Thursday, 22 October 2015

random #22

satu

penat?
lelah?
semput?
tarik nafas
hembus
tarik nafas
hembus
ulang lagi

hidup
biasalah
kalau tak penat

manusia
biasalah
kalau bernafsu

kerja
biasalah
kalau tak surut

masa 
biasalah
kalau tak cukup

ke tak berkat?


dua

bila ditegur
katanya sudah terbiasa

bila ditegur
katanya sudah sebati dengan jiwa

bila ditegur
katanya 'inilah saya'

bila ditegur
kita dibidas semula

bila ditegur
pasti ada 'tapi' dibelakangnya

manusia
biasalah
tidak mahu kelihatan lemah
biasalah
tidak mahu mengaku kalah
biasalah
pangkat tidak mahu yang rendah

padahal
segalanya bermula dari bawah
padahal
teguran itu adalah jurulatih kita


tiga

payahnya mahu memahami
payahnya mahu difahami
payahnya mahu memahamkan

payahnya mahu menyayangi
payahnya mahu disayangi
payahnya mahu meyayangkan

apabila agama bukan segalanya
beginilah jadinya
menari di sana sini
bercampur berlainan jantina
gelak mengekek ketawa
sampai lalai pada yang sepatutnya

apabila mahu mempertahankan maruah dan agama
kata mereka
'engkau kolot. tak ikut peredaran zaman'
kata mereka
'engkau kolot. tak mahu membuka minda'
kata mereka
'engkau kolot. tak mahu buat sesuatu yang luar biasa'
kata mereka
'engkau kolot. tak mahu beri kerjasama'

*sigh*
*double sigh*
*triple sigh*

_________________ moga diberi kekuatan ________________________

peace yo. salam ^_^

Saturday, 10 October 2015

random #20 + bedah filem #2

satu
apa perasaan klu nmpak org pakai bju ketat?x kisahlh sbb buncit ke,gemuk ke, atau kurus seaklipun.
takut.
kenapa?
takut koyak.

dua.
agk2 en kenapa org suka tayang anggota badan atau shape bdgn kat masyarakat luar?
mungkin sbb dia ada kecelaruan identiti.
kecelaruan dgn apa?
haiwan.
asl plak?
mne ad haiwan y tutup aurat.

tiga.
"klu dh namanya student uni, mstilh dpt byk tutorial and assignments. Tak reti nak bersyukur?"
ayt popular masa aku futur.
and prcayalh, ayt di atas boleh lead ke soalan2 yg lain.
selamat bramal.

empat.
"kte tgk awk rapat dgn sorg bdak laki BH11 ni?"
"haah."
"korg brdua ada pa pe ke?"
senyum. "belum tiba masanya nk declare."

bila tiba 'masanya', ghupenya depa tu kapel.

aku trtnya2, prlu ke nk declare y kau kapel?
klu tunang pun xyah nk declare, apatah lgi kapel y bawa kpd maksiat.
klu tunang y disebut dlm hukum syariah y hukumnya harus, apatah lgi kapel y trg2 hukumnya haram.

"awk tau x ina dgn naim tu kapel?"
"yeke?dorg dh declare blom?"

*sigh*
*double sigh*
*triple sigh*

declare kapel mcm nk declare "aku isterinya/suaminya' saja.
ataupun
kata kasarnya
macam nk declare "weyh, aku buat maksiat"
Deep


lima
klu dlu, x sabar nk pindah sklh.
tp skrg aku nanges sbb aku rndu nk main botam (bola tampar), boja (bola jaring), pingpong, kejar2, kosong lobang tikuih, galah pnjg, badminton, pnjt pokok kelapa ngan dak2 aspuri.
especially botam ah sbb dlm semnggu tu, ckup empat hari main botam tiap ptg sbb sng, court botam sblh asrama je.
wlpn major aku in pingpong tp sbb pingpong ni pyh skit. nk main kne ad meja dan blok asrama aku xde meja pingpong.klu nk main kne gi dewan. 'jauh' (baca: malas).
so aku and the geng lg prefer main botam ataupun any games y bleh buat dkt aspuri je.

masa dlu, dak2 sklh, ajk main ap pun boleh
kau ajk main botam, layan.
kau ajk main boja, layan.
kau ajk main bdaminton, layan.
kau ajk main pingpong, layan

skrg?

payah bak hang.
especially kat kolej ni.
kau fikir sng nk cari org main pingpong?
jujur ckp.
susah giler.

and
ladies rmi y main game padang.
someone prnh ckp kay aku, disbbkn dia dh bese main game pdg, ble msk indoor, dia jd lain mcm skit.
tu yg aku cam merana jugaklh nk cari partner nk main pingpong.
rumet sndri pun x main sports.
payah.

