Wednesday, 16 November 2016

kahwin awal

lol sangat
nama post xleh lagi cliche ke..
aku pun xtau knpe suddenly terfkir n tergerak nk menulis pasal bnda ni
mgkn sbb umur dh tua (blergh)

based on the picture below, ni aku tulis taun lepas.masa mula2 masuk degree.
entah knpe tetibe trdetik psl bnda ni.
mgkn sbb dh trtalu viral psl kwen muda ni.




aku x anti pun psl bnda ni but klu aku y brda dlm golongan tu, bnda2 y aku fkir adlh prkra y ad dlm gmbr tu.
sngguh weyh x salah.

bagi aku, kalau mmg betul dh sampai waktunya (bak kata org) dan KAU BETUL2 MAMPU (bukan sekadar nk ikut sunnah, barai tul), go on jelh.
kahwin ni bukan sekadar aku terima nikahnya
bukan sekadar you'll be mine
bukan sekadar ank kita nak berapa orang ya
bukan sekadar abg sayang
bukan sekadar dapat keluarga baru
bukan sekadar ada bantal peluk baru
bukan sekadar ada orang boleh tolong masakkan
bukan sekadar ada orang cium dahi lepas solat
bukan sekadar ada orang nak tolong hantarkan pergi mana2
malahan lebih dari itu

nyampah betul kalau orang cakap
"saya nak kahwin dengan awak sebab nak ikut sunnah nabi."
"saya nak meramaikan ummat Muhammad saw."
"saya nak sama-sama dengan awak di atas jalan dakwahNya."
nyampah bukan sebab salah atau haram atau aku benci certain things, tapi nak ikut sunnah nabi banyak lagi cara kot.
memang aku sorang je manusia ni atas muka Bumi ni yang boleh sama-sama berada atas jalan dakwah
err..yang meramaikan ummat tu, no komen.
tapi obvious sangatlah yang kau ni fikir pasal 'benda' tu je
adoilah.
nak kasi alasan tu, kasi molek sikitlah.
yang boleh buat mak abah terima (pfft)

eh lari topik pulak
konklusinya,
sebelum kau betul2 nak ikut trend kahwin muda ni, cek balik apa yang perlu kita ada dan selesaikan.
kena bersedia dari segi fizikal (duit, rumah, harta etc)
mental jugak (waras ke tak, bila kau baran jadi apa, etc)
spiritual (cukup ke ilmu di dada nak bimbing keluarga keseluruhannya)

oh.
jangan lupa
apa yang kita lakukan sekarang
kemungkinan besar adalah cerminan kepada masa depan kita

fikir masak-masak kay
sampai hangus pun tak pe
asalkan jangan mentah 
supaya tak menyesal di kemudian hari


"Jangan dilihat pada indahnya kehidupan selepas berkahwin, tapi lihatlah pada besarnya tanggungjawab selepas berkahwin."


peace yo. salam ^_^




ps: aku tulis xde sebab spesifik pun.xde kaitan dgn hdup peribadi pun.chill.

Tuesday, 6 September 2016

Tuesday, 16 August 2016

novel melayu

Bismillah..

aku sbgi org y suka baca novel melayu.

ya aku mengaku.

dan aku tahu ramai juga y x berapa suka dgn org y baca novel melayu sbb novel melayu y sgtlh x logik dek akal fikiran dan sgtlh x logik bila nk dicomparekn dgn khdpn realiti,yakni khdpn seharian sbgi manusia normal.

yelah, mmg mustahillah klu tetibe kte tetibe trlanggar ceo dpn bangunan. gaduh2.pstu next time jmpe lagi.jatuh hati.si perempuan jual mahal.y laki pujuk thp gaban smpilh dapat.lps kahwin, ada plak minah mne entah y nk rampas si laki.klu nk agk tragis skit, y pompuan lari dr rumah.lps tu y laki pujuk2.at the end, happy ever after.

cliche
cliche sgt.

tp entahlh.aku still gak hadap buku2 cmtu.but certain book je y aku layan.

