SATU
Aku hairan melihat mereka yang menutup aurat
litup
Masih menayang muka di alam maya
Aku hairan melihat mereka yang menutup aurat
penuh
Sangat rajin meng’selfie’ muka sendiri
Aku tak kata salah
Cuma aku rasa hairan
Apatah lagi yang sudah bersuami
Kadang-kadang, aku rasa malu
Malu dengan kaum aku
Malu dengan Allah
Malu dengan kaum lelaki
Bagai mahu menjual muka sendiri
Aku tak kata salah
Tapi aku mahu mereka berhati-hati
Kumbang di luar tak semuanya mampu memberi madu
Tapi
Ada yang memberi racun
Apa kau tidak tahu hal itu?
Aku tak kata salah
Tapi
Aku takut gambar kau diguna salahkan..
DUA
Kadang kau diam
Tak kata apa
Hanya mengalirnya air mata
Kadang kau diam
Kau senyap
Kau diam
Kau bisu
Buat hatiku keliru
TIGA
Kau punya hati?
Kalau ada,
Bagaimanakah rupanya
Wangikah ?
Busukkah ?
Cantikkah ?
Burukkah?
Kau punye emosi?
Kalau ada,bagaimana rupanya?
Gembirakah?
Marahkah?
Sedihkah?
Bahagiakah?
Kau punya akal?
Kalau ada,
Bagaimana rupanya?
Bijakkah?
Bodohkah?
Cerdikkah?
Dungukah?
Atau hanya sebuah kotak kosong,
Yang tiada pernah guna
EMPAT
Kadang,
Kita perlu bersendiri
Untuk muhasabah diri
Untuk bersihkan hati
Untuk mantapkan nurani
Kadang,
Kita perlu bersendiri
Melihat mereka semua
Apa kerja ku
Sudah sempurna
Atau
Hanya angan yang tiada nyata
Kadang,
Kita perlu bersendiri
Dalam mencari idea
Dalam mencari akal
Yang entah kemana
LIMA
Jika benar kata suka,
Apa buktinya?
Jika benar kata sayang,
Apa alasannya?
Jika benar kata cinta,
Apa mulanya ?
Jika benar kata minat,
Apa hadiahnya ?
Semuanya berpasakkan bukti
Bukti benar,
Mahupun palsu.
Asal ada bukti
Semuanya bisa-bisa sahaja
Ada masa mereka kata kau bodoh,
Biarkan sahaja
Ada masa mereka kata kau goblok,
Biarkan sahaja.
Ada kala mereka kata kau bijak
Biarkan sahaja
Ada kala mereka kata kau lawa
Biarkan sahaja
Ada ketika mereka kata kau kaya
Biarkan sahaja
Ada ketika mereka kata kau gila
Biarkan sahaja
Apa guna kata-kata manusia
Jika hanya dilafazkan di bibir
Apa guna kata-kata manusia
Tanpa ketahui niat di hati
Mungkin kau rasa kau sendirian
Sebenarnya kau yang alpa
Dalam dakapan dunia
Sampaikan kau lupa
Kau masih ada Dia
p/s: selalunya bnda ni akn terjadi masa aku tgh tnggu lecturer masuk dlm lecture hall. n bnda ni akn jd bila aku x ngantuk atau dh muak buat soaln tutor..aku akn muhasabah blk apa bnda y dh brlaku kat aku, bnda y sdg brlaku kat aku, atau ekspetasi aku pd masa akn dtg..
tiada kaitan dgn yg masih hidup mahupun yg sudah meninggal dunia..
peace yo. salam ^_^
No comments:
Post a Comment