enam (bedah filem #2) (xdelh filem mne pun)
ri tu tgk cite Hey Arnold kat tv9.
psl career day.
utk satu hari, dorg dpt bkrja based on undian krja yg dorg dpt.
ada y dpt polis.
ada y dpt bomba
ada y dpt tukang rntuhkn bangunan
etc
and Arnold kne jd tukang jual aiskrim.
mengikut rumors, org y jual ice cream tu (let name him: Josh as i didnt remember his name) sgtlh garang, x mesra, kedekut, x prnh senyum.
and Arnold sgtlh stress ble krja ngan Josh.
masa dh ptg, ghupenya Josh ada mslh dgn bos dia who is his father.
klu dia x mmpu nk hbskn stok sblum pkul 6 ptg, Josh akn dipecat and dia akn menganggur.
start dr situ Arnold ckp "I can help you.tp kne ada prjanjian."
i dont remember the agreement but overall, it's for their own sakes jugak.
Arnold needs an A for this career day activity.
Josh needs his job.
maka bergabunglah mereka.

first, Josh perlu senyum.
second, Josh perlu mesra.
third, kne terima pelanggan wlpn dia bdak kcik.

then, dgn bantuan Arnold and his friends, dorg brjya habiskn stok sblum pkul 6.
yeay!

*clap hands*

apa y aku dpt.
first, Arnold x suka kje tu sbb dgr rumors tu.ye mmg rumors tu betul but dia tetap terima.
but at the end, who knows dia brjya lakukan saomthing y incredible which are selamatkn krja Josh, ubah Josh jd org y lbih mesra, and dpt serve kids y nk beli aiskrim.

second,Josh learnt how to be more mesra bila dia brhdpn dgn kanak2.x sume org kot mampu buat cmtu he did it.kne pecahkn ego. thats all.


Thursday, 1 October 2015

kisah aneh #1

“ASSALAMUALAIKUM.”

Huda, Aneep dan Bihah terhenti seketika. Mereka saling berpandangan sebelum perlahan-lahan pusing ke belakang. Nampaklah muka diorang dah cuak.

“Wa..waalaikumussalam.” Huda cuba tunjuk biasa. Tidak mahu dianggap lemah walapun masih muda. “Kenapa ya?” Tegas sahaja dia bersuara.

“Abang nampak awak main bowling tadi.” Selamba sahaja dia menggelarkan diri abang sebab budak perempuan depan dia ni memang nampak lagi muda.

“Maka?” Huda masih tak nampak hujung pangkal kata-kata lelaki itu. Dan lagi satu..who the heck are  you sampai nak berabang bagai?

“I love the way you play. And I would like to challenge you.” Alif angkat-angkat kening sambil tangannya ditunjuk ke arah Huda.

Dengar je perkataan ‘challenge’, terus Bihah pegang tangan Huda. Huda ni pantang dicabar. “Sir, please. Kami tak kenal kalian berdua.” Dia taknak kawannya masuk dalam apa-apa cabaran dengan lelaki yang tidak dikenali. Mereka pun, bukan orang KL melainkan Huda. Tapi hari tu pun Huda ada cakap dia jarang datang KL. Makanya, KL bukanlah tempat mereka bersuka ria sebelum mereka masuk PASUM.

Huda masih senyap. Tangannya sudah tergenggam. Sudah lama dia tidak dicabar sedemikian rupa. Kali last kena cabar pun masa SPM. Naiilah yang start dulu. Dia cakap kalau dapat A+ subjek Matematik Tambahan masa SPM, dia kena belanja Naii makan Noodle Station seminggu. Siut betul budak tu. Habis duit dia sebab Naii menang, dapat A+.

“Are you afraid of me?” Alif sengaja mencucuk jarum. Dia perasan tangan si baju hijau yang tergenggam. Dia perasan tangan si baju hijau yang dipegang kawannya si baju biru. Dia perasan kawan yang si baju oren hanya buat tak tahu.

“Kalau saya menang, saya dapat apa? Dan saya kalah, awak dapat apa?” Kalau setakat nak cabar bodoh-bodoh, baik tak payah. Aku keluar ni sebab nak lepaskan stress.

Alif agak terkejut mendengar cara panggilan si baju hijau ke atas dirinya. Awak? Perghh..ni memang macam nak mencabar aku. Tapi dia cuba bertenang. “Well, you name it. Tapi kalau abang yang menang, you must call me abang.”

“What? Nonsense. That is the most stupid thing that I ever heard.” Tak pernah-pernah ada orang minta dia panggil macam tu. Sepupu-sepupu dia pun dia tak pernah panggil abang melainkan yang dah beza sepuluh tahun ke atas. Tu je yang dia panggil abang. Ni dahlah tak kenal, tiba-tiba nak suruh panggil abang tu pahal? Lainlah kalau kau tu suami aku.

“So, you’re afraid of me?” Budak ni boleh tahan. Selalunya budak perempuan muda macam ni senang je nak kalut. Gelabah tak tentu fasal.

Huda tersengih. “Naa..find. Name the game.” Genggaman Bihah dia tak hiraukan.

“Archery.”



MEREKA tengah memakai arm guard ketika Bihah mencubit Huda.

“Adoi.” Kata Huda perlahan. Tahu Bihah tengah marah sebab tangan dia dah cukup merah masa Bihah dok genggam pergelangan tangan dia tadi. Nasib baik darah boleh mengalir lagi.

