Monday, 13 March 2017

pasca kursus pra-perkahwinan

Dah lama tak menulis. sebulan mungkin. dalam kepala banyak je benda nak tulis tapi banyak menulis kat tempat lain.

anyway, hari tu aku pergi kursus pra-perkahwinan. few days before, baru cadang nak pergi sebab weekend tu free (masuk sem, susah aku nak dapat weekend yang free.huh). takde niat nak kahwin, takde niat nak dapat sijil. niat hanya nak penuhkan masa hujung minggu aku je.

lepas balik, barulah kau tahu yang kau berada di tahap mana, terutama sekali bagi mereka yang sedang merancang nak berkahwin dalam masa yang terdekat. bagi aku, aku mampu kata yang aku hanya bersedia sebanyak 5% je. sungguh. yang lain tu, memang hilang terus lepas balik kursus. kalau budak sekolah pergi kursus tu, memang sumpah takde dah gatal "aku nak kahwin" semua melainkan kalau kau kahwin hanya semata nak kahwin, nak menghalalkan apa yang haram, atau mungkin kau pergi kursus nak sijil semata.

satu benda yang paling aku fikir adalah hubungan lepas kahwin. kalau selama ni kau kentut bersepah, lepas kahwin macam mana? kalau selama ni kau sendawa macam nak keluar anak tekak, lepas kahwin macam mana? hatta, aku pernah terfikir kalau kau tak buang air besar berapa hari pun, aku terfikir apa penerimaan bakal pasangan kau tu. memang nampak benda kecik, tapi benda kecik memang mampu memberi impak yang sangat besar. Sungguh. tu baru sikit aku senaraikan. kadang-kadang tu, kalau pasangan tak sidai tuala kat tempat yang sepatutnya pun boleh bawak pergaduhan. sekarang bolehlah kata, "alah. gaduh-gaduh manja.satgi baiklah tu." You'll never know what are you saying until you're in that situation.

penceramah tu ada kata lagi pasal 'terima seadanya'.

"Menerima segala kebaikannya dan yang akan hadir pada dirinya dan menerima segala keburukannya dan yang akan hadir pada dirinya."

memang selalu orang kata, "aku nak bakal pasangan aku yang mampu menerima aku seadanya", tapi manusia pun ada kebencian masing-masing. kadang-kadang yang kita benci tulah yang kita dapat. tambahan, kita nak orang yang menerima kita seadanya, lepas dah dapat, kita pulak tak boleh menerima dia seadanya sebab dia tak menepati ciri-ciri kita. the heck was that! mulut bolehlah kata nak orang yang menerima kita seadanya, tapi dalam hati, berjuta senarai yang lain. yang menerima seadanya tu dia letak nombor satu. padanlah ingat.

tambahan lagi, pasal kelemahan diri kita. kalau jenis yang couple sebelum kahwin, memang semua benda nampak baik tapi lepas kahwin, berjuta lagi kelemahan dia yang kau tak tahu. (boleh tengok ceramah Ustazah Fatimah Syarha). walaupun dah couple berapa tahun sekalipun, belum tentu kau boleh kata, aku dah kenal dia.

haa.ada lagi satu yang orang selalu viral kat sosial media. "Indahnya bercinta selepas nikah."
bagi aku, masa bercinta memang indah. tak kiralah dah kahwin ke belum. cuma lepas kahwin tu, markah lebih sikitlah sebab dah boleh pegang bagai. masa bercinta memang kita boleh jadi buta. orang cakap kotor sikit pasal pasangan pun, boleh ngamuk. so bagi aku, kena periksa baliklah ayat "Indahnya bercinta selepas nikah." sungguh weyh. masa kau bercinta, memang semua benda kau nampak baik, semua benda kau nampak indah.

apa-apa pun, terpulang pada si pembaca nak menerima. aku tak berada dalam situasi nak-kahwin-dalam-masa-terdekat, ataupun indahnya-bercinta-selepas-nikah. aku hanya menyampaikan pendapat aku dan apa yang aku dapat lepas kursus,



peace yo. Salam ^_^

No comments:

Post a Comment