satu.
aku hanya lyn buku y aku suka dia punye penulis.
ada sesetgh penulis y mmg aku dh cop as penulis y mmpu menulis dgn ayt2 y berkualiti. (eceh) xlah. sbb aku suka susunan ayt dia. tu je. dan nmpklh bukan cite psl cinta dan khwin semata.
contoh cam Hlovate, Rodier.

dua.
penulis y ayt dia bukan skema.
klu part ni, mmg aku tahu y publisher akn jaga bhsa y digunakn dlm tiap buku y dia nk publish.which is y x melanggar tatasusila.kdg stress jgak klu baca bku y asek mncarut thp apa.

tiga.
xde adegan2 mnjerit trlolong dlm buku tu.
ntahlh.prnh aku baca satu buku ni, mmg x aman aku baca.sbgi pembaca buku y 'agak' tegar, bila baca kita akn mmbygkn ap y kita baca.so bila part jerit2 tu, hati kita pun akn trjerit skli. so aku x aman baca buku tu.
macam mne aku nk tau ada x adegan cmni?
aku akn baca bab awal y ada dlm tenet. kat situ, aku bleh nilai berbaloi x klu aku beli buku ni.

empat.
tajuk buku y x cliche.
aku x suka buku y tajuk buku dia, bila kau baca, kau dh bleh agak isi kandungan dia cmne.
contoh: 'tomboy itu isteri aku' atau 'maid vs majikan'. ini cnth je.xde kaitan dgn mana2 buku sekalipun.
aku lebih suka baca buku y tajuk dia buat org trtanya apa isi kandungan dia.
contoh: Anthem by Hlovate. Nyanyian Hatiku by Rodier. Ash by Rodier.



then, mak selalu marah aku bce novel2 cmni. mak kata x elok sbb ada adegan suami isteri y x sepatutnya aku baca seblum aku kwin.x sesuailh. itu pndgn mak.

bg aku, golongan y suka baca novel ni akn trbhgi kpd dua.

satu.
golongan y sntiasa hdup dlm angan2 dan imaginasi. dia duk mengharap klu ada prince charming y dtg dpn rumah sbb nk merisik dia. (dia xtau ke y dia merisik awk utk member dia y ntah sesape.pfft).
golongan y hdup di bwh katak tempurung, y sntiasa mengharapkn ada satu benda y luar biasa y akn dtg. ble dia tgk lelaki, mulalh teringat adegn2 y dia mengharapkn supaya trjadi ke ats dia.
golongan y sntiasa mengharapkn si partner atau balak dia jadi mcm watak dlm buku.

dua.
kau akn berubah utk jadi watak heroin y sgt baik.
ble ada family member kau y mengandung, kau automatically akn tolong dia sbb itulh bnda y kau baca dlm buku.
mgkn kdg2 kau akn berangan jugak utk dptkn laki mcm watak y kau baca tp kau tahu, bnda tu mustahil.so kau akn cuba utk baiki diri jd lbih baik.
dan juga mnjadi seorg isteri y sedaya upya nk tawan suami kau.sbb kau tau itu bnda y septutnya.

trpulanglh korg nk label aku msk dlm golongan mne.it's up to you.

but then, ble trlalu lambak buku y ada di kedai buku, dan kebyknnya mmg mnceritakn kisah cinta, ble aku baca buku novel y bkn psl cinta, automatically mak akn ckp 'hah!bce novel.novel tu cite psl cinta. x elok utk awk..etc..etc..'
(ble kita trlalu ikut suara majoriti.susah.)

one more thing is ble kau tau siapa penulisnya.
kau tau umur dia.
klu penulis tu y dh besar, y dh khwin, kau x kisah sangat.
tp ble kau tau y dia tu still bdak sklh, ble kau baca buku dua, secara automatiknya semua watak dlm buku tu, trtukar jd bdak sklh, semua jd pendek, muka sememeh cam bdak sklh. sheesh.
tambah alergi ble penulis tu cite psl suami isteri.
arghh..
aku cam, budak sekolah pun dh pndi tulis bnda2 cmni.grrr..
sungguhlh weyh.jajahan kepala otak sungguh ni.
better sorokkn jelh umur awk.aku xnk ada org y sama kes dgn aku.

