Pada pukul tujuh, memang dia dah siap duduk dekat meja
belajar. Nak siapkan tutorial yang berlambak. Kalau amek maths ni, assignment
tak banyak mana pun tapi tutorial dia, ha satu tutorial puluh-puluh soalan. Tu satu
subjek. Kalau dua, tiga, empat subjek. Memang pagi siang petang malam,
bertarung nyawa nak menyiapkan tutorial je.
Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi.
Terus dicapai dengan tangan kiri kerana tangan kanan masih
sedang menulis jalan kira yang panjangnya hampir mencecah dua muka surat.
Tersenyum dia melihat nama pemanggil.
“Hello. Assalamualaikuuuuuuum.”
“Waalaikumussalam. Bahagia je bunyi?”
“Bahagialah sebab awak call.” Lagipun bukan selalu orang tu
call kat sini.
“Untungnyalah saya. Tak sangka ada orang bahagia bila saya
call dia.”
“Come on lah. You’re my bestie tau, mestilah bahagia.”
“Ok. Ok. Saya terharu.”
Dia yang kat sini pun terus tergelak. “So, apa hajat tuan
hamba call hamba?”
Bahagia je dia mendengar tawa dari belah sana. Nampak okey
je. “Sihat?”
“Sihat sangat. Awak?”
“Sihat jugak. Tengah buat apa?” Si pemanggil di belah sini
sedang bermalas-
malasan di atas kusyen. Sementara menunggu pukul sepuluh nanti
sebab dia ada mesyuarat dengan bos.
“Ce teka.”
“Hmmm..pagi-pagi selalunya awak bangun pagi. Buat breakfast
tapi sebab awak duduk kolej sekarang, awak just makan roti je. Selalunya awak
habis breakfast dalam pukul lapan. Disebabkan awak tengah cam happy je
sekarang, tu tandanya awak bangun awal hari ni..” Dia berkata sambil tersengih.
“Apa pulak camtu. Saya ni morning person okay.”
“Tau je. Jap saya tak habis investigate lagi. Lepas breakfast
selalunya akan sidai baju kalau kat rumah tapi kalau kat kolej mungkin sekarang
awak tengah siapkan tutorial. Betul tak?” Memang dia dah hafal dah jadual si
bestie ni. Kat rumah, mahupun dekat kolej.
“Uuuuu..telitinya. Tak sangka saya ada stalker yang begitu
teliti sampai macam tu.”
“I’ll take is as a compliment. So betullah apa yang saya
teka?”
“Betullah tu.”
“Lagipun awak kan selalu ngadu kat saya yang kerja sekolah
awak tu banyak sangat. Mestilah saya tahu yang awak tengah siapkan semua tu.”
Dia sudah tersenyum dalam terharu. “Thanks.”
“For?” Dia sudah tersenyum juga. Rindunya kat dia.
“For being my stalker.”
Orang kat sebelah sana terus gelak terbahak-bahak. “Welcome,
wak.” Ada ke camtu.
“So bila balik rumah ni?”
“Rindu eh?”
“Mestilah rindu. Duduk kat kolej boringlah. My roommate dia
keluar.”
“Asal tak ikut?”
“Saya mana suka keluar jalan-jalan. Kalau ada bookfair,
bolehlah.”
Ya. Dia memang tahu yang si bestie ni tak suka shopping
a.k.a jalan-jalan. Memang malaslah kata. Senang kata kalau takde tujuan yang
spesifik dia memang malas nak keluar. Tapi hanya ada satu tempat je dia boleh
pergi walaupun takde tujuan. Kedai buku. She can stay there for about one hour
just to smell the smell of the books. She can stay there about for one hour
just to look blankly at the book. But most of the time, dia bertapa dalam tu
sebab dia baca buku dalam kedai tu. “Nanti balik rumah, kita gi MPH. okay?”
“Pucuk dicita ulam mendatang.” Dia pun sebenarnya dah lama
tak jejak kedai buku. Sibuk memanjang.
Orang kat belah sana terus gelak. Agak dah. Hantu buku
betul. Kat rumah ni pun, ada satu bahagian dinding ni memang kami letak satu
almari besar sampai siling dan letak semua buku. Mula-mula nak letak kat dalam
bilik, tapi bila fikirkan balik, kalau ada family members yang dating, diorang
nak tidur mana en. Rumah diorang ni pun bukan besar mana. Cukuplah untuk duduk
berdua setakat ni.
“Awak..” Dipanggil si bestie yang duduk menghadap tingkap di
sebelah meja.
“Hmm?”
“Miss me please?”
“Always.”
“Ahhhh..tak sabarnya nak balik rumah. Nak peluk awak
ketat-ketat.” Ni pun dia terpaksa bertapa dekat Hotel Mariot Putrajaya sebab
ada meeting dengan syarikat.
Orang kat sana dah ketawa. “Peluklah bantal awak tu. Hotel sana
kan mahal? Mestilah katil dia empuk, bantal besar-besar.” Sebenarnya dia diajak
juga nak ikut sekali tidur kat hotel tapi disebabkan dia ada komitmen lain
dekat kolej hari minggu ni, dia tak jadi ikut.
“Tapi kuranglah kalau awak takde kat sini.”
“Iyalah. Ok. Saya nak sambung buat kerja.”
“Ok. Love you.”
“Love you too. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Panggilan terus dimatikan. Dia masih tersenyum.
p/s: semoga hari
minggu ini dipenuhi dengan benda-benda berfaedah.
No comments:
Post a Comment