Sunday, 15 May 2016

kisah aneh 13

Sampai sahaja di rumah, umi kata dia dapat parcel dari pejabat pos. Parcel? Dia tak order apa-apa atas talian. Zaman nak membeli barang secara online tu dulu. Zaman tak sempat nak jejak kedai sebab acah-acah sibuk dengan kehidupan seorang mahasiswa.

“Marwan mana umi?”

“Bilik umi. Sleeping.”

Diambil bungkusan yang berada di atas meja. Takde nama pemberi, yang ada hanyalah nama dia dan alamat rumah umi. Dibawa bungkusan itu naik ke atas. Dia singgah sebentar di bilik umi untuk melihat jejaka yang sedang lena. Dikucup perlahan dahi putih itu sebelum masuk ke dalam biliknya yang terletak di sebelah bilik umi. Tak sempat nak buka tudung, terus dia duduk di birai katil dan mula membuka pembalut bungkusan itu.

Kad?

Buku?

Buku itu diletak tepi. Diambil kad untuk membaca isinya.

Hai awaks
Tiap minggu
Awak masuk kedai buku tu
Awak akan pergi kat the first book shelf yang awak nampak.
Awak akan amek satu buku yang awak minat.
Dan mula membaca
About 15 minutes
Reading and standing
Tak terganggu
Tak terusik
Tak terkacau
Walau lagu kat luar kedai membingitkan telinga.

Hai awaks
Dalam diam
Saya perhatikan awak
Dari sebelah
Awak nampak sangat bahagia
Bila bersama buku
Walaupun awak tak cukup duit
Melihat buku yang berlonggok
Bagai sebuah terapi
Untuk menghilangkan duka

Hai awaks
Dari rak pertama
Sampai rak terakhir
Awak pusing
Mencari buku yang menarik
Yang saya perasan
Awak selalu lama dekat rak buku-buku seni
I can see your passion in arts
Sentuhan tangan walaupun kecil
Namun tetap berseni
Saya ingat lagi masa awak hantar karya dekat majalah kolej
Saya dah mula jatuh cinta
Saya perhatikan awak
Awak perhatikan sebuah buku
Lama
Macam awak tengah berfikir
Nak beli
Ke tak
Nak beli
Ke tak
Saya perhatikan aje dari tepi
Lepas tu awak tengok kat rak lain pula
You’ll do the same thing
Amek satu buku
Baca sikit halaman kat dalam
Sambil duduk bersila
Atas lantai
Saya tersengih je dari tepi

Hai awaks
I know one of your dream
Is living with a bunch of book
Around you
You really love books
Sometime you just bought it
But never read it
I know
Because I have that attitude sometimes

Hai awaks
Awak sedar tak selama ni
Saya perhatikan awak
Dari tepi
Melihat muka awak yang khusyuk
Jadi sumber inspirasi saya
Untuk juga menulis
Jangan berhenti pergi ke kedai buku
Jika itu yang buat awak bahagia
Jangan berhenti membeli buku
Jika itu yang buat awak puas
Jangan berhenti membaca
Jika itu yang buat awak ceria
Oh ya
Membaca tangga kejayaan
*klise*

Lots of love,
Abang kesayangan

Bihah dah gelak. Adoilah. Ingatkan sape yang hantar bungkusan kat rumah ni. Rupanya si pencuri hati yang hantar. Mentang-mentang outstation seminggu kat Penang nun. Ni kalau ada depan mata ni, memang meleleh air mata aku terharu. Seb baik takde kat depan.

Buku yang diletak tepi diangkat.

Perpustaakan dalam Islam, Semarakkan Budaya Membaca oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Fantastic Beast and Where to Find Them oleh J.K Rowling?

Haha. Awat kasi buku ni?

Dan lagi satu buku entah tajuk apa.

Tapi hati bahagia. Terus dicapai telefon bimbit dari dalam beg tangan. Nombor Din didail.

“Hello. Assalamualaikum.” Dapat dirasakan yang Din tengah tersenyum apabila menerima panggilannya.

“Waalaikumussalam. Thanks, awak.” Takde mukadimah apa, terus diucapkan terima kasih.

“Huh? Kenapa?” Dia baru je habis mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Kepala blank jap bila Bihah ucap terima kasih.

“For the books. The card.”

Baru Din teringat akan itu. Dia dah ketawa perlahan. Sebenarnya dia tak hantar melalui pos pun. Kompromi dengan umi sudah. Mintak umi kasi kat Bihah masa dia pergi outstation. Bazir duit je kalau guna pos. “Suka tak?”

“Really loves them. But kenapa Fantastic Beast?”