tiba2 aku trfkir.
boleh tak klu publisher letak had umur berapa y layak utk baca buku2 cmni?
(angkat bahu.mengarut di tengahhari.)
abaikan.

akhir kalam, novel melayu ni banyak kasi faedah atau sebaliknya?
bincang dan bahaskan.

bwahahaha..
bolehlah cakap kat ckgu sklh aku dulu.minta murid buat krgn psl bnda ni.







peace yo. salam ^_^
(sbb dh lama x menulis)

Saturday, 25 June 2016

kisah aneh #14 + random

Orang kata, kalau nak dapat idea, pergilah tempat peranginan atau tempat yang cantik-cantik. Barulah idea datang. Tapi la ni, aku dah habiskan dua jam aku duduk dekat atas kerusi sambil tengok dekat pemandangan luar, apa pun tak masuk. Makin ngantuk, lagi ada.

Dia mengeluh seketika.

“Kenapa tu?” Satu suara menyapa dari belakang.

Hari ni dah masuk hari kedua diorang datang Maldives Island. Sempena hari keluarga belah Bihah. Dan malam ni adalah aktiviti bebas lepas diorang satu keluarga makan malam dekat bawah tadi. Buat BBQ.

“Nothing.” Botol yang berada di atas meja dicapai. Dan diteguk air barang tiga, empat teguk.

Terasa ada tangan yang mengusap bahunya sebelum ada orang yang memberi kucupan hangat di pipi kiri. Bihah mengambil tempat di sebelahnya. Kepala Bihah direhatkan di atas bahu suami.

“Jangan paksa diri.” Itu kata Bihah. Bukan dia tak tahu yang Din tengah takde idea nak tulis apa. Bukan dia tak perasan yang Din duk menaip, lepas tu padam balik apa yang dia tulis.

“Marwan tidur dah?” Kepala ditoleh ke arah katil. Nampak si bayi sedang nyenyak tidur sambil di sekelilingnya penuh dengan bantal. Tak nak kasi jatuh. Tapi la ni pun, Marwan tidur ganas gak. Pernah sekali tu diorang keluar dari bilik tak sampai lima minit, dengar Marwan nangis sebab dah jatuh katil. Bahaya betul.

“Dah.” Malam kat tepi pantai, memang sejuk. Cuma tengah hari jelah kot yang memang berbahang. Sama level dengan Malaysia. “Confess.”

“About?”

“Your problem. Or maybe problems.” Dah jadi rutin dalam seminggu tu, akan ada lima malam  diorang akan buat satu sesi luahan hati. Tapi itupun tertakluk kepada keadaan.

“I don’t wanna think about problem when coming here. I just want to relax. With you. With baby. With Him.” Vacation kot. Siapa yang nak fikir pasal masalah?

“Tadi tu apa? Dok tulis, padam, tulis, padam.”

Din sengih. Nampak aje budak sorang ni. “Takde idea.”

“Sebab?”

“Expectation yang tak kesampaian?”

“Which is?”

“Kan selalu orang cakap, kalau nak dapat idea, pergi vacation. Makan angin. Like this. Like now. But hel..” Belum sempat dia habiskan perkataan tu, Bihah cepat-cepat tutup mulut dia.

Din sedar. Dia dah terlanjur. “Sorry.”

“Naa. Bukan selalu nak dengar you curse.” Gurau Bihah. Selama ni dia yang banyak mencarut sampai Din dah sampai naik angin dengan sifat dia yang satu tu. Tapi sejak dia pregnant, memang banyak dah kurangnya. Walaupun kadang-kadang ada jugak yang terkeluar.

Din gelak.

“So, you frustrated?”

“Not really.”

“But you look one.”

“Not with you.” Sudah tentu dia taknak kelihatan muram dan gusar apabila dengan keluarga.

“You know what, expectation leads to disappointment, no?”

Din angguk. Bukan dia tak tahu. Dia tahu akan itu.

