Thursday, 1 October 2015

kisah aneh #1

“ASSALAMUALAIKUM.”

Huda, Aneep dan Bihah terhenti seketika. Mereka saling berpandangan sebelum perlahan-lahan pusing ke belakang. Nampaklah muka diorang dah cuak.

“Wa..waalaikumussalam.” Huda cuba tunjuk biasa. Tidak mahu dianggap lemah walapun masih muda. “Kenapa ya?” Tegas sahaja dia bersuara.

“Abang nampak awak main bowling tadi.” Selamba sahaja dia menggelarkan diri abang sebab budak perempuan depan dia ni memang nampak lagi muda.

“Maka?” Huda masih tak nampak hujung pangkal kata-kata lelaki itu. Dan lagi satu..who the heck are  you sampai nak berabang bagai?

“I love the way you play. And I would like to challenge you.” Alif angkat-angkat kening sambil tangannya ditunjuk ke arah Huda.

Dengar je perkataan ‘challenge’, terus Bihah pegang tangan Huda. Huda ni pantang dicabar. “Sir, please. Kami tak kenal kalian berdua.” Dia taknak kawannya masuk dalam apa-apa cabaran dengan lelaki yang tidak dikenali. Mereka pun, bukan orang KL melainkan Huda. Tapi hari tu pun Huda ada cakap dia jarang datang KL. Makanya, KL bukanlah tempat mereka bersuka ria sebelum mereka masuk PASUM.

Huda masih senyap. Tangannya sudah tergenggam. Sudah lama dia tidak dicabar sedemikian rupa. Kali last kena cabar pun masa SPM. Naiilah yang start dulu. Dia cakap kalau dapat A+ subjek Matematik Tambahan masa SPM, dia kena belanja Naii makan Noodle Station seminggu. Siut betul budak tu. Habis duit dia sebab Naii menang, dapat A+.

“Are you afraid of me?” Alif sengaja mencucuk jarum. Dia perasan tangan si baju hijau yang tergenggam. Dia perasan tangan si baju hijau yang dipegang kawannya si baju biru. Dia perasan kawan yang si baju oren hanya buat tak tahu.

“Kalau saya menang, saya dapat apa? Dan saya kalah, awak dapat apa?” Kalau setakat nak cabar bodoh-bodoh, baik tak payah. Aku keluar ni sebab nak lepaskan stress.

Alif agak terkejut mendengar cara panggilan si baju hijau ke atas dirinya. Awak? Perghh..ni memang macam nak mencabar aku. Tapi dia cuba bertenang. “Well, you name it. Tapi kalau abang yang menang, you must call me abang.”

“What? Nonsense. That is the most stupid thing that I ever heard.” Tak pernah-pernah ada orang minta dia panggil macam tu. Sepupu-sepupu dia pun dia tak pernah panggil abang melainkan yang dah beza sepuluh tahun ke atas. Tu je yang dia panggil abang. Ni dahlah tak kenal, tiba-tiba nak suruh panggil abang tu pahal? Lainlah kalau kau tu suami aku.

“So, you’re afraid of me?” Budak ni boleh tahan. Selalunya budak perempuan muda macam ni senang je nak kalut. Gelabah tak tentu fasal.

Huda tersengih. “Naa..find. Name the game.” Genggaman Bihah dia tak hiraukan.

“Archery.”



MEREKA tengah memakai arm guard ketika Bihah mencubit Huda.

“Adoi.” Kata Huda perlahan. Tahu Bihah tengah marah sebab tangan dia dah cukup merah masa Bihah dok genggam pergelangan tangan dia tadi. Nasib baik darah boleh mengalir lagi.

“You’re not a kid anymore, ‘kay?” Dia masih tak puas hati. Tak makan saman betul budak ni.

“Yes, I knew it. Orang cabar, saya menerima.” Tangan kanan yang sudah dipakai sarung digerak-gerakkan supaya mahu lebih selesa.

“You don’t even know him. Statement tu tak berbaloi sekarang ni.” Entah siapa laki tu pun, diorang tak kenal. Dia risau kalau lelaki itu ada berniat jahat ke atas diri mereka. Moga dijauhkan sebab semester satu pun tak habis lagi ni.

“Kau nak patahkan semangat aku ke? Aku dah lama tak main ni.” Tangannya digerak-gerakkan sedikit untuk memanaskan badan. Hampir berbulan-bulan juga dia tidak menyentuh anak panah.

