Friday, 27 February 2015

JazzAddin2

Second part.

Ringtone Triumpf-Outlandish menggamit perhatiannya yang tengah menyiapkan assignment. Siapakah? Jam dinding dikerling sekilas. Pukul sembilan malam.
  Nama pemanggil dilihat.
  Ibu...
  Ada rasa syahdu yang mula hadir dalam hati. Ditelan air liur yang berpasir.
  "Assalamualaikum,ibu." 
  "Waalaikumussalam, Min." Lembut sahaja suara ibu.
  Jazz dah telan air liur lagi. Pandangannya mula kabur dengan air mata. "Ibu sihat?"
  "Alhamdulillah. Min sihat?"
  "Sihat sangat,bu."
  "Weekend ni Min balik boleh?" Ibu bukan orang minta itu ini dari sesiapa. Tapi kalau ibu dah minta, apakan daya sebagai anak nk menolak.
  "Boleh aje,bu. Tapi Min nak jugak tahu kenapa? Along nak kahwin ke?" Teringat pulak dekat satu-satunya abang yang aku ada. Dah berjanggut berjambang bermisai, tapi tak nikah-nikah lagi. Nak tunggu ekonomi stabil konon.
  "Ada orang jauh nak datang. Dalam sepuluh orang. Ibu nak Min tolong ibu kat rumah ni layan dorang." 
  Ohh.. Tetamu jauh? Tang mana jauh pun aku tak tahu. "Insya Allah, bu. Esok Min pi beli tiket."
  Dan lepas tu, sembang itu ini dengan ibu. And for sure, air mata meleleh. Aku tak kuat dalam menahan air mata bila cakap dengan ibu. Bila cakap dengan ibu, automatically perasaan yang aku letak segala macam tembok macam mana aku buat kat Addin, senang je runtuh bila cakap dengan ibu. Memang aku lemah bila dengan ibu.

*********************
And weekend tu dia balik. Sekali dengan Fiya. Fiya tu memang kaki jalan. Orang nak gi tandas pun dia nak ikut. 
  "Jazz, abang kau pun balik eh?"
  Jazz yang tengah layan Dan Brown angkat kening. "Entahlah. Ibu tak cakap plak part tu."
  Perjalanan dari stesen kereta api sampai Sungkai, takdelah lama mana pun. Dua jam sampai dah. 
  Sebaik je kaki melangkah turun dari tren, Jazz menghirup udara segar. Ahhh..leganya suasana kampung..
  Jazz cepat menahan teksi. Malas nak minta orang kat rumah tolong ambilkan. Lagipun kat rumah ada sape je. Ibu ngan babah. Along tak tahu balik ke tak. Tu jelah yang ada. Beradik dia, dua orang je. Bukan ramai macam Fiya ni ha. Sepuluh!
     "Assalamualaikum, ibu." Jazz memberi salam sebaik sampai kat depan rumah. Nampak ibu tengah menunggu dari atas tangga. Macam kembali ke zaman 60-an pun ada gak.
  "Waalaikumussalam. Fiya pun ada?"
  Fiya tersengih. "Assalamualaikum makcik. Saja ikut Jazz balik. Teringin nak hirup udara kampung."
  "Haha..baguslah. Teman Min ni ha. Mehlah masuk."
  And petang tu, Fiya ngan Jazz sama-sama mandi sungai. Ibu datang sekali tapi ibu duduk tepi je. Sejuk katanya. Malam pulak habis sesi bercerita itu ini dari reporter tak bertauliah Fiya. Segala macam cerita dia keluarkan termasuk cerita Addin duk melamar dia. Itu pun dah kena cubit berjuta kali dari Jazz. Ibu senyum je. Ibu macam dah tahu semua benda. Itu yang Jazz nampak. Hati membiarkan sebab seorang ibu memang serba tahu pasal anak dia.

******
"Min! Fiya! Bangun solat."
  Terpisat-pisat mata dorg nak bukak. Malam tadi tidur lambat. Memang padanlah. Semalam pun Along baru balik. Lagilah macam-macam benda keluar.
  "Ok,bu." Perlahan je suara yang keluar. Jazz menggerakkan Fiya kat sebelah. Terbongkang habis. "Weih. Bangun jom. Solat."
  "Hmm.."

