Sunday, 29 April 2018

Comparing

Hari tu kdayah ada cerita pasal teme. "Kitorang, Iman Pub, sendiri pun tak jangka yang buku teme boleh jadi best seller. Dua kali buku dia keluar, dua2 jadi best seller. Nampaklah yang Teme memang betul2 ikhlas dalam penulisan dia."

Ayat last k.dayah memang buat aku sentap. 

'Ikhlas dalam penulisan' is something that me, myself, had been long forgoten. Baru tulis cerita pendek sikit, dah riak tahap habisan. 

Lepas tu, aku selalu persoalkan kenapa hidup aku macam ni. Dan akan ada suara lain yang kata, 'kalau berada di tempat yang kau mahukan, adakah akan sama diri kau dulu dan sekarang?' 

Persoalan yang kau sendiri tak mampu nak jawab, bukan?

Masa baca Hiatus - Mato, aku pernah terbayang jika aku berada di tempat Mato. Duduk oversea. Belajar medic. Ada mental illness. Depression. Tulis buku. Popular. Orang panggil untuk bagi talk. Orang awam sentiasa mendoakan kesihatan Mato. Etc.

And you start to compare yourselves with him. 

Aku ada apa je? Kenapa aku bukan macam Mato? Kenapa aku tak duduk oversea? Kenapa aku bukan insan yang orang panggil untuk bagi talk? Kenapa dan kenapa?

Dan akan ada suara yang menjawab, "Kau yakin ke bila kau berada di tempat Mato, kau mampu hadapi apa yang Mato hadapi? Kau yakin ke kau mampu hadapi tiap ujian dan nikmat yang Tuhan berikan, seperti mana Mato lalui? Kau yakin ke diri kau masih sama dengan diri kau yang sekarang?"

Ketuk kepala tanya hati, tanya akal.


Kau sering persoalkan tiap benda yang jadi dalam hidup kau. Tapi kau selalu lupa, yang Allah itu Maha Mengetahui. He knows beyond what you knew.



Bila dibaca, rasa seperti mahu menjadi seperti mereka
Tanpa ku tahu
Realiti yang kau anggap fantasi itu
Satu episod hidup yang tak mungkin kau mampu hadapi
Kerna kau bukan dia

Yang Tuhan berikan ujian khusus untuk dia

Wednesday, 11 April 2018

Struggling

I've always found a difficulties in adapting people although pada mata orang lain, orang nampak aku adalah orang yang senang nak masuk dengan sesiapa.

secara luarannya, aku memang boleh nak bermesra dengan orang lain. tapi dalamannya, ada banyak benda yang aku selalu persoalkan tiap kali aku berkomunikasi dengan mana2 orang. apatah lagi kalau orang tu, aku tak jumpa common ground antara aku dengan dia.

salah satu impian aku dalam hidup ni, senang je.
aku nak jumpa dengan orang y aku boleh bersembang benda y aku minat tanpa judge aku.
aku susah nak jumpa dengan org y akan excited bila cerita psl novel melayu.
aku susah nak jumpa dengan org y akan excited bila cerita psl drama korea.
aku susah nak jumpa dgn org y bila aku bersembang dgn dia, dia pun excited jugak.
serius susah.
selalunya, aku sorg je y excited. org tu pulak buat muka tak minat. atau pegang hp. i was like 'helloo..aku tengah cakap dgn kau kot.'

org selalu kata aku pelik.
sebab aku tak buat benda y dorg buat.
kadang2 aku boleh berbangga dgn kepelikan aku
tapi ada kalanya, 'pelik' itu mampu menghiris hati aku.
'pelik' tu sebab aku tak buat apa y dorg buat.
'pelik' tu sebab aku tak minat dgn apa y dorg buat.
'pelik' tu sebab aku lain dr dorg.
i try to put 'pelik' in a good way
i tried a lot of times
i'm faking myself so that i can be with them
but
semua tu akan jadi sia2 juga jika kau takde penguat semangat
sia2 jugak kalau kau tak mampu nak keluarkan minat kau y org lain pandang pelik tu

org boleh kata 'iman is a mesra people'
'mesra' need fake in yours
'mesra' need you not to be judgemental
and it's hard

Tuesday, 3 April 2018

Confess

I had been asked several times about why I don't confess to someone I like. Friends that knew about my feeling towards this guy, always said, "Iman confess jelah dekat dia. kan senang. tak payah nak pendam-pendam perasaan lama-lama."

But, for me, it's not that easy just "Hey dude. I love you." dan kau pun terkinja-kinja sebab kau dah berjaya luahkan perasaan kau. Kau dah rasa macam happy sangat sebab dia dah tahu yang kau suka dia.

but not for me.

bagi aku, perasaan aku ada KPI dia sendiri (gitu uolls KPI).
once aku dah confess, aku kena bertanggungjawab dengan perasaan aku tu. aku kena bertanggungjawab atas apa reaksi yang dia akan berikan pada aku.

dan setiap kali dia orang tanya, setiap itu jugaklah aku jawab, "Meluahkan perasaan itu bukan satu perkara yang mudah sebab perasaan yang dipendam ini, biarlah sehingga ke jinjang pelamin. kalau takde niat nak kahwin, baiklah pendam daripada jadi benda yang bukan2."

dan aku sendiri tahu kalau aku suka satu benda, aku memang all out. aku mampu buat apa sahaja untuk dia. aku mampu gadaikan duit aku untuk benda tu contoh macam aku suka buku. walau aku tengah pokai sekalipun, aku akan keluarkan juga duit untuk beli buku tu. walaupun poket tengah kering.

mungkin bagi kome, tak baiklah disamakan benda yang hidup dengan benda yang mati. dan tak sama cintakan benda dengan cintakan manusia.

iya memang lain.
tapi aku belum bersedia nak rasa bertanggungjawab dengan perasaan aku tu.
cukuplah aku simpan dalam hati dan mendoakan segalanya yang terbaik.

sekarang pun, aku dah dapat doa baru which is "kau hadirkanlah si dia pada saat aku benar2 bersedia, di saat aku benar-benar matang dalam melihat dunia, di saat aku mampu buat keputusan yang paling terbaik dalam hidup aku."

dan aku menganggap selagi mana tiada lagi lelaki yang hadir, aku anggap yang aku ini masih belum bersedia. (tak kisahlah kau nak kata perempuan pun boleh pinang lelaki daa)

dan sekarang, mak beberapa kali juga bertanya "anak kawan mak ni", "anak kawan mak tu" dan aku cakap awal-awal kat mak, biar iman habis belajar dulu.

kalau mak tanya sampai bila, aku akan jawab, "sampai liang lahad sebab tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad."
.
.
.
.
pfft.
hambaaaaaaaaaaaaar.






peace yo. Salam ^_^