satu
penat?
lelah?
semput?
tarik nafas
hembus
tarik nafas
hembus
ulang lagi
hidup
biasalah
kalau tak penat
manusia
biasalah
kalau bernafsu
kerja
biasalah
kalau tak surut
masa
biasalah
kalau tak cukup
ke tak berkat?
dua
bila ditegur
katanya sudah terbiasa
bila ditegur
katanya sudah sebati dengan jiwa
bila ditegur
katanya 'inilah saya'
bila ditegur
kita dibidas semula
bila ditegur
pasti ada 'tapi' dibelakangnya
manusia
biasalah
tidak mahu kelihatan lemah
biasalah
tidak mahu mengaku kalah
biasalah
pangkat tidak mahu yang rendah
padahal
segalanya bermula dari bawah
padahal
teguran itu adalah jurulatih kita
tiga
payahnya mahu memahami
payahnya mahu difahami
payahnya mahu memahamkan
payahnya mahu menyayangi
payahnya mahu disayangi
payahnya mahu meyayangkan
apabila agama bukan segalanya
beginilah jadinya
menari di sana sini
bercampur berlainan jantina
gelak mengekek ketawa
sampai lalai pada yang sepatutnya
apabila mahu mempertahankan maruah dan agama
kata mereka
'engkau kolot. tak ikut peredaran zaman'
kata mereka
'engkau kolot. tak mahu membuka minda'
kata mereka
'engkau kolot. tak mahu buat sesuatu yang luar biasa'
kata mereka
'engkau kolot. tak mahu beri kerjasama'
*sigh*
*double sigh*
*triple sigh*
_________________ moga diberi kekuatan ________________________
peace yo. salam ^_^
No comments:
Post a Comment