“Tak semua boleh pakai baju saiz S, M, L dan lain-lain. Ada orang kasut dia saiz 5, 6, 7 and lain-lain. And tak semua orang boleh gunakan pen Rexgrip, Pilot, Faber Castle. Different people wears and uses different things, different brands, different sizes and yada, yada, yada. And tak semua orang boleh tahan dengan engineering like you did.” Bihah pun tahu diri dia macam mana. Ada benda yang lut dekat Din, tapi tak lut dekat dia. Ada benda yang praktikal untuk dia, tapi tak praktikal untuk Din.

Din faham dengan apa yang isteri dia cuba sampaikan. Lain orang, lain caranya. Tak boleh pukul sama. Kadang-kadang manusia pun lupa tentang tu. We think we fit everyone’s shirt but the reality is not. Of course it’s not. Aku pun tak muat pakai baju Bihah. Baju Bihah saiz S kot. Baju kat rumahlah. Baju nak pakai untuk keluar dia pakai XL. Tapi tiap orang tu ada saiz masing-masing yang ikut acuan badan dia. Tiap orang tu ada kepakaran dia ikut kepandaian dan minat dia.

“And I think, your ideas don’t come when you go to vacation. It’ll come when you meet with people. You love to do that, no? I think that is the source of ideas. For you.”

Ya. Memang dia suka jumpa orang. Memang dia suka tengok orang. Perlakuan manusia menyebabkan dia berfikir dan itulah sumber utama ideanya dalam menulis. “Thanks, bi.”


“No worries.” 



-----------------------------------------------------------------------

Mungkin sebab tu jugaklah aku dh hampir ketandusan idea nk menulis apa kat blog ni. dah jarang berdiskusi dgn org. dah jarang memerhati dan menganalisis.lebih byk fikirkn hal sndri. dh jarang mengambil masa utk brjln dan mengambil ibrah dr Tuhan.

Tiap hari, ulang alik kelas-kolej-surau. dan buat benda sama jgak. klu ada usrah pergi je. klu ada meeting, hanya menmpkkn muka.

Kosong?

Entah.

The meaning of life yg makin tak terasa.

Jiwa kering?

Barangkali.


Peace yo. Salam ^_^

Sunday, 15 May 2016

kisah aneh 13

Sampai sahaja di rumah, umi kata dia dapat parcel dari pejabat pos. Parcel? Dia tak order apa-apa atas talian. Zaman nak membeli barang secara online tu dulu. Zaman tak sempat nak jejak kedai sebab acah-acah sibuk dengan kehidupan seorang mahasiswa.

“Marwan mana umi?”

“Bilik umi. Sleeping.”

Diambil bungkusan yang berada di atas meja. Takde nama pemberi, yang ada hanyalah nama dia dan alamat rumah umi. Dibawa bungkusan itu naik ke atas. Dia singgah sebentar di bilik umi untuk melihat jejaka yang sedang lena. Dikucup perlahan dahi putih itu sebelum masuk ke dalam biliknya yang terletak di sebelah bilik umi. Tak sempat nak buka tudung, terus dia duduk di birai katil dan mula membuka pembalut bungkusan itu.

Kad?

Buku?

Buku itu diletak tepi. Diambil kad untuk membaca isinya.

Hai awaks
Tiap minggu
Awak masuk kedai buku tu
Awak akan pergi kat the first book shelf yang awak nampak.
Awak akan amek satu buku yang awak minat.
Dan mula membaca
About 15 minutes
Reading and standing
Tak terganggu
Tak terusik
Tak terkacau
Walau lagu kat luar kedai membingitkan telinga.

Hai awaks
Dalam diam
Saya perhatikan awak
Dari sebelah
Awak nampak sangat bahagia
Bila bersama buku
Walaupun awak tak cukup duit
Melihat buku yang berlonggok
Bagai sebuah terapi
Untuk menghilangkan duka