“Saje nak bawak bi around the world to find them.”

“Ha. Ha. Ha. Fikir lawak?” Bihah dah gelak dengan penuh sarkastik.

“Abang tak cakap lawak pun. Abang serius ni.” Badannya disandar pada sofa hotel. Rindu kat orang Seremban nun.

“Ok fine.”

“Do you see my book?”

“Your book?” Dilihat buku-buku yang dapat tadi. Dicapai buku yang tak sempat dilihat tajuk tadi. Pausi? By Din. Memang nama pena din, Din sebab senang nak sebut dan memang sungguh sengaja nak kelirukan orang sebab berjuta orang nama din kat Malaysia ni. “Oh. My. God. This is your fourth baby! Tak bagitahu pun.” Bihah dah dengar Din gelak dari belah sana.

“That’s the first copy. And I give it to you.”

Bihah rasa cam nak menjerit.  Terharu kay. “Thanks, abang. But kenapa Pausi?” Dilihat sekilas isi kandungan buku tersebut.

“Combination of pause and puisi.”

“Huh? Motif nak combine those two words?”

“Sebab kadang-kadang, kita nak berhentikan masa dan mahu menulis sesuatu yang sedang berlaku?”

“Hmmmm..oklah. Not bad though. But thanks. A big thanks.”

“I knew you’ll love it. Oh ye. Marwan mana?”

“Sleeping. Tengah hari en, his nap time.”

“Owh. Cium dia untuk abang. Cakap abang kirim rindu dekat dia.”

Bihah dah juling mata ke atas. “Baiklah baba.”

“Jealous much huh?”

“Dengan anak sendiri je pun. Buat apa nak jeles.”

Terdengar din ketawa dari belah sana. “Mana tahu. Oklah. Abang nak solat ni. Lepas zohor ada site visit.”

“Ok. Orang pun nak solat jugak. Baru balik ni.”

“Ok. Bye, bi. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Bihah terus tamatkan panggilan. Bibir tersenyum lebar. Hati melonjak keriangan. Siapa yang tak suka kalau dapat buku baru? Sejak sambung master ni, tak dan nak jejak kedai buku. Kalau masa degree dulu, every week, wajib lepak dekat MPH Nu Central. Cukup satu jam lepak dalam tu. Kalau tak lepak situ, lepak kat Kino ke, MPH Subang ke, syurga dunia.












Ibnu al-Jauzi pernah mewasiatkan kepada para ulama dan penuntut ilmu dengan berkata, "Hendaklah bagimu di rumahmu tempat yang mana kamu boleh berkhalwat dengannya dan membaca kitab-kitabmu serta menggerakkan kebersihan akalmu."



peace yo. Salam ^_^

Monday, 9 May 2016

kisah aneh 12

"Dia tu gadis titanium kot." Itu luahan Alif kat Huza.

"Kau ni pun. Dah jadi suami pun susah ke nak cairkan isteri sendiri?" Payah betullah member sorang ni.

"Kau kahwin nanti, baru kau tahu hati perempuan ni macam mana. Kalau kau dapat macam air, senanglah. 100*C je dah lebur. Kalau kau dapat hati platinum, hati titanium, agak-agak berapa tahap lebur dia?"

"Kau ni pun. Nak gak samakan hati manusia dengan benda-benda tu. Hati manusia ni senang je nak berubah. Cari critical point dia, berpusinglah graf tu."

Bila engineer cakap pasal hati. Bila engineer cakap pasal manusia, haruslah dikaitkan dengan engineering juga.

Alif teringat kata-kata Yaya dulu sebelum nikah dengan Huda.

She's a lady with titanium heart.

Titanium heart, huh?




"Yang."

"Hmm." Huda yang tengah uli tepung angkat kepala. "Apa?"

"Tau tak kenapa titanium tu mahal?"

Terangkat kening Huda sebelah. "Dah kenapa tanya soalan camni?"

"Tau tak kenapa?" Alif ulang soalan.

"Huda tabur sedikit tepung pada adunannya. "Sebab high melting point?"

"Lain?"

"Sebab susah nak jumpa?"

"That's right. Tau tak kenapa abang insist nak risik sayang dulu?"

"Sebab abang jatuh cinta pertama kat Huda dulu?" Jawab Huda sambil tersengih. Come onlah. Dengan suami sendiri kot. Kisah cinta Alif semua tu, semua dia tahu. Dari masa dia mula suka kat kak Iman pun dia tahu.

Alif dah gelak. "Betullah tu tapi tak cukup tepat."

Huda meleperkan adunannya di atas kaunter. Petang ni saja je nak buat donut. Dah lama tak buat.