Bihah baru tersedar akan kelebihan Huda yang satu itu. “Well, if you say so, aku tak boleh nak cakap apa-apa kan.”

“Tak. Kau kena cakap yang kau support aku.”



“LIP, kau yakin ke ni? Skill kau tu dah berkarat.” Tanya Huza sambil berpeluk tubuh depan kawannya.

“Come on lah bro. Supportlah sikit.” Dijeling sedikit pada Huda yang tengah membuat sedikit regangan tangan. Dia perasan tadi lepas dia cakap ‘archery’, Huda tersengih sinis. What was that grin mean? Tadi nak belanja pun, dia tak kasi.

‘Saya tak suka berhutang dengan orang yang saya tak kenal.’ That was what she said.

And nampaklah dia student sebab dia keluarkan kad matrik. PASUM. Asasi. Budak lagi rupanya.

“Aku supportlah ni. All the best bro. Jangan buat ego kau tercalar.”



MEREKA berdua sudah bersedia pada lane masing-masing.

“Any last word?” Tanya Alif.

Huda angkat sedikit kepala sebab dia rendah daripada lelaki di sebelahnya. “All the best.” Dia senyum sesaat. Kemudian terus fokus pada ibu panahnya.

Alif tersengih. She has no fear.

“Lets do this.”

“Start.”

Bismillah.

Kedua-dua anak panah terlepas dari ibunya.



HUZA tak habis menggelakkan dirinya. Memang sengit perlawanan tadi. Beza sepuluh mata kot markah tadi. Patutlah tadi budak baju hijau tu tersengih je bila dia cakap ‘archery’. Rupanya pernah jadi wakil negeri tiga tahun berturut-turut lepas si baju biru tu beritahu. Setakat lane pendek macam ni, memang pejam mata jelah dia lepaskan anak panah. Nasib baik tak patah anak panah tu.

Kini mereka tengah tunggu Aneep beli minuman dari kedai berdekatan.

“So, what is your wish?” Tanya Alif. 

Huda yang tengah bersandar pada tiang sambil melihat roller coaster berpusing-pusing tu garu dagu sekejap. “Berapa banyak duit nak kasi?”

“Burn.” Kata Huza sambil tersengih pada Alif.

Kerek giler budak ni. And she is reminding me towards someone. “State the value. It’ll be yours.” Duit tak jadi masalah.

“Dah. Jom” Aneep yang baru selesai beli minuman, mengajak mereka pulang. Waktu Asar pun makin menghampiri.

“Jom.” Huda dan Bihah baru nak bergerak pergi sebelum Alif memanggilnya.

“Saudari berbaju hijau.”

Apakah? Huda berpusing. Pandangan matanya sahaja cukup mengambarkan pertanyaan dalam fikiran. Apa?

“Your wish or maybe wishes.” Budak ni..aku tengah offer baik ni, boleh pulak dia blah macam tu je.

“Cukuplah awak doakan kejayaan kami semua untuk dua sem ni. Itu sudah mencukupi. Terima kasih.” Kemudian dia terus berlalu mengejar kawan-kawannya yang sudah ke depan.

  Huza menepuk-nepuk bahu kiri Alif. Cuba menenangkan Alif yang..mungkin tengah terasa ego sangat tercabar. Apatah lagi dengan budak yang muda empat tahun. Asasikan. Lapan belaslah tu.

“Kau tak rasa perwatakan dia sama ke?” Tiba-tiba Alif bertanya.

 Mana awal, mana akhir dia pun tak tahu mana datangnya soalan tu. “Dia? Budak baju hijau tu? Dengan siapa?” Alif ni memang suka letak ayat tergantung. Fikir ni soalan periksa budak sekolah rendah ke nak suruh sambung ayat bagai.

“Fa-e.” Satu nama itu mampu membuatkan mereka mengimbas segala macam peristiwa yang berlaku ketika masih di bangku sekolah.

Huza senyap seketika. Cuba membandingkan si baju hijau dengan Fa-e. “Lebih kuranglah. Kenapa? Dah sangkut kat budak sekolah tu ke?”

“Naa..aku setia kot.”


Huza hanya mampu ketawa.



p/s: kisah ni xde kena mengena dgn yg masih hidup mahupun y sudah meninggal dunia

No comments:

Post a Comment