Hai awaks
Dari rak pertama
Sampai rak terakhir
Awak pusing
Mencari buku yang menarik
Yang saya perasan
Awak selalu lama dekat rak buku-buku seni
I can see your passion in arts
Sentuhan tangan walaupun kecil
Namun tetap berseni
Saya ingat lagi masa awak hantar karya dekat majalah kolej
Saya dah mula jatuh cinta
Saya perhatikan awak
Awak perhatikan sebuah buku
Lama
Macam awak tengah berfikir
Nak beli
Ke tak
Nak beli
Ke tak
Saya perhatikan aje dari tepi
Lepas tu awak tengok kat rak lain pula
You’ll do the same thing
Amek satu buku
Baca sikit halaman kat dalam
Sambil duduk bersila
Atas lantai
Saya tersengih je dari tepi

Hai awaks
I know one of your dream
Is living with a bunch of book
Around you
You really love books
Sometime you just bought it
But never read it
I know
Because I have that attitude sometimes

Hai awaks
Awak sedar tak selama ni
Saya perhatikan awak
Dari tepi
Melihat muka awak yang khusyuk
Jadi sumber inspirasi saya
Untuk juga menulis
Jangan berhenti pergi ke kedai buku
Jika itu yang buat awak bahagia
Jangan berhenti membeli buku
Jika itu yang buat awak puas
Jangan berhenti membaca
Jika itu yang buat awak ceria
Oh ya
Membaca tangga kejayaan
*klise*

Lots of love,
Abang kesayangan

Bihah dah gelak. Adoilah. Ingatkan sape yang hantar bungkusan kat rumah ni. Rupanya si pencuri hati yang hantar. Mentang-mentang outstation seminggu kat Penang nun. Ni kalau ada depan mata ni, memang meleleh air mata aku terharu. Seb baik takde kat depan.

Buku yang diletak tepi diangkat.

Perpustaakan dalam Islam, Semarakkan Budaya Membaca oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Fantastic Beast and Where to Find Them oleh J.K Rowling?

Haha. Awat kasi buku ni?

Dan lagi satu buku entah tajuk apa.

Tapi hati bahagia. Terus dicapai telefon bimbit dari dalam beg tangan. Nombor Din didail.

“Hello. Assalamualaikum.” Dapat dirasakan yang Din tengah tersenyum apabila menerima panggilannya.

“Waalaikumussalam. Thanks, awak.” Takde mukadimah apa, terus diucapkan terima kasih.

“Huh? Kenapa?” Dia baru je habis mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Kepala blank jap bila Bihah ucap terima kasih.

“For the books. The card.”

Baru Din teringat akan itu. Dia dah ketawa perlahan. Sebenarnya dia tak hantar melalui pos pun. Kompromi dengan umi sudah. Mintak umi kasi kat Bihah masa dia pergi outstation. Bazir duit je kalau guna pos. “Suka tak?”

“Really loves them. But kenapa Fantastic Beast?”

“Saje nak bawak bi around the world to find them.”

“Ha. Ha. Ha. Fikir lawak?” Bihah dah gelak dengan penuh sarkastik.

“Abang tak cakap lawak pun. Abang serius ni.” Badannya disandar pada sofa hotel. Rindu kat orang Seremban nun.

“Ok fine.”

“Do you see my book?”

“Your book?” Dilihat buku-buku yang dapat tadi. Dicapai buku yang tak sempat dilihat tajuk tadi. Pausi? By Din. Memang nama pena din, Din sebab senang nak sebut dan memang sungguh sengaja nak kelirukan orang sebab berjuta orang nama din kat Malaysia ni. “Oh. My. God. This is your fourth baby! Tak bagitahu pun.” Bihah dah dengar Din gelak dari belah sana.

“That’s the first copy. And I give it to you.”

Bihah rasa cam nak menjerit.  Terharu kay. “Thanks, abang. But kenapa Pausi?” Dilihat sekilas isi kandungan buku tersebut.

“Combination of pause and puisi.”

“Huh? Motif nak combine those two words?”

“Sebab kadang-kadang, kita nak berhentikan masa dan mahu menulis sesuatu yang sedang berlaku?”

“Hmmmm..oklah. Not bad though. But thanks. A big thanks.”

“I knew you’ll love it. Oh ye. Marwan mana?”

“Sleeping. Tengah hari en, his nap time.”

“Owh. Cium dia untuk abang. Cakap abang kirim rindu dekat dia.”