Lepas Subuh, sama-sama tolong ibu buat sarapan. BAbah dengan Along belum balik dari surau. Selalunya weekend ni memang ada kuliyah.
  "Bila 'orang jauh' tu nak datang bu?" terkeluar jugak soalan tu lepas dari semalam dok tahan.
  Ibu yang tengah gaul tepung angkat kepala. "Oh. Diorang cakap dalam pukul sepuluh sampailah kot."
  "tapikan bu, sebenarnya siapa 'orang jauh' ni?" trtnya-tanya jugak spe en. Fiya kat sebelah pun mengangguk.
  "Nanti diorang sampai, kome tahulah."
  jazz dengan fiya memang terus angkat bahu bila ibu cakap macam tu.

And bila the so-called 'orang jauh' tu datang, memang diorang jatuh rahang.
  "Kau buat apa kat sini dowh?" Keluar jugak perkataan yang dia dah cuba sedaya upaya nak hilangkan. Siapa yang tak ternganga terjatuh rahang bila tengok orang yang sepatutnya ada kat kolej, ada kat depan mata.
  Diorang memang sengaja jumpa kat luar sebab orang-orang tua tengah sembang apa entah kat dalam tu.
  Addin sengih. "Takkan kau tak tahu? Ibu kau tak cakap apa-apa?"
    "Not a word."
  Addin tarik nafas. "Dulu kau pernah cakap, kalau dah nekad sangat, call ibu kau. So, here I am. Dari aku buang masa propose kau tapi asek kena reject, baik aku terus langkah benua. Merisik terus. Cincin tunang pun kitorang bawak tau."
  Jazz dah jatuh rahang. Kali ni memang jatuh sungguh-sungguh. Ibu tak cakap apa pun semalam!!! Patutlah masa Fiya cite pasal Addin, ibu senyum je. Rupanya ibu dah tahu dari awal!!
  Fiya dah ketawa besar tengok kengkawan dia buat drama.
  "For the last time Jazmin binti Azhar. Grow old with me forever and ever, please?"
  And again, Jazz dah nganga.
   Ibu!!!!!!!!!!!!!!
****************
Alunan selawat dialunkan sambil ditepuk perlahan belakang tubuh Muawiz yang tengah nak tidur. Si adik kat sebelah dah selamat lena dari lepas Isya' lagi.
  Pintu bilik dibuka. Ada senyuman dari si hafiz yang baru masuk.
  "Yang senyum sampai ke telinga tu kenapa? Hilang mana-mana skru ke?"
  "Biarlah nak senyum. Senyum tu kan sedekah n ketawa itu derma." tempat di atas lantai diambil. Memang dah jadi kebiasaan tidurkan anak-anak atas Toto atas lantai. Takdelah risau sangat sebab adegan jatuh katil tu 100% dapat dielakkan.
  Dia dah juling mata ke atas. "Let me tell you bro. You're the one with sarcastic words."
  "i know. I take it as a compliments. That's why I chosed you."
  "meaning? Jgn kasi ayat trlebih bombastik mahupun tersirat boleh tak Mr engineer?"
  Addin dah ketawa. "I chosed you because you're the only one yang boleh faham my sarcastic words, dear."
  "Tapi i tak cukup baik untuk you." yelah. Aku sape je. Dia tu, budak tahfiz siap. 30 juz tersemat di minda. Aku? Juz 29 pun tak lepas.
  "semua orang tak baik tapi tak semua orang ada desire nak jd baik. But i found that desire in your heart. Sebelum orang lain kebas, baik I masuk line dulu."
  "Yelah tu."
  "Hey, tak caya pulak dia ni. Ni nak kena ni." tangan menyentuh Husna yang tengah tidur.
   Jazz dah bulatkan mata. "you jangan nak cari pasal. Kalau dia trjaga, you yang kena tidurkan balik."
  "oh yeah?" disentuh pula hidung Husna.si kecil itu dah bergerak sedikit.
  "You!!" dicubit terus tangan sasa tu.
  "tau takut. So prcaya x apa yg I ckp td?"
  "entahlah."
  Tangan kembali mencuit Husna.
  "ok.ok.ok. I believe it." naya je kalau Husna bangun. Sampai ke esok belum tentu berhenti nangis. Ibu cakap sebijik macam perangai dia waktu kecik. Kuat nangis.
  "Thank you, dear."
  Jazz dah juling mata.
  "You.."
  "apa lagi?" 
  "grow old with me forever and ever?"
  jazz tersengih. Deja vu. "sure do, bro."

  ^_^

No comments:

Post a Comment