Orang kata,
kalau nak dapat idea, pergilah tempat peranginan atau tempat yang
cantik-cantik. Barulah idea datang. Tapi la ni, aku dah habiskan dua jam aku
duduk dekat atas kerusi sambil tengok dekat pemandangan luar, apa pun tak
masuk. Makin ngantuk, lagi ada.
Dia mengeluh
seketika.
“Kenapa tu?”
Satu suara menyapa dari belakang.
Hari ni dah
masuk hari kedua diorang datang Maldives Island. Sempena hari keluarga belah
Bihah. Dan malam ni adalah aktiviti bebas lepas diorang satu keluarga makan
malam dekat bawah tadi. Buat BBQ.
“Nothing.”
Botol yang berada di atas meja dicapai. Dan diteguk air barang tiga, empat
teguk.
Terasa ada
tangan yang mengusap bahunya sebelum ada orang yang memberi kucupan hangat di
pipi kiri. Bihah mengambil tempat di sebelahnya. Kepala Bihah direhatkan di
atas bahu suami.
“Jangan paksa
diri.” Itu kata Bihah. Bukan dia tak tahu yang Din tengah takde idea nak tulis
apa. Bukan dia tak perasan yang Din duk menaip, lepas tu padam balik apa yang
dia tulis.
“Marwan tidur
dah?” Kepala ditoleh ke arah katil. Nampak si bayi sedang nyenyak tidur sambil
di sekelilingnya penuh dengan bantal. Tak nak kasi jatuh. Tapi la ni pun,
Marwan tidur ganas gak. Pernah sekali tu diorang keluar dari bilik tak sampai
lima minit, dengar Marwan nangis sebab dah jatuh katil. Bahaya betul.
“Dah.” Malam
kat tepi pantai, memang sejuk. Cuma tengah hari jelah kot yang memang
berbahang. Sama level dengan Malaysia. “Confess.”
“About?”
“Your problem.
Or maybe problems.” Dah jadi rutin dalam seminggu tu, akan ada lima malam diorang akan buat satu sesi luahan hati. Tapi
itupun tertakluk kepada keadaan.
“I don’t wanna
think about problem when coming here. I just want to relax. With you. With
baby. With Him.” Vacation kot. Siapa yang nak fikir pasal masalah?
“Tadi tu apa?
Dok tulis, padam, tulis, padam.”
Din sengih.
Nampak aje budak sorang ni. “Takde idea.”
“Sebab?”
“Expectation
yang tak kesampaian?”
“Which is?”
“Kan selalu
orang cakap, kalau nak dapat idea, pergi vacation. Makan angin. Like this. Like
now. But hel..” Belum sempat dia habiskan perkataan tu, Bihah cepat-cepat tutup
mulut dia.
Din sedar. Dia
dah terlanjur. “Sorry.”
“Naa. Bukan
selalu nak dengar you curse.” Gurau Bihah. Selama ni dia yang banyak mencarut sampai
Din dah sampai naik angin dengan sifat dia yang satu tu. Tapi sejak dia
pregnant, memang banyak dah kurangnya. Walaupun kadang-kadang ada jugak yang
terkeluar.
Din gelak.
“So, you
frustrated?”
“Not really.”
“But you look
one.”
“Not with you.”
Sudah tentu dia taknak kelihatan muram dan gusar apabila dengan keluarga.
“You know what,
expectation leads to disappointment, no?”
Din angguk.
Bukan dia tak tahu. Dia tahu akan itu.
“Tak semua
boleh pakai baju saiz S, M, L dan lain-lain. Ada orang kasut dia saiz 5, 6, 7
and lain-lain. And tak semua orang boleh gunakan pen Rexgrip, Pilot, Faber
Castle. Different people wears and uses different things, different brands,
different sizes and yada, yada, yada. And tak semua orang boleh tahan dengan
engineering like you did.” Bihah pun tahu diri dia macam mana. Ada benda yang
lut dekat Din, tapi tak lut dekat dia. Ada benda yang praktikal untuk dia, tapi
tak praktikal untuk Din.
Din faham
dengan apa yang isteri dia cuba sampaikan. Lain orang, lain caranya. Tak boleh
pukul sama. Kadang-kadang manusia pun lupa tentang tu. We think we fit
everyone’s shirt but the reality is not. Of course it’s not. Aku pun tak muat
pakai baju Bihah. Baju Bihah saiz S kot. Baju kat rumahlah. Baju nak pakai
untuk keluar dia pakai XL. Tapi tiap orang tu ada saiz masing-masing yang ikut
acuan badan dia. Tiap orang tu ada kepakaran dia ikut kepandaian dan minat dia.
“And I think,
your ideas don’t come when you go to vacation. It’ll come when you meet with
people. You love to do that, no? I think that is the source of ideas. For you.”
Ya. Memang dia
suka jumpa orang. Memang dia suka tengok orang. Perlakuan manusia menyebabkan
dia berfikir dan itulah sumber utama ideanya dalam menulis. “Thanks, bi.”
“No worries.”
-----------------------------------------------------------------------
Mungkin sebab tu jugaklah aku dh hampir ketandusan idea nk menulis apa kat blog ni. dah jarang berdiskusi dgn org. dah jarang memerhati dan menganalisis.lebih byk fikirkn hal sndri. dh jarang mengambil masa utk brjln dan mengambil ibrah dr Tuhan.
Tiap hari, ulang alik kelas-kolej-surau. dan buat benda sama jgak. klu ada usrah pergi je. klu ada meeting, hanya menmpkkn muka.
Kosong?
Entah.
The meaning of life yg makin tak terasa.
Jiwa kering?
Barangkali.
Peace yo. Salam ^_^
No comments:
Post a Comment