Bihah dah juling mata ke atas. “Baiklah baba.”

“Jealous much huh?”

“Dengan anak sendiri je pun. Buat apa nak jeles.”

Terdengar din ketawa dari belah sana. “Mana tahu. Oklah. Abang nak solat ni. Lepas zohor ada site visit.”

“Ok. Orang pun nak solat jugak. Baru balik ni.”

“Ok. Bye, bi. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Bihah terus tamatkan panggilan. Bibir tersenyum lebar. Hati melonjak keriangan. Siapa yang tak suka kalau dapat buku baru? Sejak sambung master ni, tak dan nak jejak kedai buku. Kalau masa degree dulu, every week, wajib lepak dekat MPH Nu Central. Cukup satu jam lepak dalam tu. Kalau tak lepak situ, lepak kat Kino ke, MPH Subang ke, syurga dunia.












Ibnu al-Jauzi pernah mewasiatkan kepada para ulama dan penuntut ilmu dengan berkata, "Hendaklah bagimu di rumahmu tempat yang mana kamu boleh berkhalwat dengannya dan membaca kitab-kitabmu serta menggerakkan kebersihan akalmu."



peace yo. Salam ^_^

Monday, 9 May 2016

kisah aneh 12

"Dia tu gadis titanium kot." Itu luahan Alif kat Huza.

"Kau ni pun. Dah jadi suami pun susah ke nak cairkan isteri sendiri?" Payah betullah member sorang ni.

"Kau kahwin nanti, baru kau tahu hati perempuan ni macam mana. Kalau kau dapat macam air, senanglah. 100*C je dah lebur. Kalau kau dapat hati platinum, hati titanium, agak-agak berapa tahap lebur dia?"

"Kau ni pun. Nak gak samakan hati manusia dengan benda-benda tu. Hati manusia ni senang je nak berubah. Cari critical point dia, berpusinglah graf tu."

Bila engineer cakap pasal hati. Bila engineer cakap pasal manusia, haruslah dikaitkan dengan engineering juga.

Alif teringat kata-kata Yaya dulu sebelum nikah dengan Huda.

She's a lady with titanium heart.

Titanium heart, huh?




"Yang."

"Hmm." Huda yang tengah uli tepung angkat kepala. "Apa?"

"Tau tak kenapa titanium tu mahal?"

Terangkat kening Huda sebelah. "Dah kenapa tanya soalan camni?"

"Tau tak kenapa?" Alif ulang soalan.

"Huda tabur sedikit tepung pada adunannya. "Sebab high melting point?"

"Lain?"

"Sebab susah nak jumpa?"

"That's right. Tau tak kenapa abang insist nak risik sayang dulu?"

"Sebab abang jatuh cinta pertama kat Huda dulu?" Jawab Huda sambil tersengih. Come onlah. Dengan suami sendiri kot. Kisah cinta Alif semua tu, semua dia tahu. Dari masa dia mula suka kat kak Iman pun dia tahu.

Alif dah gelak. "Betullah tu tapi tak cukup tepat."

Huda meleperkan adunannya di atas kaunter. Petang ni saja je nak buat donut. Dah lama tak buat.

"Sebab sayang punya type ni rare."

"Meaning?" Ditekapkan adunan itu dengan acuan berbentuk donut. Kemudian diletakkan donut itu di atas dulang yang telah ditabur tepung.

"Sebab jenis sayang ni susah nak jumpa."

"Jenis apa tu ya?" Huda tersengih dengar kata-kata Alif.

"Lady with titanium heart dan susahnya nak cari lady camni macam susahnya nak cari platinum dari Bumi."

"Uuuu..when engineer's talking."

"Melting tak?" Tanya Alif. Mana tahu cair en.

"Huda pulak nak tanya."

"Yes please."

"Tau tak melting point titanium berapa?"

"1k++. Kenapa?"

"Platinum?"

"Sama jugak. 1k++ tapi lagi tinggi dari titanium."

"So, do you expect me to melt with 300*C sentence? Come on lah bang."

Ouch. Alif sengih. "So, what kind of sentence yang boleh cecah 1k++ *C so that boleh melt kan your heart?"

