Thursday, 6 August 2015

MSKP 15/16

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Siapa ya?”

“Ni ******.”

“Owh. Kenapa call kita?”

“Nak ajak jadi FP untuk MHS PASUM?”

“.....................................”

Begitulah permulaannya seorang FP yang tengah otw nak balik kg, tengah tunggu turn nak bayar tol, dapat panggilan dari kenalan.
Bila dah dapat panggilan tu, sampailah kaki FP tu ke UM setelah hampir sebulan meninggalkan UM. Kay.
--


=

=

=

=

=

=

=

=

=

Aku tau aku dapat biro disiplin masa bengkel lagi. 
Shima yg beritahu sebab dia pun kena sedut sekali. Memang mula-mula 
tu memang bengang syadid, seandainya Faiq ada dekat 
depan tu, memang rasa macam nak suruh dia kawad dua jam 
non stop tengah-tengah panas. Lepas tu suruh pumping 30x. Memang
 bengang gilalah.

Aku ada sebab kenapa aku taknak pegang biro disiplin.
1:Dari F1-3 aku dah muak dibenci pelajar sebab biro disiplin yg ada dekat bahu aku walaupun aku hanya menjalankan tugas *ya aku tahu aku garang. Foine*
2:Lepas pindah sekolah, aku nekad taknak marah-marah orang, naikkan suara sebab disiplin sinonim dengan marah.

Memang tiap kali nampak Faiq, mesti cakap dekat Shima, 'Aku rasa nak cubit dia berjuta-juta kali.'

Masa pembahagian biro, aku antara orang last yg namanya disebut. Memang macam dah set mind lepas ni boleh kemas barang and balik. Setakat kena balik aku tak kisah mana sebab rumah dekat tapi yg aku sedih kalau balik adalah aku tak dapat nak sumbangkan sesuatu pada kolej walaupun aku datang sebab orang call. But Allah knows best. Masa akhir-akhir tu memang cuak sebab Shima kata nama aku bawah biro disiplin tapi tak disebut pun lagi. Betul ke tak apa yang Shima cakap dulu? Memang time tu rasa ragu-ragu,sangsi semua ada. But Alhamdulillah tak jadi balik lepas cikgu Raihan sebut nama aku.

Hmm..biro disiplin ya.

Then masa kali pertama taaruf. Nampaklah sangat akward. Maklumlah tak ada chemistry lagi. Kenal pun time tu, Faiq, Acap, yg ladies kenal semua kecuali Zalikha. Akmal ingat muka tapi tak ingat nama. Yg lain memang tak kenal tapi masa 1st taaruf tulah dah rasa yg biro ni memang semua budak dia gila2. Ingatkan serius memanjang. Rupanya, masha Allah.

Lepas tu ada meeting kat inderaputra. Huhu..buat kali pertamanya di PASUM aku gelak sampai air mata berjurai-jurai keluar. Sakit gila perut ok. Yg part buat gaya tulah yg tak tahan. Agaknya, ingat lagi tak gaya semua orang?Hmm..lepas tu, nick name. Selama ni aku hidup aku bahagia je dengan orang paggil Iman. Tak pernah ada nickname. But bila ketua insist nak nickname, satu suku kata plak tu, buntu sekejap. But at last terkeluar El sebab nama anak sedara. Halal.

Bila Shima dilantik jadi SU, aku terasa beban dia jugak sebab pernah tengok macam mana dia jadi SU untuk FI dan KEP. Pernah tengok dia stress. Pernah dengar luahan perasaan dia bila dia bengang, tak puas hati, marah, geram.

Masa awal-awal meeting, antara semua ahli Decay, yg paling aku nampak tenggelam sekali adalah Saido, Akmal dengan Ngat sebab depa selalu duduk sama-sama dan duduk tepi sekali. Pernah terdetik dalam hati yg depa ni pendiam. Dan aku observe, ramai antara decayans yg frank and i-wanna-speak-that-thing-so-listen. So start dari tu, aku try bawak satu method. Tiap kali nak cakap, angkat tangan and speak lepas semua orang bertenang sebab kalau semua orang nak cakap, siapa nak mendengar? Huhu.. sungguh aku rasa sentap gila bila Ngat tulis those two words. Mungkin tak ramai yg perasan sebab masa tu ofis pun tak ada lagi. Duduk dekat tempat yg agak gelaplah jugak. Dia pulak tulis guna pen merah. Hailah. Thanks Ngat sebab tegur.

