Friday, 24 March 2017

butterfly effect

[Butterfly Effect is the sensitive dependence on initial conditions in which a small change in one state of a deterministic nonlinear system can result in large differences in a later state.]

In easy word, small things that you do right now, can effect a lot of things in the future.

Aku baru tahu pasal Butterfly effect ni masa aku post pasal time machine dekat FB. After that, one of friend who is my lecturer, commented something on that post. Then, during Monday class, in his class, he said about this effect. In the beginning, I thought this effect is about how the time machine will happen, the interception between those wings. But when I google it, oh. Baru aku tahu apa maksud sebenar dia,

Bila aku fikir balik, memang betul kot pasal benda tu. benda yang kecik boleh bawak kepada benda yang besar.

analogi yang aku fikirkan.
dulu, kau pernah datang kelas lambat. disebabkan kau datang lambat, kau dimarah oleh cikgu disiplin yang juga merupakan guru subjek kat kelas kau. bermula dari situ, kau dibenci oleh cikgu tu dan cikgu tu pulak yang jenis kaki gosip, pi cerita kat cikgu lain. Dan kau pun tidak disukai oleh cikgu-cikgu lain jugak. kau mula rasa tertekan bila pergi sekolah. akhirnya, spm kau teruk sebab kau stress. kau susah nk dapat tempat kat mana-mana pusat asasi yang kau nak. tapi kau masuk matriks. dapat pulak anak cikgu yang kau tak suka tu masuk kat tempat sama. kau dendam tahap apa..bla..bla..bla..

dan bila ada time machine, kau cuba nak ubah apa yang berlaku masa lalu. 
kau nak datang awal. kau nak cikgu-cikgu semua suka dekat kau. kau senang dapat pusat asasi, atau biasiswa keluar negara, kau senang dapat kerja, senang dapat isteri, etc.

memang senang cakap, "aku nak ubah masa dulu", tapi kau sendiri belum tahu apa kesan jangka masa panjang tu. memang kita selalu fikir, nak ubah masa dulu sebab masa kita fikir tu, kita nak ubah only ONE scene tanpa kita sedar that only ONE scene mampu beri kesan kepada babak-babak yang lain.

lagi satu contoh yang pensyarah aku kasi adalah 2 dan 3.
pada awalnya, perbezaan mereka hanya 1 (3-2=1). tapi bila kita kuasa dua kan nombor tu, akan jadi 4 dan 9 yang perbezaannya dalah 5 (9-4=5).
kita kuasakan dua lagi, jadi 16 dan 81. dan perbezaannya , 65 (81-16=65).
kita dah nampak perbezaannya bukan?
pada awal hanya beza 1 je, tapi bila semakin panjang, semakin besar perbezaannya.
macam tu jugaklah butterfly effect ni.

aku terdetik nak post pasal time machine bila aku tengok Alice in the Wonderland: Through the Looking Glass.
Pada awalnya, aku tak terfikir langsung kalau kita ubah masa dulu, mampu ubah the whole things in the world. Naif nya aku dulu.

Dan banyak jugak cerita yang pasal time machine yang aku tengok, apa pun tak dapat. tengok gitu saja.





peace yo. salam ^_^

Monday, 13 March 2017

pasca kursus pra-perkahwinan

Dah lama tak menulis. sebulan mungkin. dalam kepala banyak je benda nak tulis tapi banyak menulis kat tempat lain.

anyway, hari tu aku pergi kursus pra-perkahwinan. few days before, baru cadang nak pergi sebab weekend tu free (masuk sem, susah aku nak dapat weekend yang free.huh). takde niat nak kahwin, takde niat nak dapat sijil. niat hanya nak penuhkan masa hujung minggu aku je.

lepas balik, barulah kau tahu yang kau berada di tahap mana, terutama sekali bagi mereka yang sedang merancang nak berkahwin dalam masa yang terdekat. bagi aku, aku mampu kata yang aku hanya bersedia sebanyak 5% je. sungguh. yang lain tu, memang hilang terus lepas balik kursus. kalau budak sekolah pergi kursus tu, memang sumpah takde dah gatal "aku nak kahwin" semua melainkan kalau kau kahwin hanya semata nak kahwin, nak menghalalkan apa yang haram, atau mungkin kau pergi kursus nak sijil semata.

satu benda yang paling aku fikir adalah hubungan lepas kahwin. kalau selama ni kau kentut bersepah, lepas kahwin macam mana? kalau selama ni kau sendawa macam nak keluar anak tekak, lepas kahwin macam mana? hatta, aku pernah terfikir kalau kau tak buang air besar berapa hari pun, aku terfikir apa penerimaan bakal pasangan kau tu. memang nampak benda kecik, tapi benda kecik memang mampu memberi impak yang sangat besar. Sungguh. tu baru sikit aku senaraikan. kadang-kadang tu, kalau pasangan tak sidai tuala kat tempat yang sepatutnya pun boleh bawak pergaduhan. sekarang bolehlah kata, "alah. gaduh-gaduh manja.satgi baiklah tu." You'll never know what are you saying until you're in that situation.

penceramah tu ada kata lagi pasal 'terima seadanya'.

"Menerima segala kebaikannya dan yang akan hadir pada dirinya dan menerima segala keburukannya dan yang akan hadir pada dirinya."

memang selalu orang kata, "aku nak bakal pasangan aku yang mampu menerima aku seadanya", tapi manusia pun ada kebencian masing-masing. kadang-kadang yang kita benci tulah yang kita dapat. tambahan, kita nak orang yang menerima kita seadanya, lepas dah dapat, kita pulak tak boleh menerima dia seadanya sebab dia tak menepati ciri-ciri kita. the heck was that! mulut bolehlah kata nak orang yang menerima kita seadanya, tapi dalam hati, berjuta senarai yang lain. yang menerima seadanya tu dia letak nombor satu. padanlah ingat.

tambahan lagi, pasal kelemahan diri kita. kalau jenis yang couple sebelum kahwin, memang semua benda nampak baik tapi lepas kahwin, berjuta lagi kelemahan dia yang kau tak tahu. (boleh tengok ceramah Ustazah Fatimah Syarha). walaupun dah couple berapa tahun sekalipun, belum tentu kau boleh kata, aku dah kenal dia.

haa.ada lagi satu yang orang selalu viral kat sosial media. "Indahnya bercinta selepas nikah."
bagi aku, masa bercinta memang indah. tak kiralah dah kahwin ke belum. cuma lepas kahwin tu, markah lebih sikitlah sebab dah boleh pegang bagai. masa bercinta memang kita boleh jadi buta. orang cakap kotor sikit pasal pasangan pun, boleh ngamuk. so bagi aku, kena periksa baliklah ayat "Indahnya bercinta selepas nikah." sungguh weyh. masa kau bercinta, memang semua benda kau nampak baik, semua benda kau nampak indah.

apa-apa pun, terpulang pada si pembaca nak menerima. aku tak berada dalam situasi nak-kahwin-dalam-masa-terdekat, ataupun indahnya-bercinta-selepas-nikah. aku hanya menyampaikan pendapat aku dan apa yang aku dapat lepas kursus,



peace yo. Salam ^_^