"Figure out yourself." Donut yang telah siap dibentuk dibiarkan di atas kaunter. Lagi 30 minit baru boleh goreng. Tangannga dibasuh di sinki. Belum sempat dia pusing, Alif peluk dia dari belakang.

"I dont think you need 1k++ *C sentence, I think you just need 150 *C attitude." Pipi Huda dikucup perlahan.

Huda dah kecut perut. This is not what she imagined. Cepat Huda fikir jalan keluar.

Huda pusing pandang Alif yang tingginya, bila Alif melutut, nak sama tinggi dah dengan Huda, cuma rendah sedikit. Anggarkanlah berapa tinggi Alif ni. "Tahu tak kenapa orang suka tengok platinum?"

"Sebab lawa?"

"Apa yang buat dia lawa?"

"Physical properties dia yang buat dia lawa?"

"Kurang tepat."

"Pressure?"

"Ya betul."

"So? Abang tak nampak apa-apa kaitan sekarang ni." Sungguh dia blur.

"Bila dalam keadaan tertekan, kita akan fikirkan sesuatu jalan untuk keluar dari masalah. Ramai yang terpesona dengan kecantikan platinum sampai dia tak sedar peluang yang ada depan mata." Dikenyit mata sebelah seelum Huda terus berlari keluar dari dapur. Save your life first, babe.

Alif yang terkedu dengan kenyitan mata Huda, akhirnya tersengih. You know what sayang, you not only have a titanium heart and platinum appearance, but you do have Group 1 physical properties especially when reacts with water. Group 1 yang very reactive untuk lepaskan satu-satunya valence electron dia bila reacts with H20. Titanium lady yang bijak cari jalan keluar nak lepaskan diri dari 'cengkaman' H20 yang 'mencairkan'.










peace yo. Salam ^_^

Sunday, 8 May 2016

train

For a week, aku kena ulang alik dr uni-rumah sebab kena teman mak dekat rumah. Abah gi mancing, so aku sebagai ank y masuk uni plg dekat which is in Selangor n just 15 minutes from home kalau naik kereta, ditugaskan untuk teman mak. Biar tergadai RM50++ untuk tambang pergi balik selama seminggu, but who cares, aku tak rasa dengan duit tambang tu mampu bayar balik apa yang parent aku dah gadaikan sebelum ni.

“Solat fardhu tu satu kewajipan. And kau buat tiap hari, tak pernah pun kau terfikir nak minta Tuhan kasi balasan atas apa yang kau dah buat. Taat pada ibu bapa tu pun satu kewajipan. Takkan tu pun kau berkira sangat sampai nak minta balasan? Unless, tak tahulah pulak kalau selama ni kau solat fardhu pun minta balasan dari Tuhan.”

Tiap hari aku bangun 5.45 pagi. Bersiap. Solat Subuh. Kemas barang. 6.35 pagi, kereta dah bergerak menuju ke stesen ktm paling dekat. 6.50 pagi tren sampai and naik sampailah ke KL Sentral.

For the first time, aku naik tren seawal ni. Sebab selama ni pun, paling awal yang pernah aku naik pun pukul 9, 10 pagi sebab kelas aku sebelum ni mula pukul 12 tengah hari. Apa aku kisah kalau naik tren lambat pun. But for this semester, kelas aku mula awal. Takdelah awal mana pun. Pukul 10 je pun. Tapi kalau aku keluar lambat, mak pun keluar lambat. Keluar lambat bersamaan dengan mak kena bertapa kat tengah-tengah highway tu dengan geng2 ‘cars’ yang lain. So, aku amek inisitif untuk keluar awal sekali dengan mak.

Dari rumah sampai kl sentral, memang aku berdiri selama 50 minit. Turun KL sentral, amek lrt turun dekat stesen Universiti. Juga berdiri. Kalau bernasib baik, beg aku ringan. Kalau kurang sikit, beg aku ada laptop yang…. Memang sampai uni, memang boleh collapse terus.

