Monday, 23 February 2015

JazzAddin1

Cerpen ni senanye ada org share kat wasep.basically bkn hak milik aku tp aku saje nk share kat sni.

-----------------------
Hujan kat luar lebat sangat. Nampak macam mengamuk putus cinta je awan ni. Menangis tak henti-henti. Cardigan di badan dibetulkan. Sejuk pun dah sampai ke tulang. Lambatnya lecture habis. Sejuk gila ni. Jazz kerling jam tangan jenama swatch kat tangan. Tinggal lagi lima minit je kelas language ni. ‘Sabar Jazz sabar.’ Tak lama lepas tu, kelas bersurai. Semua orang rushing nak keluar, nak isi perut masing-masing. Lecture hall ni dah lah jauh daripada kafe. Satu hal lagi nak redah hujan ni. Nanti free-free je dapat long lasting fever. Jazz membetulkan duduk di kerusi. 
  Middle seat paling hujung sentiasa jadi pilihan, walaupun paling tepi, tapi satisfying laa. Not bad. Dia paling tak suka berasak- asak dengan orang.
Cepat atau lambat nanti semua dapat keluar lecture hall ni. Sabar sikit apa salahnya. Daripada nanti jadi ‘aku langgar kau, kau langgar aku’, tempah maut namanya.
   Walaupun nampak macam win-win situation, tetap tak elok bagi Jazz. Macam takde kerja sangat je nak berasak-asak dengan homosapien ni. Hal dosa satu.         Safiya di sebelah buat muka toya. Masih dengan earphone menyumbat telinga di sebalik tudung bawal yang dipakai.
  Bila dah reda sikit crowd tadi, Jazz terus tarik Safiya keluar. Sumpah tak tahan sejuk.
  Boleh mati beku kat sini lama-lama. Langkah diatur laju ke hadapan, perut dah lapar. Tiba-tiba Addin datang menyaingi langkah. Nasib baik dah biasa dengan mamat sorang ni.
  "Jazz, Fiya, jom join aku lunch, nak tak? Aku drive. Free of charge. Hehe.” Orang kata rezeki dah ada depan mata. Lagipun hujan macam tak nak stop je. Laju je Fiya angguk.
  Jazz pulak buat muka tak puas hati. “Tak nak ah. Kau pergi dengan Fiya. Aku dah kenyang. Thanks but no thanks.”
  Addin dah masak sangat dah dengan penolakan Jazz. Dah selalu kena reject.
Mungkin sebab dia suka Jazz, jadi Jazz agak susah nak terima offer dia. Dah lali sangat dengan perangai minah ni sorang. Tapi lastly dia join jugak diorang lunch. Takkan nak biar diorang makan berdua. Lagi tak proper. Budak tahfiz ni pun reti lah nak jaga limit. Barrier dan gap tu tetap kena ada. So-called ikhtilat.
  Masa makan tu semua menyepi. Jazz dengan Fiya duduk bersebelahan, Addin pulak ambil seat berjarak dua kerusi daripada mereka. Jauh sikit, takdelah dekat sangat.
  Tiba-tiba Addin bersuara. Serius. “Jazmin, once again aku nak tanya betul-betul ni. Grow old with me?” Jazz hampir tercekik. Segera disisip air minuman di hadapannya. Soalan thrilling betul.
  Fiya senyum tawar. Nekad betul Addin ni sorang. Ni dah masuk kali ke berapa dia bagitahu Jazz pasal dia berkenan kat Jazz. Cuma penolakan je yang muncul tiap kali soalan diaju. Jazz membetulkan suara.
  “Before that, aku nak tanya. Kenapa tak cari stok ustazah-ustazah? Tengok dressing aku. Tak pulak aku pakai baju kurung tudung labuh. You deserve someone better la Addin. Back off ah.”
  Addin segera mencelah, “Ye betul. Tak tudung labuh, tak berbaju kurung. Tapi at least aku tahu kau memang nak berubah. Tengok, sneakers with socks. Baju tak ketat. Tak fashionable. Enough. Aurat dah pass. No fake wearing on your face. Give me a chance. Grow old with me. Aku tengah propose ni.”
  Fiya dah kaku tak tahu nak cakap apa. Dia senyap je dari tadi. Jazz dah menghabiskan makanannya. Dia bingkas bangun dan meletakkan satu keping kertas kecil di depan Addin.
  “Rightio. Nombor telefon ibu. Give a call kalau dah memang tekad sangat. Prove me. Tapi jangan yakin sangat. Aku bukan ‘mereka’. Nanti kau kahwin, jemput aku
dengan Fiya.” Fiya turut bangun mengekoriJazz. Nak balik rumah sewa.
   Perlahan suara Addin kedengaran di telinga mereka, “Thanks Jazz. Gila apa tak ajak kau pergi majlis aku. You’re going to be the bride-groom kot.”
  Bagi Addin, solehah tu subjektif. Dia tahu Jazz dengan Fiya bukan stok alim berpurdah. Tapi diorang mula berjinak dengan usrah. ‘Mahal’ tu jugak subjektif. It was effort that counts. Allah pandang usaha untuk berubah.

***

  Jazz merebahkan tubuhnya ke katil. Empuk, terasa seakan hilang segala kekusutan yang berkejaran di minda. Mp3 di sebelah dicapai, sometimes music heals. Dibiarkan playlist memainkan lagu English dalam tu.