“You’re not a kid anymore, ‘kay?” Dia masih tak puas hati. Tak makan saman betul budak ni.

“Yes, I knew it. Orang cabar, saya menerima.” Tangan kanan yang sudah dipakai sarung digerak-gerakkan supaya mahu lebih selesa.

“You don’t even know him. Statement tu tak berbaloi sekarang ni.” Entah siapa laki tu pun, diorang tak kenal. Dia risau kalau lelaki itu ada berniat jahat ke atas diri mereka. Moga dijauhkan sebab semester satu pun tak habis lagi ni.

“Kau nak patahkan semangat aku ke? Aku dah lama tak main ni.” Tangannya digerak-gerakkan sedikit untuk memanaskan badan. Hampir berbulan-bulan juga dia tidak menyentuh anak panah.

Bihah baru tersedar akan kelebihan Huda yang satu itu. “Well, if you say so, aku tak boleh nak cakap apa-apa kan.”

“Tak. Kau kena cakap yang kau support aku.”



“LIP, kau yakin ke ni? Skill kau tu dah berkarat.” Tanya Huza sambil berpeluk tubuh depan kawannya.

“Come on lah bro. Supportlah sikit.” Dijeling sedikit pada Huda yang tengah membuat sedikit regangan tangan. Dia perasan tadi lepas dia cakap ‘archery’, Huda tersengih sinis. What was that grin mean? Tadi nak belanja pun, dia tak kasi.

‘Saya tak suka berhutang dengan orang yang saya tak kenal.’ That was what she said.

And nampaklah dia student sebab dia keluarkan kad matrik. PASUM. Asasi. Budak lagi rupanya.

“Aku supportlah ni. All the best bro. Jangan buat ego kau tercalar.”



MEREKA berdua sudah bersedia pada lane masing-masing.

“Any last word?” Tanya Alif.

Huda angkat sedikit kepala sebab dia rendah daripada lelaki di sebelahnya. “All the best.” Dia senyum sesaat. Kemudian terus fokus pada ibu panahnya.

Alif tersengih. She has no fear.

“Lets do this.”

“Start.”

Bismillah.

Kedua-dua anak panah terlepas dari ibunya.



HUZA tak habis menggelakkan dirinya. Memang sengit perlawanan tadi. Beza sepuluh mata kot markah tadi. Patutlah tadi budak baju hijau tu tersengih je bila dia cakap ‘archery’. Rupanya pernah jadi wakil negeri tiga tahun berturut-turut lepas si baju biru tu beritahu. Setakat lane pendek macam ni, memang pejam mata jelah dia lepaskan anak panah. Nasib baik tak patah anak panah tu.

Kini mereka tengah tunggu Aneep beli minuman dari kedai berdekatan.

“So, what is your wish?” Tanya Alif. 

Huda yang tengah bersandar pada tiang sambil melihat roller coaster berpusing-pusing tu garu dagu sekejap. “Berapa banyak duit nak kasi?”

“Burn.” Kata Huza sambil tersengih pada Alif.

Kerek giler budak ni. And she is reminding me towards someone. “State the value. It’ll be yours.” Duit tak jadi masalah.

“Dah. Jom” Aneep yang baru selesai beli minuman, mengajak mereka pulang. Waktu Asar pun makin menghampiri.

“Jom.” Huda dan Bihah baru nak bergerak pergi sebelum Alif memanggilnya.

“Saudari berbaju hijau.”

Apakah? Huda berpusing. Pandangan matanya sahaja cukup mengambarkan pertanyaan dalam fikiran. Apa?

“Your wish or maybe wishes.” Budak ni..aku tengah offer baik ni, boleh pulak dia blah macam tu je.

“Cukuplah awak doakan kejayaan kami semua untuk dua sem ni. Itu sudah mencukupi. Terima kasih.” Kemudian dia terus berlalu mengejar kawan-kawannya yang sudah ke depan.

  Huza menepuk-nepuk bahu kiri Alif. Cuba menenangkan Alif yang..mungkin tengah terasa ego sangat tercabar. Apatah lagi dengan budak yang muda empat tahun. Asasikan. Lapan belaslah tu.

“Kau tak rasa perwatakan dia sama ke?” Tiba-tiba Alif bertanya.

 Mana awal, mana akhir dia pun tak tahu mana datangnya soalan tu. “Dia? Budak baju hijau tu? Dengan siapa?” Alif ni memang suka letak ayat tergantung. Fikir ni soalan periksa budak sekolah rendah ke nak suruh sambung ayat bagai.

“Fa-e.” Satu nama itu mampu membuatkan mereka mengimbas segala macam peristiwa yang berlaku ketika masih di bangku sekolah.

Huza senyap seketika. Cuba membandingkan si baju hijau dengan Fa-e. “Lebih kuranglah. Kenapa? Dah sangkut kat budak sekolah tu ke?”

“Naa..aku setia kot.”


Huza hanya mampu ketawa.



p/s: kisah ni xde kena mengena dgn yg masih hidup mahupun y sudah meninggal dunia