lol sangat
nama post xleh lagi cliche ke..
aku pun xtau knpe suddenly terfkir n tergerak nk menulis pasal bnda ni
mgkn sbb umur dh tua (blergh)
based on the picture below, ni aku tulis taun lepas.masa mula2 masuk degree.
entah knpe tetibe trdetik psl bnda ni.
mgkn sbb dh trtalu viral psl kwen muda ni.
aku x anti pun psl bnda ni but klu aku y brda dlm golongan tu, bnda2 y aku fkir adlh prkra y ad dlm gmbr tu.
sngguh weyh x salah.
bagi aku, kalau mmg betul dh sampai waktunya (bak kata org) dan KAU BETUL2 MAMPU (bukan sekadar nk ikut sunnah, barai tul), go on jelh.
kahwin ni bukan sekadar aku terima nikahnya
bukan sekadar you'll be mine
bukan sekadar ank kita nak berapa orang ya
bukan sekadar abg sayang
bukan sekadar dapat keluarga baru
bukan sekadar ada bantal peluk baru
bukan sekadar ada orang boleh tolong masakkan
bukan sekadar ada orang cium dahi lepas solat
bukan sekadar ada orang nak tolong hantarkan pergi mana2
malahan lebih dari itu
nyampah betul kalau orang cakap
"saya nak kahwin dengan awak sebab nak ikut sunnah nabi."
"saya nak meramaikan ummat Muhammad saw."
"saya nak sama-sama dengan awak di atas jalan dakwahNya."
nyampah bukan sebab salah atau haram atau aku benci certain things, tapi nak ikut sunnah nabi banyak lagi cara kot.
memang aku sorang je manusia ni atas muka Bumi ni yang boleh sama-sama berada atas jalan dakwah
err..yang meramaikan ummat tu, no komen.
tapi obvious sangatlah yang kau ni fikir pasal 'benda' tu je
adoilah.
nak kasi alasan tu, kasi molek sikitlah.
yang boleh buat mak abah terima (pfft)
eh lari topik pulak
konklusinya,
sebelum kau betul2 nak ikut trend kahwin muda ni, cek balik apa yang perlu kita ada dan selesaikan.
kena bersedia dari segi fizikal (duit, rumah, harta etc)
mental jugak (waras ke tak, bila kau baran jadi apa, etc)
spiritual (cukup ke ilmu di dada nak bimbing keluarga keseluruhannya)
oh.
jangan lupa
apa yang kita lakukan sekarang
kemungkinan besar adalah cerminan kepada masa depan kita
fikir masak-masak kay
sampai hangus pun tak pe
asalkan jangan mentah
supaya tak menyesal di kemudian hari
"Jangan dilihat pada indahnya kehidupan selepas berkahwin, tapi lihatlah pada besarnya tanggungjawab selepas berkahwin."
peace yo. salam ^_^
ps: aku tulis xde sebab spesifik pun.xde kaitan dgn hdup peribadi pun.chill.

No comments:
Post a Comment