Lepas tu, bila start ada ofis. Dalam hati jujur ada rasa yg decay ni lain. Yelah time tu biro lain tak ada ofis lagi. Lulz. Thanks to Faiq sebab 'cari dan bayar sewa' untuk ofis decayans. Ke sebenarnya dia yg cari 'tanah' dan 'bina' sendiri ofis tu? Again lulz. Our 1st meeting dalam ofis baru. Tak ingat bincang apa tapi semua orang balik lambat. Aku stay dekat sebelah shima. Sebenarnya tengah tak ada kerja, itu yg mengendeng dekat dia. Minta kerja dan satu bnda yg aku kagum dengan our leaders adalah dorang macam dah bahagi tugas. Faiq kerjanya bahagikan tugasan dekat decayans yg lain. Lim kerjanya berurusan dengan MT. Kalau tak ada Lim nak pergi meeting, Faiq will take over the place. Aku nampak sinergy in those two guys. Mungkin sebab dah kamceng (angkat bahu).

Awal-awal tak nampak lagi apa kerja decay. Bila dapat satu kerja, semua orang take part sampaikan ada benda yg kena settle, tak settle. Sampailah Faiq yg bahagikan tugasan. This guys and ladies, buat jadual sentri. Yg ni buat jadual perjalanan. Yg tu buat denda dan peraturan. Yg di sana tampal-tampal dan gunting-gunting. Yg di sini buat perincian jadual. SU buat laporan. Lepas tu ada yg naik bilik and turun sambil bawa plastik makanan. Heaven!

Benda paling aku ingat, masa kena marah dengan petir. Tak sedih pun tapi time tu, ada rasa yg masih banyak lagi benda yg kita tak buat dan tak laksanakan lagi. Bila part dia cakap 'jangan sampai saya hancurkan ofis kamu.' On the spot aku jerit 'jangan!!'. Nasib baik tak keluar dekat mulut. Dekat hati je. Memang time tu dah risau gila kalau dia buat betul-betul. Rasa macam useless gila segala macam usaha kita nak jadikan ofis tu lawa dan kemas dan feel like home kalau dia hancurkan. Alhamdulillah ofis tu masih selamat. Lepas tu kemas sama-sama sebab ofis sepah dan banyak sampah. Aku nampak Halim buang habuk dalam bilik belakang tu. Nampak Gap buang habuk kat stor tepi dewan tu. Hailah decay..

Then masa makan tengah hari or malam, ada yg ambil makanan dan air. Makan sama-sama dalam ofis. Teman Shima siapkan laporan sambil suap dia makan. Lepas tu kena marah dengan aku kalau ada nasi dan sayur tumpah. Sorry guys and ladies.

Hmm..nostagia sngguh.

Maka, tibalah hari pendaftaran. Aku, Naz dan Aidil jaga khemah. I've my own script okey. Berbuih mulut cakap benda sama tiap lima minit. Sabtu malam, jaga KK12. Rasa pelik pulak tengok budak fizikal lelaki hambar semacam. 
Bila dah start MSKP, sungguh ku tak sangka betapa penatnya kerje escort budak gi bangunan PASUM dan DTC. Berlubang, berkoyak dah kasut. Rasa macam dah tak rasa tapak kaki dah sebab kebas and banyak gilos jalan, berlari hulu ke hilir

Hari 1st, aktiviti dekat PASUM. Aku jaga blok C 11 masa pagi. Pagi tu jugak kena marah dengan Sarah sebab tak beritahu pasal tukar tempat. Takpe. Pengalaman kena marah tu yg berharga.

Lepas dah habis, bawak gi DKU pulak. Bekulah dorang dalam tu. Tungu sampai pukul 10.30. Barulah aku, Ax, Zalikha@Naz dan Ainul balik KK11 sebab nak ambil budak hayat pulak. Tengah-tengah matahari mencanak dekat atas kepala, gagah jugak pulang ke kolej. Masa otw dah nampak budak KK12 dah gerak. Gila awal. Makanan pun tak sampai lagi. Hmm..takpelah. Biar awal jangan lambat. Yg paling tak tahan sebab petang tu hujan. Sama-sama berhujan lebat, berbaju hujan, berpayung, membanjirkan kasut, berhujan rintik. Nasib depalah kena daftar waktu hujan. Huhu. Dahlah petang tu pun habis lambat. Sampai kolej rushing, solat asar. Kira oklah sebab kena pergi LDK lepas Maghrib.