But selalunya, aku sampai uni pukul 8. Terus balik kolej. Amek buku or nota. Rehat jap sampai pukul 9.siap sebab nak kejar bas pukul 9.20. sebagai seorang pelajar uni, memang kau xkan nak bas pukul 9.40 (gap antara bas 20 minit). Either kau dapat naik bas ataupun kau tunggu bas pukul 10 ataupun kau jalan kaki dari kolej pergi fakulti. Itu je pilihan yang kau ada. Kau boleh naik teksi tapi kena potong duit makan tengah harilah.

And sepanjang minggu ni, ada benda lah yang aku cam terdetik.

Satu. Dekat stesen subang jaya, akan ada sorang pregnant lady ni akan masuk tren. Kdg2 tu, dia dapat tempat duduk ataupun x dpt (sbb masa dia berdiri, dia ttp perut dia dgn beg.so org x nmpk). Kalau dia x dpt, dr subang sampai kl sentral (aku xtau dia turun mne sbb dia x turun kat kl sentral), dia berdiri. Kat kl sentral ramai yg keluar. So adalh tempat kosong.

But satu bendalah y aku wonder gler.

Tiap hari kau naik tren y sama. Dgn org yg sama but nasib kau tiap hari berlainan. Masa aku naik tren tiap pagi, aku cam dh boleh tau org ni naik turun kat stesen mana. So, for this case, xknlh org lain x boleh naik set y ‘ok.dekat stesen subang ni akan ada sorg pregnant lady y masuk tren.so be preparelh.nk kasi tempat duduk ke apa.’

But, bnda tu x berlaku. N this lady pun akn masuk satu coach sama dgn aku sbb aku naik coach y sama tiap hari.huhu..

Pernah sekali tu, this lady berdiri kat sebelah kerusi but org y ddk kat kerusi tu x perasan pun sbb tgh sibuk main phone.

Aku cam…nk maki pun ada. Aku xtaulh dia buat2 xtau or anything.

N xkn kte expect y the pregnant lady nk ckp,

“Don’t you see my tummy? I’m pregnant you know. I need a sit.”

Ataupun

“Excuse me. Can I’ve a sit?” smbil tunjuk perut dia.

Kau expect dia nk buat cmtu ke? benda ni common senselah. Lagi2 tummy dia tu mmg obvious sgt. Dlm 7, 8 bulan lg kot. Nmpk pregnant lady, kasi tempat duduk. Simple je.

Masa dia x dpt tmpt tu, aku prnh Nampak dia usap perut dia. Aku rasa kesian kot but aku xleh nk buat apa sbb aku pun berdiri dgn beg kat blkg. Aku pernah terfikir nk je cuit bahu kakak tu n tnjuk kat pregnant lady tu.  But entahlah. Tahap menegur dlm diri aku ni rendah sgt kot. Tapi aku rasa kesian. Huhuhu..

Dua. Kalau balik masa bukan peak hour (cnth mcm lps maghrib), akan ada satu golongan ni yg nk masuk tren mcm tgh main rugby. Aku cam..’weyh chill lah. Byk kot tmpt kosong. Nk tolak2 org pahal?’ n selalunya pun, aku lagi sanggup beratur kat bhgn blkg sbb biarlh dorg nk berrugby sekalipun sebelum aku masuk. X nyempat2 betul. Adoilah..

tiga. bila nmpk laki dgn awek dia dlm ladies coach and tgh ddk ats kerusi pdhl ramai lagi ladies y tgh berdiri, u'll be like:
"masha Allah brader.this is a ladies coach. i feel pity if you have kecelaruan identiti right at the moment.make sure you check again your sex okay.but i'm pretty sure you know who the he** you are with that misai n janggut."
and kau pndg kat awek dia.
"sorrylah kak.pakwe akak ni x layak dibuat suami sbb dia x reti hormat perempuan.n i dont knowlah if he pretended to be buta huruf utk baca ayt kat depan mata akak ni.n saya xtau jugak klu dia pekak sbb x dgr 'nasihat' kat announcement.klu dia betul2 buta huruf n pekak, saya minta maaflh kak wlpn dia bleh je sembang dgn akak siap gelak."
guys, come onlah.

peace yo.salam ^_^