pernah tak terfikir tentang apa yang akan terjadi seandainya fantasi kita akan menjadi realiti?
dulu kita punyalah pungpangpungpang nak kahwin
seandainya ia benar-benar berlaku, apakah reaksi kita?
adakah kita seperti yang kita pernah bayangkan?
ataupun reaksi kita 180 darjah lain daripada itu?
dulu kita membaca kisah-kisah pengajaran daripada kegagalan dari manusia lain
bagaimana mereka mampu bangkit semula dari kegagalan itu
seandainya ia benar-benar berlaku, apakah reaksi kita?
adakah kita akan cuba untuk berfikiran positif seperti mereka?
adakah kita akan cuba untuk memikirkan solusi yang terbaik?
ataupun kita terus-terusan menyalahkan Tuhan di atas apa yang berlaku?
dulu kita sering membaca novel Melayu yang menceritakan indahnya bercinta selepas perkahwinan
tapi kalau kita sendiri yang berada dalam gerabak perkahwinan itu
adakah ianya seperti yang kita bayangkan?
ataupun hanya sekadar imaginasi yang tidak kesampaian?
dulu kita sering bercita-cita untuk mengajak manusia ke arah kebaikan
rasa semangat untuk mengajak mereka merasai indahnya Islam
yang pernah kita rasa selama ini
tetapi di saat kita punya peluang untuk melakukan
adakah hati bersemangat untuk merealisasikan impian?
ataupun hati berdebar supaya insan lain yang melakukan?
realiti dan fantasi adalah dua dunia yang sungguh berbeza
dalam imaginasi, tiada limit yang ditetapkan
kau mahu bayangkan apa sahaja
yang dosa mahupun pahala
tiada siapa yang menghalang
kerana itu hanya bermain di dalam minda tanpa sedar
namun dalam realiti
kau hidup dalam alam realiti yangg berkait rapat dengan manusia lain
jika kau lakukan sesuatu, ianya pasti berkait rapat dengan manusia
dalam realiti jugalah baru kau tahu sejauh mana kehebatan kau, kebijaksanaan kau, kepintaran kau dalam menghadapi tiap apa yang berlaku di depan mata
selama ni kau rasa kau bijak
selama ni kau rasa kau baik hati
selama ni kau rasa kau romantik
selama ni kau rasa kau mampu membuah keputusan yang terbaik
sealam ni kau rasa kaulah manusia yang hebat
selama ni kau rasa kaulah manusia paling cantik
tapi itu semua dulu
dulu yang berada dalam imaginasi
dulu yang berada dalam fantasi
dulu yang bukan dalam realiti
kadang-kadang
terfikir tak yang kau itu bodoh
kerana terlalu hidup dalam angan-angan
terfikir tak yang kau itu bodoh
imaginasi mengalahkan realiti
terfikir tak yang kau itu bodoh
menidakkan realiti
sampai menyusahkan diri sendiri
sampai menyusahkan orang lain
yup
aku sendiri aku mengaku
yang akulah manusia bodoh itu
No comments:
Post a Comment