Dalam Mp3 semua lagu ala-ala jahil. Dalam laptop dia tak simpan lagu lain melainkan nasyeed dengan qasidah. Nice though.
Pandangan ditala ke atas, menghadap siling. Kosong. Plain.

Mp3 di telinga rancak memainkan lagu-lagu kesukaannya. 5 Seconds of Summer – Amnesia kedengaran di telinga. Matanya dipejam perlahan, cuba menghayati bait-bait lagu yang kedengaran di telinganya.

Sometimes I start to wonder, was it just a lie?
If what we had was real, how could you be fine?
'Cause I'm not fine at all

Sungguh. Jazz tak okey. Selalu dia berharap nak orang tanya sama ada dia okey ke tak. Dia bukan alien. Pada hakikatnya dia manusia yang ada fitrah seorang manusia.
Dia bukan jenis yang menzahirkan apa yang dia rasa. Penat.

I wish that I could wake up with amnesia
And forget about the stupid little things
Like the way it felt to fall asleep next to you
And the memories I never can escape
'Cause I'm not fine at all

Tanpa sedar, mata bundar itu merembeskan manik-manik jernih. Dia mengiringkan tubuhnya ke kanan. “Ibu, Min tak kuat. Min takut Min berhenti separuh jalan. Min nak amnesia.”
Sungguh dia rindu pelukan ibunya. Dia jarang sekali menelefon ibunya
di kampung. Bukan tak rindu, cuma dia tak nak jadi lemah. Tak nak lemah dengan air mata. Akhirnya, Jazmin tertidur bertemankan rentak lagu yang berkicau riuh di Mp3 dan manik-manik jernih yang sabanhari menemaninya.
I am wearing the smile you give me. I live with it.

……………….

“Fiya, bangun ah! Tahajjud!” Penat betul kejut minah ni sorang. Dari tadi tak berkutik dari tidur. Lena betul, tahu lah kat luar tengah hujan. Memang rasa heaven tidur time hujan. Nak bangun pun liat. “Aisyah Safiya!!! Kalau kau tak bangun, harini breakfast masak sendiri. On one, two , …….”
  Kelihatan Fiya terpisat-pisat bangun. Lenanya terganggu bila dengar Jazz sebut perkataan ‘masak’. Mahu terbakar dapur tu kalau bukan Chef Jazz yang masak.       “Boleh tak jangan sebut nama penuh aku? Menyampah. Aku bangun. Kau masak.” Jazz senyum tawar. Tahu pun takut.
  Fiya bingkas menapak ke bilik air. Dah jadi rutin mingguan bertahajjud hujung minggu. Walaupun masih merangkak, it worth a try. Pengisian yang mereka dapat daripada bulatan gembira yang dia join, ‘hidup ni antara kita ubah orang, atau orang ubah kita’. Dan ada dua pilihan, antara nak atau tak. Take it or leave it.
  Usai tahajjud dan membasahkan lidah dengan Al-Ma’thurat, Jazz bermalasan di
katil Fiya. Fiya buat muka tak puas hati, tapi dah memang katil dia selalu jadi port kuak lentang mereka. Kira kena redha dan pasrah sehabisnya.
  “Jazz, mind me asking something tak?” Fiya tiba-tiba bersuara memecahkan kesunyian pagi. Subuh kejap lagi masuk la ni. Jazz hanya mengangguk malas.
  “Jazmin, kau tak rasa ke you are way too harsh dengan Addin? Maksud aku, dia bagi kau hadiah telekung solat, kau pergi jadikan tu telekung wakaf kat surau. Dia bagi kau Al- Quran, kau sedekah dekat junior lain. Tak rasa macam harsh ke? Nampak macam dia serius je nak grow old with you. Tapi perkataan grow old tu sumpah rare.” Ketawa Fiya pecah akhirnya. Addin tu sekali pandang macam ustaz, muka macam ada 'nur’ gitu, tapi ambil Engineering.
  “Kalau kau rasa cara aku harsh, up to you. Better aku buat dingin macam ni than having to cope up with the consequences afterwards. My reasons, dia bagi telekung solat dengan Al-Quran masa birthday aku, tapi aku tak mintak pun semua tu. Aku wakafkan kat surau, nanti bila orang guna
nak solat, pahala boleh kat dia, kan? Topup pahala dia lagi haa. Al-Quran tu, junior tu lagi perlukan. Dia punya hilang haritu, whereby I got mine, Quran terjemahan aku dah ada. Buat apa banyak-banyak? Lagi satu cakap je kat Addin suruh back off. I’m not affected by harmless flirt. Lovey dovey semua ni bukan my cup of tea. Tak berminat. Zzzzzz.” Fiya angguk. Faham.

………

“Ummi, abang rasa nak kahwin lah. Boleh tak ummi?”
Puan Zaharah terkedu dengan statement berani mati yang kedengaran di cuping
telinganya. “Abang nak kahwin? Sejak bila anak ummi ni pernah sebut pasal perempuan? Nak kahwin dengan anak siapa pulak ni?”
  Addin dah final year Engineering. Dia pursue CE. Wajarlah sebut pasal kahwin, tapi selama ni tak pernah kedengaran satu nama perempuan pun di dalam rumahnya, apatah lagi nak cerita pasal perempuan.
  “Abang nak kahwin dengan anak orang.”

The moment when you ought to care, but you know you shouldn’t, diamkan. Mungkin sekarang is the perfect timing. Ease me Ya Rabb.

To be continued...insya Allah

Peace yo. Salam ^_^

No comments:

Post a Comment