Tangisan itu
kedengaran di sepanjang koridor hospital. Tangisan yang mendayu. Tangisan yang
menyesakkan dadanya sebagai seorang pendengar. Tangisan yang menghiris hatinya.
Tangisan yang mengundang perasaan risau, kasihan pada si gadis. Tangisan yang membuatkan
dia berasa dia seorang doktor yang tidak bertanggungjawab.
“Bro. Kau okey
tak?” Bahunya disentuh perlahan.
Dia sedikit
terkejut dengan teguran itu. Cepat-cepat dia mengesat matanya yang sudah
bergenang. “Aku okey.”
“Tak. Kau tak
okey.” Dia perasan perubahan kawannya selepas mereka keluar dari bilik bedah.
Dia perasan kawannya itu termenung melihat seorang gadis yang sedang menangis
di koridor sana. Dia perasan kawannya itu tidak berubah kedudukan sejak lima
minit yang lepas.
“Aku okey.” Dia
mahu melangkah menuju ke biliknya. Tugasnya sudah selesai.
Kawan di belakang
mengikuti langkahnya. “Bro.” Direntap kasar tangan kawannya. Dia tak pernah
melihat kawannya seperti itu.
“Kau nak apa?!”
Tengkingnya spontan. “Aku cakap aku okey, aku okeylah.” Damn it! Dihentak
mejanya dengan penumbuk. Terus dia mengambil tempat di atas kerusi. Diraup
mukanya kasar.
“Aku ada kat
sini.” Disandarkan tubuhnya pada dinding.
“Kau pergilah buat
kerja. Banyak lagi pesakit yang perlukan bantuan kau. Aku bukan pesakit kau.” Dia
tak perlukan sesiapa di saat ini. Dia hanya perlukan ruang untuk menenangkan
fikiran.
“Okey.” Kawannya
itu terus melangkah keluar sambil menutup perlahan pintu biliknya.
Sebaik sahaja si
kawan keluar, dia menyandarkan badannya pada kerusi. Diangkat tangannya.
Menggigil. His biggest fear. Doctor biggest fear especially bagi seorang pakar
bedah sepertinya.
“Doctor! Red zone! ” Dia yang baru sahaja memakai kot
putihnya, terus melangkah menuju ke Emergency Route (ER) di bahagian selatan
hospital. ER yang menjadi ‘taman permainannya’ semenjak dia bergelar Medical
Officer (MO). ER yang menjadi ‘konsert nyanyian’nya saban hari. ER yang menjadi
‘kelab pagi dan malam’nya.
Dia menghampiri katil tujuh. God! Badan yang berlumuran
darah di hadapannya penuh dengan calar sana-sini. Apa yang membuatkan dia lebih
terkedu adalah sebatang besi yang tembus ke badannya. Kakinya sudah terseliuh.
Dahinya pula kelihatan seperti terhentak pada sesuatu yang keras. “Bawak dia
masuk OT.” Besi yang tertusuk tu lebih kurang berdiameter 10 mm. Possibilities untuk kena hati tu tinggi.
“Panggil sekali Doctor Mey Ling dengan Doctor Yasir
Murshid!” Dia bergegas menuju ke bilik bedah. Bajunya terus ditukar kepada
pakaian khas. Bilik bedah boleh dianggap sebagai life and death room dan tuannya
adalah doktor bedah. Para juri adalah keluarga pesakit yang menunggu di luar.
Sebelum dia melangkah masuk, matanya terus tubuh
menangkap seorang wanita yang sedang berpeluk tubuh di tepi dinding. Bajunya
turut terkena darah. Mungkin ahli keluarga pesakit.
Selepas empat jam bertarung di bilik pembedahan, dia
melepas nafas berat. Pesakitnya meninggal sebelum sempat mereka menyudahkan
pembedahan. Darah banyak hilang. Hati dia memang tak boleh berfungsi sebab besi
memang betul-betul kena tepat pada hati. Jantung penuh luka terkena kaca
menyebabkan oksigen tidak boleh dipam. Salur darah banyak bocor.
Dia melangkah keluar bersama lagi dua orang doktor
melangkah keluar dari bilik pembedahan. Mereka terus diserbu oleh wanita tadi
dan keluarga di belakang.
“Macam mana dengan abang saya? Please doc. Tell me.”
Pipinya sudah basah dengan air mata. Tangannya menggigil.
Dia tak mampu nak keluarkan kata. Doktor Mey hanya
menggelengkan kepala tanda pembedahan itu tidak berjaya. Terus bergema koridor
itu dengan tangisan wanita itu sebelum jatuh terjelopok di atas lantai.
Buat pertama kali
hatinya merasa sesuatu melihat air mata keluarga pesakit yang kehilangan ahli
keluarga. Buat pertama kali hatinya berasa syahdu kerana gagal dalam
menjalankan pembedahan. Buat pertama kalinya dia menengking si kawan yang cuba
menenangkan dirinya.
God!
No comments:
Post a Comment