"Sebab sayang punya type ni rare."

"Meaning?" Ditekapkan adunan itu dengan acuan berbentuk donut. Kemudian diletakkan donut itu di atas dulang yang telah ditabur tepung.

"Sebab jenis sayang ni susah nak jumpa."

"Jenis apa tu ya?" Huda tersengih dengar kata-kata Alif.

"Lady with titanium heart dan susahnya nak cari lady camni macam susahnya nak cari platinum dari Bumi."

"Uuuu..when engineer's talking."

"Melting tak?" Tanya Alif. Mana tahu cair en.

"Huda pulak nak tanya."

"Yes please."

"Tau tak melting point titanium berapa?"

"1k++. Kenapa?"

"Platinum?"

"Sama jugak. 1k++ tapi lagi tinggi dari titanium."

"So, do you expect me to melt with 300*C sentence? Come on lah bang."

Ouch. Alif sengih. "So, what kind of sentence yang boleh cecah 1k++ *C so that boleh melt kan your heart?"

"Figure out yourself." Donut yang telah siap dibentuk dibiarkan di atas kaunter. Lagi 30 minit baru boleh goreng. Tangannga dibasuh di sinki. Belum sempat dia pusing, Alif peluk dia dari belakang.

"I dont think you need 1k++ *C sentence, I think you just need 150 *C attitude." Pipi Huda dikucup perlahan.

Huda dah kecut perut. This is not what she imagined. Cepat Huda fikir jalan keluar.

Huda pusing pandang Alif yang tingginya, bila Alif melutut, nak sama tinggi dah dengan Huda, cuma rendah sedikit. Anggarkanlah berapa tinggi Alif ni. "Tahu tak kenapa orang suka tengok platinum?"

"Sebab lawa?"

"Apa yang buat dia lawa?"

"Physical properties dia yang buat dia lawa?"

"Kurang tepat."

"Pressure?"

"Ya betul."

"So? Abang tak nampak apa-apa kaitan sekarang ni." Sungguh dia blur.

"Bila dalam keadaan tertekan, kita akan fikirkan sesuatu jalan untuk keluar dari masalah. Ramai yang terpesona dengan kecantikan platinum sampai dia tak sedar peluang yang ada depan mata." Dikenyit mata sebelah seelum Huda terus berlari keluar dari dapur. Save your life first, babe.

Alif yang terkedu dengan kenyitan mata Huda, akhirnya tersengih. You know what sayang, you not only have a titanium heart and platinum appearance, but you do have Group 1 physical properties especially when reacts with water. Group 1 yang very reactive untuk lepaskan satu-satunya valence electron dia bila reacts with H20. Titanium lady yang bijak cari jalan keluar nak lepaskan diri dari 'cengkaman' H20 yang 'mencairkan'.










peace yo. Salam ^_^

Sunday, 8 May 2016

train

For a week, aku kena ulang alik dr uni-rumah sebab kena teman mak dekat rumah. Abah gi mancing, so aku sebagai ank y masuk uni plg dekat which is in Selangor n just 15 minutes from home kalau naik kereta, ditugaskan untuk teman mak. Biar tergadai RM50++ untuk tambang pergi balik selama seminggu, but who cares, aku tak rasa dengan duit tambang tu mampu bayar balik apa yang parent aku dah gadaikan sebelum ni.

“Solat fardhu tu satu kewajipan. And kau buat tiap hari, tak pernah pun kau terfikir nak minta Tuhan kasi balasan atas apa yang kau dah buat. Taat pada ibu bapa tu pun satu kewajipan. Takkan tu pun kau berkira sangat sampai nak minta balasan? Unless, tak tahulah pulak kalau selama ni kau solat fardhu pun minta balasan dari Tuhan.”

Tiap hari aku bangun 5.45 pagi. Bersiap. Solat Subuh. Kemas barang. 6.35 pagi, kereta dah bergerak menuju ke stesen ktm paling dekat. 6.50 pagi tren sampai and naik sampailah ke KL Sentral.

For the first time, aku naik tren seawal ni. Sebab selama ni pun, paling awal yang pernah aku naik pun pukul 9, 10 pagi sebab kelas aku sebelum ni mula pukul 12 tengah hari. Apa aku kisah kalau naik tren lambat pun. But for this semester, kelas aku mula awal. Takdelah awal mana pun. Pukul 10 je pun. Tapi kalau aku keluar lambat, mak pun keluar lambat. Keluar lambat bersamaan dengan mak kena bertapa kat tengah-tengah highway tu dengan geng2 ‘cars’ yang lain. So, aku amek inisitif untuk keluar awal sekali dengan mak.

