”
“Tunggulah kejap lagi. Lagi berapa
minit je nak habis sesi ni.”
“Hurmm..” Nak tak nak terpaksalah
dia duduk lagi lima belas minit untuk menghabiskan sesi bersama Ustazah Maznah.
“Nama awak siapa?”
“Amni Hidayah. Panggil Amni. Tapi
selalunya orang yang rapat dengan saya dia panggil saya Yaya. Awak?”
“Huda.”
“Huda je?”
“Tak. Huda.” Balasnya sambil
tersengih.
Si gadis di hadapannya itu
tersengih. Faham dengan maksud itu. “Umur?”
“Tiga belas. Awak?”
“Kita sebayalah.”
“Iya? Tapi awak nampak macam dah
menengah atas.” Tak sangka pula gadis yang dia usyar tadi masih lagi sebaya
dengannya.
“Ramai orang cakap macam tu. Nak
buat macam mana, dah rezeki saya. Haha.”
Huda turut ketawa. “Hmmm…baby ni
dah berapa bulan?” Dia teragak-agak mahu bertanya sebenarnya takut Yaya
berkecil hati pulak.
Yaya tersenyum sambil mengusap
perutnya yang sudah menampakkan bentuk. “Insya Allah bulan ni akan masuk tujuh
bulan.”
“Yaya.” Ujarnya.
“Ya?”
“Boleh saya panggil dengan nama
tu?”
“Boleh tapi kenapa sebab selalunya
orang yang baru kenal saya akan panggil saya Amni.”
“Sebab saya nak jadi orang yang
rapat dengan awak.” Jujur dia menjawab.
Tersentuh Yaya mendengar jawapan
itu. “Tapi awak tak jijik ke nak kawan dengan saya?” Dia tahu dengan penerimaan
masyarakat sekarang terhadap golongan-golongan sepertinya. Kata mereka,
memalukan masyarakatlah, anak malang, anak sial dan macam-macam lagi.
Huda pandang tepat ke mata Yaya.
“Tak. Mak pernah kata kita tak boleh hukum orang dengan masa silam dia sebab
dia dah tak duduk dekat masa silam tu lagi.”
“Tapi masyarakat selalu pandang
jijik dekat orang macam saya?”
“Maybe…saya tak tergolong dalam
masyarakat tu.” Mak pesan supaya buat kawan dengan sesiapa sahaja. Tak perlu
pandang siapa diri dia. Yang penting kena ikhlas.
Sekali lagi Yaya tersentuh.
“Thanks, awak.” Hatinya sebak.
“No worries, sis.” Dia tahu Yaya
sedih, terharu dan gembira dalam masa yang sama. “Okay. Cerita pasal benda lain
pulak.”
“Apa dia?”
“Hmmm.. apa ya?” Dagunya
diusap-usap. “Ha! Tapi awak kena cool je tau dengar soalan ni?”
“Depends on question.”
“Alah. Mana boleh. Kena janji
dulu.”
“Okay. Okay.”
“Soalan dia..jeng..jeng..jeng..”
Huda berhenti seketika mahu melihat respon Yaya. “Macam mana awak ada desire
nak masuk sini?”
Gulp. Mencabarnya soalan.
“Hmm..bagi saya dua minit untuk
susun ayat boleh?”
“Okay.” Huda menunggu sambil
melihat sekeliling kawasan rumah itu. Luas. Penuh dengan rumput dan pokok-pokok
buah-buahan. Dia dapat kenal pokok rambutan dan pokok manggis.
“Hmm..macam ni.” Yaya memulakan
cerita.
“Assalamualaikum,
puan. Anak puan sedang berada di hospital sekarang. Tadi dia pengsan ketika
berada dalam kelas.” Lapor Cikgu Hasni.
Terkejut
mama mendengarnya. Siapa yang tak terkejut kalau dengar anak sendiri pengsan
kat hospital.
Sampai
je kat hospital, mama terus kena panggil masuk bilik doctor. Lama mama dalam
tu. Yaya yang kat luar, hanya mampu melihat sambil menanti dengan penuh
debaran. Dia tahu apa puncanya. Dia tahu kenapa dia pengsan. Dia tahu
segalanya. Cikgu yang menghantarnya tadi sudah pulang ke sekolah selepas mama
datang. Dia rasa serba salah. Dia malu dengan diri dia. Dia malu dengan
keluarga dia. Dia malu dengan semua orang.
Lepas
30 minit, baru mama keluar dari bilik doctor. Muka mama sunggul sahaja. Mama
duduk di atas kerusi di sebelah katilnya. Mama masih diam. Dia lagilah tak tahu
nak cakap apa. Hatinya penuh dengan rasa serba salah sahaja.
Mama
pandang mata dia.
Dia
pandang mata mama.
“Mama,
adik minta maaf ma.”
Lepas
seminggu dia dapat cuti, mama ambil keputusan untuk berhentikan dia dari
sekolah. Mama suruh dia tunggu tahun depan, baru masuk sekolah balik. Mama dah
cerita dekat papa. Dia nampak muka papa merah tapi papa senyap je. Dia tahu
papa marah.