Basically sepanjang minggu MSKP, tiap hari buat benda sama. Escort budak ke sana ke mari. Dah memang itu kerja decay. Part paling best masa lepas fire drill. Fizikal ladies kena tunggu 'giliran' untuk pergi DTC sebab lama sangat menunggu, cakap dekat depa buat cheers. Tapi tak boleh nak buat yg tepuk-tepuk sebab dorang tengah pegang payung. Lastnya buat 'asasians go3x', 'pasum 15/16,hu ha' and 'power tak? Super power!' Mula-mula tu memang hambar tapi bila buat banyak kali, semagant jugak dorang tu. Mengisi masa lapang tengah-tengah panas matahari terpacak atas kepala.

Hmm..minggu MSKP tak banyak sangat benda berlaku. Just follow the flow. Pergi sana sini. Pegang walkie talkie masa jaga HIR. Call shima dan nina tanya BS kosong ke tak. 2nd day jaga HIR, shima bad mood. Walkie talkie pulak ada masalah. Menambahkan lagi ke'badmood'an shima. Huhu..hari last LDK, last jugak jaga axiata, unexpected thing happened. Depa pi nyanyi 'kau ilhamku'. Semua orang dah tangkap syahdu. Nak leleh tapi tahan. Malam penutup..hmm..lepas solat isya, tunggu orang sat, memang dah tertidur time tu. Lepas tu dia kejut. Ngantuk syadid. Kalau bukan sebab lepas tu ada benda, memang halal je membuta dekat surau sampai esok pagi. Lepas tu, buat persembahan. Kelaut je aku buat ==' before start abah dah mesej yg abah dah kat depan DTC. Memang nak lari dah time tu tapi ada sorang minah ni tak kasi pulak. Paksa jugak habiskan. Ingatkan lepas habis HSM, boleh terus lari. 
Hmm..
Lepas habis tu memang lari turun pentas naik atas ambil beg. Pergi dekat kereta. Done.

Aku dah set mind lepas habis malam penutup, habis dah semua. Sekali ada pulak orang kasi gambar pizza berkotak-kotak. Dengan ayaq teghjun nya lagi..memang dekat rumah tu nak nangis dah. Dahlah tak habaq awal-awal, kalau tak, sanggup je datang gak walaupun dah lambat. Hari Sabtu sebenarnya memang nak datang semula, nak tolong mana yg patut. Bila bukak mata, hmm..tak ada harapanlah kot. Lepas tu kena jadi drebar untuk kanak-kanak dekat rumah pulak. Halal jelah aku tengok FPs bergumbira di saat-saat akhir.

Lepas dah habis MSKP, pindah ke grup wasep. This is very unexpected, unpredictable, 50% of unacceptable kay bila ramai decayans yg tangkap sendu dan syahdu. Especially guys. Pfft..mungkin hidup ni dah terbiasa dengan orang datang dan pergi, so basically macam dah immune dengan semua ni tapi aku memang appreciate syadid apa yg aku dah alami sepanjang tiga minggu tu. Awal-awal dulu punyalah harap dapat balik rumah cepat sebab nak qada tidur. Huhu. Pengalaman itu membesarkan dan mematangkan. Harapnya same goes to everyone.

meet the weirdosss..


*kalau tak faham term2 y aku guna, nasib ah sebab benda ni aku tulis immediately lepas habis MSKP and benda ni pun untuk budak-budak biro aku. So basically siapa yg lalui and jadi fasi masa MSKP ni, insya Allah dia faham*

Lepas beberapa minggu, kita orang FP2 ni ada buat iftor. Masa tengah tunggu isya, tiba-tiba ada sorang datang dekat aku dan tanya
"Miss El kan?"
*angguk terharu*shed tear*


Peace yo. Salam ^_^

No comments:

Post a Comment