Dari rumah sampai kl sentral, memang aku berdiri selama 50 minit. Turun KL sentral, amek lrt turun dekat stesen Universiti. Juga berdiri. Kalau bernasib baik, beg aku ringan. Kalau kurang sikit, beg aku ada laptop yang…. Memang sampai uni, memang boleh collapse terus.

But selalunya, aku sampai uni pukul 8. Terus balik kolej. Amek buku or nota. Rehat jap sampai pukul 9.siap sebab nak kejar bas pukul 9.20. sebagai seorang pelajar uni, memang kau xkan nak bas pukul 9.40 (gap antara bas 20 minit). Either kau dapat naik bas ataupun kau tunggu bas pukul 10 ataupun kau jalan kaki dari kolej pergi fakulti. Itu je pilihan yang kau ada. Kau boleh naik teksi tapi kena potong duit makan tengah harilah.

And sepanjang minggu ni, ada benda lah yang aku cam terdetik.

Satu. Dekat stesen subang jaya, akan ada sorang pregnant lady ni akan masuk tren. Kdg2 tu, dia dapat tempat duduk ataupun x dpt (sbb masa dia berdiri, dia ttp perut dia dgn beg.so org x nmpk). Kalau dia x dpt, dr subang sampai kl sentral (aku xtau dia turun mne sbb dia x turun kat kl sentral), dia berdiri. Kat kl sentral ramai yg keluar. So adalh tempat kosong.

But satu bendalah y aku wonder gler.

Tiap hari kau naik tren y sama. Dgn org yg sama but nasib kau tiap hari berlainan. Masa aku naik tren tiap pagi, aku cam dh boleh tau org ni naik turun kat stesen mana. So, for this case, xknlh org lain x boleh naik set y ‘ok.dekat stesen subang ni akan ada sorg pregnant lady y masuk tren.so be preparelh.nk kasi tempat duduk ke apa.’

But, bnda tu x berlaku. N this lady pun akn masuk satu coach sama dgn aku sbb aku naik coach y sama tiap hari.huhu..

Pernah sekali tu, this lady berdiri kat sebelah kerusi but org y ddk kat kerusi tu x perasan pun sbb tgh sibuk main phone.

Aku cam…nk maki pun ada. Aku xtaulh dia buat2 xtau or anything.

N xkn kte expect y the pregnant lady nk ckp,

“Don’t you see my tummy? I’m pregnant you know. I need a sit.”

Ataupun

“Excuse me. Can I’ve a sit?” smbil tunjuk perut dia.

Kau expect dia nk buat cmtu ke? benda ni common senselah. Lagi2 tummy dia tu mmg obvious sgt. Dlm 7, 8 bulan lg kot. Nmpk pregnant lady, kasi tempat duduk. Simple je.

Masa dia x dpt tmpt tu, aku prnh Nampak dia usap perut dia. Aku rasa kesian kot but aku xleh nk buat apa sbb aku pun berdiri dgn beg kat blkg. Aku pernah terfikir nk je cuit bahu kakak tu n tnjuk kat pregnant lady tu.  But entahlah. Tahap menegur dlm diri aku ni rendah sgt kot. Tapi aku rasa kesian. Huhuhu..

Dua. Kalau balik masa bukan peak hour (cnth mcm lps maghrib), akan ada satu golongan ni yg nk masuk tren mcm tgh main rugby. Aku cam..’weyh chill lah. Byk kot tmpt kosong. Nk tolak2 org pahal?’ n selalunya pun, aku lagi sanggup beratur kat bhgn blkg sbb biarlh dorg nk berrugby sekalipun sebelum aku masuk. X nyempat2 betul. Adoilah..

tiga. bila nmpk laki dgn awek dia dlm ladies coach and tgh ddk ats kerusi pdhl ramai lagi ladies y tgh berdiri, u'll be like:
"masha Allah brader.this is a ladies coach. i feel pity if you have kecelaruan identiti right at the moment.make sure you check again your sex okay.but i'm pretty sure you know who the he** you are with that misai n janggut."
and kau pndg kat awek dia.
"sorrylah kak.pakwe akak ni x layak dibuat suami sbb dia x reti hormat perempuan.n i dont knowlah if he pretended to be buta huruf utk baca ayt kat depan mata akak ni.n saya xtau jugak klu dia pekak sbb x dgr 'nasihat' kat announcement.klu dia betul2 buta huruf n pekak, saya minta maaflh kak wlpn dia bleh je sembang dgn akak siap gelak."
guys, come onlah.

peace yo.salam ^_^