Saturday, 22 August 2015

Random #0

ALIF yang sedang bersantai di atas katil membuka telefon bimbitnya. Group WhatApps teman serumahnya masa Australia ditekan. Satu-satu bait perkataan ditekan sebelum menekan butang hantar.
-Guys. 20 April nanti datanglah rumah aku. Aku ada buat majlis sikit.- Alif
-Majlis apa bro?- Azim
-Haah majlis apa?- Azif
-Majlis kahwin ke?- Nami
-Agak-agaklah, Nami. Majlis kesyukuranlah ngek. Datang tau. Keluarga aku suh ajak ramai-ramai kawan. So, aku ajaklah korang.- Alif
-Start pukul bpe weyh? Aku kena tengok kosong ke tak hari tu- Luth
-10 sampai 4 petang. Alah Luth, weekend mana ada kerja.- Alif
-Engkaulah kosong, aku tak.- Luth
-Alah Luth. Pedulikanlah kerja tu. Bukan selalu dapat makan free cenggini.-Huza
-Timbul pun kau. Ingatkan dah jadi silent reader.- Azif
-Ahh kau. Kau pun lebih kurang je en. Dah ada awek, mana layan orang lain.- Huza
-Dengki ah kau.- Azif
-Weyh2. Dah ah tu. Jangan lupa 20 April ni. Kat rumah aku.- Alif
-Insya Allah, Lip.- Syakir
-Ni lagi sorang. Busy ke abam sador?- Azim
-Busylah sikit.- Syakir
-Lip, majlis ni takde tema ke?- Huza
-Majlis kesyukuran pun kena ada tema ke apa?- Luth
-Entah Huza ni. Ke ni memang betul-betul majlis kahwin ni? Alif!!- Nami
-Majlis kahwin kemende. Ada baca doa, pastu makan. Bapak aku order kambing bakar.- Alif
-Aku on!- Azif
-On.- Azim
-Demi kambing bakar, aku sanggup tinggalkan diet aku.- Syakir
-Demi kambing bakar, aku kosongkan 20 April tu.- Luth
-Aku cop bahagian rusuk!- Nami
Alif dah gelak dengan perangai kawan-kawan dia. Dah namanya pun lelaki, pasal makanan memang sentiasa boleh.
-Dasar perut belangalah korang ni.- Huza
-Tema warna putih je.- Alif
-Putih nan suci..- Azif
-Pakai di hari bahagia..- Azim
-Bersama si puteri..- Azif
-Ohh..sungguh bahagia hati ini..- Azim
-Ahhh..sudah. Memekak plak malam-malam ni.- Syakir
-Kau dengki suara kitorang sedap.- Azif
Tugasnya menjemput tetamu sudah selesai. Kawan-kawan sekolah yang lain pun sudah dijemput. Bekas ahli rumahnya adalah kelompok yang terakhir.

BILA sampai pada tarikh kejadian, tersembul bijik mata rakan-rakannya.
“Weyh kau kata majlis kesyukuran. Tapi ni memang betul-betul macam majlis kahwin.” Siap dengan doorgift, photo booth, meja makan beradat. Yang tuan rumah ni pun dah kenapa, siap bersampin berkeris bagai?
Alif dah tersengih. “Majlis kesyukuran sambut menantu.”
“Siot giler!!” Terus pengantin lelaki kena sekeh teruk. Habis senget-senget songkok yang dia pakai.
“Macam nilah kawan. Mujurlah kitorang datang hari ni. Sebab kambing bakar punya bakar, kitorang jejak jugak rumah kau. Nasib baik aku tak pakai baju Melayu dengan kain pelikat je.” Azif menumbuk sedang bahu Alif.
“Kalau aku tahu, aku dah pakai tuksedo dah tadi.” Azim datang hanya memakai baju melayu bersama seluar jeans. Dah namanya pun nak datang ‘majlis kesyukuran’. Kot-kot ada bacaan yasin sekali.
“Ahh kau. Tuksedo kemende tengah-tengahhari buta macam ni.” Nami je yang boleh dikira ikut ‘etika pemakaian’ ke majlis perkahwinan sebab dia datang dengan baju melayu penuh siap bersampin. “Sebenarnya hari tu aku macam dah agak yang kau menipu. Nasib baik aku dah prepare awal-awal.”
“Tak kisahlah korang pakai apa pun, janji menutup aurat. Bukan ada dresscode sangat pun kalau nak datang majlis kahwin. Kalau sesuai, datang jelah.”
“Takde dresscode sekalipun, nak jugak aku bergaya masa kawan aku bersanding ni. Halal jelah aku pakai jeans datang majlis kau.” Azim dah masukkan tangan dalam poket seluar jeansnya.
“Haha..korang datang ni pun, aku dah cukup bersyukur.” Dia bukan kisah sangat pasal dresscode.
“Huza mana Huza? Aku suspek mesti dia tahu pasal benda ni.” Mata Luth tercari-cari kelibat Huza sebab Huza sorang je yang tak datang sekali dengan rombongan diorang. Semalam diajak, dia tolak sebab katanya ada hal, lah kononnya.
“Huza pengapit aku ah.” Mana entah si Huza tu. Melantak kambing bakar agaknya.
“Sengal giler kawan-kawan aku ni. Dahlah kahwin tak bagitahu. Kad takde. Siap komplot lagi dengan si rambut landak tu. Memang aku nak merajuklah lepas.” Azif dah berpeluk tubuh.
Yang lain dah ketawa.
“At least aku jemput walaupun guna mesej. Kad tak cukup, nak buat camne.”
“Nampak sangat kami ni dianaktirikan.” Syakir main tangkap syahdu.
“Dahlah. Karang lambat, habis korang punya kambing bakar tu.” Makin lama diorang berdiri tercongok dekat sini, makin sikitlah ‘habuan’ diorang nak melantak kambing bakar tu. “Nanti-nanti aku bayarlah balik. Belanja korang keluar makan.” Nak pujuk lelaki ni senang je sebenarnya. Rasuah dengan makanan, settle.
“Kau nak belanja mana? Setakat mamak, tak mainlah.” Tiap hari pun makan mamak.
“Apa barang mamak. Datang rumah buat BBQlah. Baru syok.”
“BBQ pun, BBQlah.”
“Dah. jemput makan. Aku nak cari si Huza tu sat.” Mana entah budak tu pergi. Pengapit sepatutnya duduk dengan pengantin. Ni lari pulak dia.


No comments:

Post a Comment