Akhir
sekali, mama decide nak hantar dia masuk ke tempat pemulihan akhlaq. Mama cari
dekat internet. Mana yang bagus. Mana yang betul-betul ada kesan. Sebab dia
tahu, mestilah mama hairan kalau dapat anak yang rosak akhlaq macam dia padahal
mama dengan papa tu sangat jaga amalan seharian mereka sekeluarga. Benda-benda
wajib memang mama dengan papa sangat tekankan. Tiap hari diorang tanya dah
solat ke belum. Dah ngaji ke belum. Semua dorang Tanya. Siapa yang tak terkejut
kalau dengar berita anak sendiri mengandung luar nikah!
Akhirnya,
mama dengan papa ambil keputusan untuk hantar dia ke Raudhatus Sakinah.
“That was the story why I’m here.”
Buat pertama kalinya Yaya menceritakan kisah silamnya pada seseorang yang bukan
ahli keluarganya. Kawan-kawan di Raudhatus Sakinah sendiri pun dia tak pernah
cerita walaupun ada juga yang bertanya. Cukuplah perutnya yang semakin membesar
saban hari itu menjawab kesemua persoalan mereka.
Huda masih diam. “What do you feel
right now?” Selepas beberapa ketika dia berdiam diri.
“Takut.”
“Kenapa?”
“Apa penerimaan orang bila saya
keluar nanti? Lepas baby ni lahir? Macam mana nak jawab kalau ada yang
bertanya? Kalau cikgu-cikgu saya jumpa parents saya nanti, apa diorang nak
jawab? Takkan diorang nak berterus terang nak cakap anak dia mengandung anak
luar nikah? Saya dah rasa cukup serba salah bila doctor bagitahu mama dulu.
anak orang ternama sanggup menconteng arang pada muka ibu bapa sendiri.” Ya.
Itulah ketakutannya selama ni yang dia rasa. Sambil menanti hari untuk
melahirkan.
“Mak kita pernah cakap, apa yang
kita pernah lalui dulu, bukan kuasa kita nak menilai baik buruknya. Apa yang
penting, apa yang berlaku sekarang.”
“Ya, memang mudah nak berkata-kata,
tapi manusia tak semudah itu mahu melupakan. Mereka pasti mengungkit pada
kemudian hari.”
“Tapi sampai bila kita nak amek kisah
pasal apa yang orang akan cakap pada kita? Kalaulah Rasulullah layan je amukan
orang-orang Quraisy dulu, kita tak rasa kita akan dapat Islam sampai sekarang.
Kalau nabi-nabi dulu just follow the flow je apa yang pembesar-pembesar dulu
kata, entah sampai bila kita hidup dalam jahiliyah?” Huda berhenti seketika.
Tak sangka dia mampu mengeluarkan ayat se’deep’ itu.
Yaya di sebelahnya pula diam.
Menusuk kalbu ayat-ayat Huda tadi. Lepas tu, memang mereka terus berdiam diri
sehinggalah mak Huda panggil untuk pulang.
“Sorry kalau awak terasa tadi.
Takde niat pun sebenarnya.”
“Tsokay. Apa yang awak cakap tu
betul semuanya. Awak tak salah pun. Yang salah kita sebab tak boleh nak terima
hakikat yang perjalanan ni masih jauh. Banyak lagi benda yang perlu ditempuh.”
Huda senyum. Dia tunduk sambil
menghadap perut Yaya yang semakin membesar. “Tunggu makngah kay, baby? Nanti
kita jumpa lagi.”
“Makngah?” Kening Yaya terus
bertaut. Pelik dan hairan.
“Saya anak kedua dalam family and
dorang panggil saya Angah. So untuk baby ni, sayalah makngah dia.”
Yaya terharu mendengar ayat-ayat
Huda. Dia tak pernah jumpa orang macam Huda. Nampaknya Huda lebih matang dalam
pemikiran berbanding dia walaupun secara zahirnya, memang dia sendiri orang
kata pelajar university.
“Ni nombor saya. Mana tahu, kita
boleh jumpa lagi?” Kata Huda sambil menghulur sehelai kertas yang tertulis
nombor telefon rumahnya. Dia masih tidak punya telefon bimbit sendiri. Mak
dengan abah pun tak kasi. Along yang tengah Tingkatan 3 pun, abah tak kasi
handphone lagi. Abah kata, kalau takde keperluan, kenapa nak kasi?
Yeah. Meet my abah.
“Yakin je jumpa nanti?”
“Kalau dah jodoh, tak kemana.”
Gurau Huda.
Yaya terus tersenyum. Tak pernah
dia jumpa orang seperti Huda. Main hentam je kawan dengan sesiapa je. Ni baru
jumpa pun, Huda buat macam dah kenal sepuluh tahun. She’ so friendly.
Kereta yang dinaiki Huda semakin
hilang dari pandangan.
Till we meet again.
Friend.
No comments:
Post a Comment